Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Thursday, June 30, 2011

Apa Pun Tak Boleh

Aku tak leh nak access blog aku.Sib baik baca kat Nina,dia pun ada masalah yang sama.Cuba guna cara dia jugak guna Window Live Writer..jadi ini la hasilnya.Kenapa jadi macam tu ek….dah lak mak tensi ni..jap lagi nak menghadap owner,pasti cara percakapan akan berubah jugak…ia akan menjadi ala-ala kebukit tan sikit..maklom saja lah nama pun di Bukit Gambang kan.Muka juga akan bertukar menjadi macam bagus dan cara penulisan pasti berubah lagak mereka yang mengambil shorthand..pastu hareeem tak paham apa yang di tulis…Kesimpulan nya…Apa pun Tak Boleh bila menjelang time Miting ni…Aku jangka kan meeting akan berakhir sebelum Subuh sebab…dah dua minggu miting pospon..pasti banyak yang akan di duetkan nanti….adoiiiyaiii…haaa ni makan dia!

Bila Boss Miss Call

Pagi tadi dalam morning meeting,bos bangkitkan isu,Department Head selalu tak jawab call dia,dan kalau dah ter miss call tu tak pernah nak call balik.Okey,aku salah sorang la tuh...Dia kata macam ni,"I kalau I tengok ada miss call dari I punya boss,my finger will otomatically call bek..I am sure there is something that my boss want to check from me."Pada aku la kan..aku tak kisah langsung kalau dia nak call aku selang seminit sekali pun kalau aku ni kat resort lagi.Tapi kalau aku dah berada lebih kurang 70 km away from the resort which is kat rumah aku la kan,aku ada sket potong shetimm la.Ye lah,aku bukan balik pukul 5 sharp2...macam setengah orang tu pukul 4.50 dah tercegat kat punch card.Aku ni pukul 8 baru gerak kuar dari resort pukul 9 baru sampai umah.Boss aku plak jenis call ikut sedap dia,dia rasa nak call kol 11 malam dia just call.Jadi salah aku ke kalau tak jawab phone tu?Normally bila sampai umah,henbeg tah kemana dah...sapa pun call memang tak jawab.
Tapi ada plak satu Manager ni pegi jawab kat dia...Boss tu our own phone line,our own credit/line...company does not gives us allowance for phone,so it's our right la not to answer the phone...wakakakaka...giler bran dan sungguh tak pikir bila bercakap.
Aku tak la terasa sangat pasal hal tak return call ni,aku memang tak buat pun sebab pada aku,bila aku dah luar dari resort,it's my time with my family,aku tak nak pikir pasal keja.Kalau dia nak tanya jugak,tulis siap-siap dalam diary,esok pagi-pagi tanya je la..I'll be free to answer.Lagipun 12 jam aku ada kat resort kenapa tak nak tanya aku,kenapa tunggu aku balik umah baru tanya.And aku dengan staff-staff aku pun kalau dah menggelupur sangat nak tahu satu-satu benda pun,aku tunggu esok tak de nyer aku nak kacau their quality time with the family....

Wednesday, June 29, 2011

Naik Lagi

Hari ni baca paper..harga ayam naik lagi dari 7.50 ke 8.50 satu kilo.Jom makan ikan...tapi kalau ikan yang ada pun stok yang diawet ngan ubat mayat macam mana nak makan?Makan daging?makan sayur?Sama jugak mahalnya..tak de barang murah dah sekarang ni.Kalau dulu,takla lama mana pun..bawak RM 50 pegi beli lauk,macam-macam boleh dapat.Sekarang dapat ayam sekor..boleh cecah 18 hengget,ikan 2 jenis dan sedikit sayur-sayuran.Kena anak ramai mau stok 2 hari je tu. Macam mana kita nak bertahan lebih lagi pada yang berpendapatan rendah.Kesian anak-anak diorang,macam mana nak dapat makanan yang berkhasiat.Kalau ada anak kecik lagi haru,susu formula pun mahal giler..tu yang bagi anak minum teh jer...sebab dari beli susu baik beli beras.... kan???

Mesin ATM untuk Ikan

ATM Bank Rakyat jadi tukun tiruan

PULAU TIOMAN: Bukan setakat membantu golongan memerlukan, Bank Rakyat kini melangkah setapak ke depan menerusi program tanggungjawab sosial korporatnya dengan menyemai rasa cinta dan tanggungjawab kepada alam sekitar terutama penjagaan lautan.

Berbekalkan matlamat itu, bertempat di Pantai Pesisiran Kampung Genting di sini, Bank Rakyat melabuhkan tukun tiruan yang diperbuat daripada mesin juruwang automatik (ATM) miliknya di dasar laut supaya menjadi tempat pembiakan ikan dan terumbu karang di pulau antara 10 tercantik di dunia itu.
Ketua Wilayah Selatan Bank Rakyat, Nazaruddin Zainal Abidin, berkata usaha berkenaan yang pertama seumpamanya dilakukan institusi kewangan di negara ini adalah khusus bagi pemeliharaan dan pemuliharaan hidupan laut, terutama terumbu karang yang terkenal di pulau peranginan itu.
“Program itu adalah lanjutan daripada usaha bank itu melabuhkan tukun sama di Taman Laut Pulau Perhentian, Terengganu pada April lalu,” katanya ketika merasmikan program itu, di sini, kelmarin.

Menerusi program berkenaan, tukun tiruan daripada mesin ATM terpakai Bank Rakyat yang sudah diubah suai bagi menyesuaikannya dengan habitat asal hidupan dan terumbu karang dilabuhkan kira-kira 500 meter dari pantai bertujuan menjadikannya tempat pembiakan khazanah laut.

“Tahun lalu, kami turut mengadakan program menyemai karang laut di Pulau Redang, Terengganu serta melabuh tukun tiruan di Pulau Payar, Langkawi serta di Pulau Karuman dekat Labuan,” katanya.

TV dan Komputer Punca Obesiti?

KUALA LUMPUR: Masa yang terlalu lama di depan televisyen dan komputer

mengakibatkan golongan muda di negara ini mengalami obesiti, menurut
Kementerian Kesihatan.

Pengarah Nutrisi Jabatan Kesihatan Awam, Rokiah Don berkata, golongan

muda menghabiskan banyak masa mereka di hadapan skrin - sama ada

menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan komputer

menyebabkan mereka cenderung kepada gaya hidup tidak aktif.

“Dalam era skrin ini, orang ramai banyak menghabiskan masa di depan skrin.

“Ini menyumbang kepada obesiti di kalangan golongan muda sebab output

tenaga tidak seimbang dengan input tenaga atau makanan yang mereka

makan," katanya kepada pemberita, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Persatuan Kajian Mengenai Obesiti Malaysia (Maso) 2011 Conference di sini.

Sumber Dari Mstar Online

Tuesday, June 28, 2011

Dia Datang Lagi..

Tengah rilex kat opis,baru pas lunch,GM Secretary datang pas satu sampul kat aku...Urusan Seri Paduka Baginda.Ambik dari dia terus tengok dari mana...seperti yang aku jangka,memang time ni time dia lah...sejak aku berkecimpung dalam dunia perhotelan ini,setiap tahun without fail aku kena isi borang Jabatan Perangkaan Malaysia..yang sememangnya aku tak suka nak buat.....

Arghhh suke tak suke...ini tanggungjawab..jadi isi tetap kena isi.....

Saya Tak Sanggup lagi Hidup Begini

KUALA LUMPUR: “Saya tak sanggup lagi hidup begini, tapi saya terpaksa kerana ini saja cara untuk saya melepaskan diri daripada mereka,” kata seorang peniaga wanita yang berpakat dengan keluarga mengisytiharkan kononnya dirinya sudah mati semata-mata untuk mengelak daripada gangguan ceti haram atau along.
Wanita berusia 59 tahun itu yang hanya mahu dikenali sebagai Halimah berkata, untuk meyakinkan pelbagai pihak mengenai ‘kematiannya’ satu majlis kenduri tahlil diadakan dengan dihadiri saudara-mara, jiran dan rakan.
“Semua mereka menyangka saya sudah mati, hanya beberapa anggota keluarga yang tahu kisah sebenar. Bukan saya berniat menipu mereka, tapi saya lakukan ini kerana terpaksa.

“Saya amat rindukan kehidupan seperti dulu, gembira bersama keluarga dan menguruskan perniagaan seperti biasa yang kini hanya tinggal kenangan,” katanya.


Halimah ditemui Harian Metro ketika membuat aduan dan meminta khidmat nasihat daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai masalahnya itu, baru-baru ini.

Wanita itu berkata, dia terpaksa mengisytiharkan kematian palsu apabila keluarganya tidak tahan diancam along termasuk menerima ugutan menerusi SMS yang menyatakan rumahnya akan dipecah masuk dan semua barangan akan diambil.

Katanya, masalah bermula apabila dia membuat pinjaman RM10,000 daripada seorang along untuk menampung kos perniagaannya dan membayar gaji pekerja serta kos lain September tahun lalu.

“Pinjaman RM10,000 itu sudah saya bayar dalam masa ditetapkan. Namun, selepas itu, saya menerima panggilan daripada along menyatakan sejumlah wang sudah dimasukkan ke dalam akaun saya dan perlu membuat bayaran dalam masa 10 hari.

“Sebaik selesai bayaran berkenaan, saya dihubungi lagi, kali ini individu lain pula yang mendakwa sejumlah wang dimasukkan ke dalam akaun tanpa saya minta dan mereka mendesak saya membuat bayaran dalam tempoh tertentu.

“Sejak itu, hidup saya dihimpit masalah kerana terus menerima wang RM3,000 hingga RM7,000 pada satu-satu masa yang dimasukkan terus ke dalam akaun beberapa kali menyebabkan saya berurusan dengan 14 along serentak,” katanya.

Halimah berkata, setakat ini dia sudah membuat bayaran RM140,000 kepada 14 along terbabit, namun jumlah itu dikatakan belum mencukupi menyebabkan dia diganggu dan keselamatan keluarganya diancam.

Berikutan itu, Halimah menyembunyikan diri di beberapa kawasan di Pahang, Terengganu dan Melaka bagi mengelak diapa-apakan kumpulan terbabit yang menunggu di hadapan rumahnya setiap hari.

“Bimbang sesuatu yang buruk berlaku, anak saya memberitahu along terbabit saya sudah mati sedangkan saya masih hidup. Saya kasihankan anak kerana terpaksa berdepan along dan pada masa sama, menguruskan perniagaan kami yang terjejas akibat kejadian ini,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Unit Tindakan Khas PPIM, Saharuddin Abu Bakar, berkata pihaknya menerima aduan terbabit dan berusaha mencari jalan bagi membantu Halimah.

Katanya, seperti kes lain, PPIM akan bertindak sebagai orang tengah dengan mengaturkan perbincangan dengan along terbabit dan menetapkan satu kadar munasabah yang perlu dijelaskan.

“Kami dapati aktiviti ‘along berantai’ ini dijalankan oleh individu sama, malah modus operandi yang digunakan juga serupa iaitu memasukkan wang ke dalam akaun mangsa hanya selepas bayaran pinjaman terdahulu dilunaskan.

“Justeru, kami meminta orang ramai berhati-hati apabila berurusan dengan orang lain terutama yang membabitkan wang ringgit bagi mengelakkan ditipu,” katanya.

Monday, June 27, 2011

Amukan di Carwash

Sebab di atas ialah punca darah aku naik,tido sampai petang.....

Aku mengamuk kat carwash semalam.Tak de niat pun nak haruk kan si Bangla pencuci keta tu,tapi kalau dah di "bodohkan" oleh pendatang di bumi sendiri,aku rasa memang aku layak mengaruk semalam.Ye kawan-kawan,Bangla cuci keta tu kata aku bodoh.....Gini citer dia...

Aku ngan Mak&Armand pegi basuh keta kat Kemaman,ala kat tempat basuh keta masuk mesin tu la.Tu pun sementara tunggu Adib abis sukan sekolah,malas nak layan Armand berlari keliling padang macam dia plak yang sukan,aku ajak diorang pegi basuh keta.Semua berjalan lancar sampai lah kat part yang last...dah kuar dah pun dari mesin tu..Ada satu Bangla ni tugas nya untuk kasi kering before last part nak bayar tu kan...Dia pegi bahagian belakang,kot tengah lap aku jalan sebab lampu signal depan dah suruh jalan...bila aku gerak keta,dia tepuk keta aku.Aku pun stop la,dah mana aku tahu,aku tengok lampu hijau dah aku jalan la.

Tahu apa Bangla tu cakap..."hei bodoh punya orang,lu angkat lu punya kereta sendiri lap dekat rumah la..."Agaknya dia tengok muka aku ni stok boleh buli punya sedap la dia cakap...Dia tak tahu,aku ni cepat naik darah,cepat marah,lebih lagi kalau orang kata aku bodoh...itu kurang ajar namanya kan.
Demi mendengarkan kata-kata dia itu,aku apa lagi bukak tingkap keta tanya dia balik..."apa kau cakap..kau ulang balikkk..."Dengan kurang ajar dia ulang balik apa dia cakap tu...naik antu la aku kat situ.Ko yang bangang,buat keja slow,ko maki aku balik...mana kau punya boss?mana bos koranggg???suasana menjadi begitu tegang di tengahari...hahahah...Aku start la maki hamun dia,ye laah perasaan amarah menguasai kan...Armand terkedu bila mana tengok mummy dia bertukar...kerasukan jin amarah kerana di bodohkan oleh Bangla cuci keta.
Aku kata la kat dia,tak sedar diri,datang keja tempat orang buat kurang ajar pulak...dia melawan balik pulak tu...kalau ikut hati mahu aku kasutkan di Bangla bodoh tu...tapi aku still waras lagi.Cuma apa aku buat,since dia kata aku bodoh,balik umah lap sendiri keta,aku bayar singgit jer...duit air ngan letrik korang...lagi 3 hengget upah aku sendiri untuk lap keta...gasak korang la bangla...ko top up la lagi 3 hengget tu....tu pun mujur aku bagi gak singgit tu......

Sunday, June 26, 2011

Braekfast Hari Ni

Hari ni makan ......................
Sambil baca soratkabar...huh heaven dow!sebab hari ni Cutiiiii!!!!!!!!!!!!!!

Saturday, June 25, 2011

Sharing is Kewllll......


Search for a beautiful heart, but don't search for a beautiful face. Coz beautiful things are not always good, but good things are always 
 beautiful.
 
 
 
 

Followers Bertuah...

Heee...bajet ramai followers sangat.Mana tak nya,aku stat wat blog dari tahun 2008,tapi sejak dua menjak ni jer aku ada followers.Tu pun sebab join segment Ben Ashaari.Aku tak pernah bajet pun ramai akan follow aku sebab blog ni cuma blog luahan rasa hati aku,yang mana bila hari-hari depan aku  boleh baca dan nilai balik tahap kebijaksanaan aku,kegagalan aku,kenangan aku.Tapi sapa-sapa yang follow aku tu mostly aku follow diaorang balik la...walaupun tak plak dierang cakap "follow ai balik taw....."
Jadi sempena dah ada followers ni,aku penah la pasang niat kalau cecah 50 orang aku bagi something kat yang ke 50 tu...jadi orang yang bertuah yang jadi followers aku yang ke 50 ialah......




CikSya Cda

Cik Sya...nanti email kat kita alamat yer....kita ada sumthing untuk awak
email ke:leyamysara@yahoo.com hokeyyyyhhh?


ps: Perlu x bagi kat BA jugak???sebab join segment dia la aku dapat followers....What say you fwennssss???

Bang , jom g jalan jalan "

Join jugak....Sila Klik brader Ben untuk join.
Sudah??Okey jom kita g jalan-jalan...Senang vukansss?

Saya tak baling telefon bimbit

Itu kata Nur Fathia Abd Latiff pelakon Stanza Cinta.Berita penuh sila baca seterusnya

Sumber dari Metro

MASIH setahun jagung dalam bidang seni, Nur Fathia Abd Latiff pantas menarik perhatian khalayak menerusi drama yang dilakonkannya.
Penampilan sulung menerusi filem Hijab arahan Pierre Andre masih belum ditayangkan, tetapi dia sudah meniti puncak populariti selepas membintangi pelbagai drama antaranya Nur Kasih, Musang Berjanggut, Dea Sofea dan Laila Asyikin dan Hani.

Di sebalik bakat diri yang ingin ditonjolkan, pelakon berusia 23 tahun ini tidak terkecuali terpalit kontroversi. Selepas dikritik peminat beraksi seksi dalam fotografi bersama media, terbaru dia pula menimbulkan kecoh ketika di lokasi penggambaran Stanza Cinta arahan Along Kamaluddin.
Insiden berlaku apabila Fathia dikatakan bersikap kurang ajar dengan membaling telefon bimbitnya pada pengarah berpengalaman itu.

Menjelaskan perkara itu, Fathia menyatakan dia tidak berniat melakukan perbuatan berkenaan pada Along dan menegaskan perkara itu bukan seperti apa yang diperkatakan. Apa yang berlaku, dia sebenarnya berdepan tekanan emosi ketika itu sehingga telefon bimbit dipegang terlepas dari tangan.

"Saya tahu lakonan sendiri masih tidak bagus dan tidak pernah berasakan diri hebat kerana saya masih baru dalam industri ini. "Atas faktor ini, saya perlukan orang lain menegur diri saya.

"Berlakon drama ini membuatkan diri saya lebih tertekan apatah lagi ada adegan terpaksa diambil 15 kali. Watak Amni Sorfina mencabar apabila saya perlu memberi penghayatan mendalam dan bermain emosi setiap kali penggambaran dilakukan.

"Saya percaya Along tahu, saya tidak mempunyai niat membaling telefon bimbit itu padanya. Ketika kejadian, saya tidak sihat akibat migrain dan ambil cuti sehari selepas itu.

Berita penuh sila beli Harian Metro ya....

Kesian dia...tepon bimbit jatuh terpelanting kat pengarah...dia tak sengaja tuuuuu

Sepah Juara Maharaja Lawak

Tahniah Sepah sebab jadi juara Maharaja Lawak.Saingan antara Sepah dan Jozan memang sengit,dan terbukti Sepah mampu memberikan kejutan..Kalau nak bandingkan Sepah dengan Jozan dan Nabil,kita dapat lihat perbezaan lawak mereka.Sepah,boleh dikatakan tak terlalu menonjol berbanding Johan,Zizan dan Nabil..Jambu kita letak tepi dulu.Kita tengok Johan,Zizan dan Nabil selalu diundang mengikuti program-program Afdlin Shauki,lawak urban atau lebih dikatakan lawak cerdik,lawak ada style..tapi kita lupa lawak-lawak Sepah memang melekat kat hati,sebab lawak diaorang lawak yang sangat Melayu..lawak yang sangat simple.Sejujurnya aku memang pandang rendah sikit kat Sepah pada awalnya,tapi dari minggu-ke minggu lawak-lawak diaorang lah yang masuk hati..dan aku akui mereka sangat konsisten dan tak pernah gagal memecahkan tawa aku.Nabil,Jozan yang aku ada high expectation tu pun kadang-kadang aku paksa diri untuk gelak..takut diaorang tau peminat tegar dia ni tak gelak ngan lawak diaorang.Tapi lawak Sepah tanpa aku sedar aku tak pernah paksa diri aku untuk gelak...dekah-dekah pulak tu...
Malam final semalam,Nabil buat lawak tapi sangat tak terkesan dalam hati.tapi ambil kira pulak faktor dia berlawak sorang-sorang,tak de sidekick so tak la menghampakan sangat...Aku sangat ternanti-nanti persembahan Jozan,namun aku sangat kecewa dengan persembahan hambar mereka.Kalaulah mereka boleh buat lawak yang simple-simple jer...Mungkin terlalu tertekan dengan harapan tinggi peminat yang mahu mereka dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak...sejujurnya aku pun nak mereka jadi juara...tapi we cannot tell because ada saingan yang mampu menarik minat pengundi di saat akhir...
Jambu...pada awalnya aku jangka mereka juga mampu memberikan saingan,tapi lama kelamaan mereka hilang arah.Momentum hilang,aura hilang...tinggal kan aku memaksa diri untuk ketawa..lagi sekali nak jaga hati...macamla diaorang tau kan...?
Kesimpulan nya..lawak Nabil malam tadi yang kedua baru menjadi..tu pun over run lagu panjang sangat,Jozan dan Jambu pun kembali pada set ke dua....gelak jugak la.Apapun Sepat jugak yang meletopzzzz....kanjat Boboi

Tahniah kepada semua....terutama Nabil yang bawak balik RM 150,000.00 sorang...kalau nak kongsi pun cuma bagi upah kat Spiderman haaa ini makan dia tuuuu....Best Brooooo!!!

Friday, June 24, 2011

Khasiat Makan Pisang

Sumber dari Kosmo:

Entry ringkas pasal khasiat Pisang...dah tahu khasiat...ayuh kita pegi borong pisang okeyhh..bukan pisang goreng tau....

 1) Kesan Sampingan
Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi.

2) Pisang bagus untuk perempuan hamil
 Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
 3)Pisang boleh mengurangkan masalah kesihatan
  • Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
  • Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok
  • Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
  • Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
  •  Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.lepas ni perokok...sila hisap pisang hokeyss...vukankah lebih sihat cenggitu?
  • Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
  • Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam....aku confirm bawak setandan pisang...ia bagi meredakan ketegangan di tempat kerja dan jugak kegemokkan!!
  • Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk...nampak...jimat duit nak beli krim gatal...tenyeh je kulit pisang
Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.
Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang.

Harap2 info ini berguna la yer....jom stat keja pegi lunch pastu singgah beli pisang hokey...
Zassssssssssssssssssss...

Terima Kasih Wan Zack Haikal

Ini lah hero yang score gol ke 2...Wan Zack Haikal..
Gambar Credit to Google

Irfan Fazail pulak yang score gol pertama Malaysia
 Gambar Credit to Google

Terima Kasih di atas gol-gol anda yang memastikan Malaysia mara ke saingan peringkat kumpulan bola sepak Kelayakan Olimpik 201.

Thursday, June 23, 2011

AKU TERINGIN NAK HACK BLOG

Join segment Ben lagi dan lagi......
Biarlah orang nak kata apa,aku suker aku join
Jadi kalau andas(bahasa omputeh untuk anda-anda)semua suker sila join jugak

Blog yang sangat ingin aku hack ialah:

Pesan aku kat penulis ni.....Aku Suker Kejujuran Kamoooo!!
sapa-sapa nak join sila klik sejuta kali kat sini hokey...senangg vukannnsss??

whut you give..you get bek la

When flood comes, fish eat ants and when flood recedes, ants eat fish.  - Only time matters. Just hold on, God gives opportunity to everyone!

sekarang time ko jadi ikan...tunggulah bila banjir surut.....

Blur Macam Sotong

Hari ni hari blur aku..sebab?First thing in the morning aku dah nampak orang meninggal tengah highway.Teruk accidentnya,habis keta baru dia...Aku kepochi ngan polis trafic tu..dah dia tutup jalan tak bagi lalu coz nak angkat mayat...keta aku pulak depan sekali so aku nampak la keadaanya..ngeri dow!Tanya kat polis tu,accident sorang2 ke?Polis tu kata ngatuk kot,langgar divider....serius aku mcm nak nangis sebab ketakutan!Sepanjang jalan aku dok pikir pasal accident tu..macam mana la penerimaan family dia,anak2 dia macam mana tiba2 tau ayah dah tak de,isteri dia macam mana..iskkkk macam2 la.
Sampai opis bukak blog,tengok segment yang aku join semalam,byk komen ada 50++,ada yang aku sempat jengah ada yang belum....so aku akan jengah dan follow nanti hokeyss..lagipun bukak blog guna tangan kiri,coz tangan kanan makan nasi kerabu marvellos....Terima kasih pada yang menjengah dan memfollow.Kamooooo semua memang best lah!
Hari ni aku bzz sket,sebab ada meeting.Meeting pagi hari sudah ngan GM,meeting sebelum Asar hingga menjelang subuh belum lagi...tapi dijadualkan hari ni.So aku kena get ready.Report sumer dah siap,tunggu urgent request je.Pagi tadi ada meeting ngan GM.Seperti biasa,ada problem highlighted...GM mengamuk sudah..itu memang hobi dia...mengamuk dan meroyan!Sedap-sedap dia taruk kitaorang punya F&B Manager...dia pun kata "you tak highlight to me..whenever my boss ask me on the problem i will look blur like sotong...." owh he's so KIASU......



Nota kaki :Blur Like Sotong Used to describe someone as rather inept or in a world of his own. Presumably, it comes from the squid’s emission of a cloud of ink, hence the popular phrase, “blur like sotong.”Sumber :
The Coxford Singlish Dictionary

Wednesday, June 22, 2011

AKU PROMOTE KAU,KAU PROMOTE AKU OKEYHH!!

1)http://frommetoyou85.blogspot.com
2)http://www.areliff.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
3)ceritasana-sini.blogspot.com
4)http://www.sunahsukasakura.com/2011/06/wordless-wednesday-8-aku-promosi-kau.html
5)ezetheblackrose.blogspot.com
6)gurlgemini.blogspot.com
7)mrbaiz.blogspot.com
8)http://smalamariinimasadepan.blogspot.com/2011/06/aku-promosi-kau-promosi-aku.html
9)syuesyada.blogspot.com
10)lzulxocraxme.blogspot.com
11)sailaaf.blogspot.com
12)jahidisaili.blogspot.com
13)hadifar-fyda.blogpot.com
14)budakshumort.blogspot.com
15)viniyamey.blogspot.com
16)memyselfandnotirene.blogspot.com
17)sempoi-zone.blogspot.com
18)simpl3blog.blogspot.com
19)http://kunangkunang3017.blogspot.com/
20)coretanharapan.blogspot.com
21)http://lulu-pages.blogspot.com/
22)trioseposen.blogspot.com
23)alfredshin.blogspot.com
24)myshopping2u.blogspot.com
25)teynteyndoll.blogspot.com
26)http://www.prince91.com/
27)sayurlemak.blogspot.com
28)miss-nadya.blogspot.com
29)ahmooyymunchet.blogspot.com
30)sukmabintara.blogspot.com
31)rafinamimi.blogspot.com
32)thegoldenrosereturn.blogspot.com
33)zippomiller.blogspot.com
34)akueddie.com
35)laman-ayahsue.blogspot.com
36)misscha-cecita.blogspot.com
37)wardahalisya.blogspot.com
38)fizgraphic.blogspot.com
39)alyaesprezzo.blogspot.com
40)ftndiana.blogspot.com
41)kisahkauakudankancil.blogspot.com
42)cahayakeharumanku.blogspot.com
43)ladybirdakuply.blogspot.com
44)lassierose.blogspot.com
45)cekedismanis.blogspot.com
46)lytulip.blogspot.com

Update setakat 5.22 pm.....enjooiceeeee BW ya...

Nak balik dah...nak buat cekodok bilis,makan sambil minum kopi...yaaa awww sangat!

Cucur Bilis dan Kopi O Kaw

Alangkah best nya kalau dapat makan cucur bilis ngan kopi O kaw....
 Cepatla pukul 5...
nak balik umah goreng cucur makan ngan kopi O
Tambah pulak hujan2 nih....


Zasssss....

Gathering Finance

Semalam aku attend gathering yang staff Finance buat.Raikan kawan-kawan punya birthday.Buat kat "sister resort" kami iaitu di Sempurna resort.
Ni la staff-staff aku...yang nampak basah lencun tu lepas kena campak lam kolam..oleh tuan tanah kedaung..

 cubaan mencampakkan aku pulak oleh tuan tanah..baju kuning..
Aku ditemani laki terchenta.....

Sket sebanyak enjoy gak la,join diorang makan2.Ni semua staff aku kat tempat baru...baru 3 bulan diorang berboss kan aku ni....

Thanx people!

AKU PROMOSI KAU PROMOSI AKU

Jom join.Sila klik laju-laju di sini ya www.benashaari.com

Tuesday, June 21, 2011

Kongsi bilik pemandu lain jantina ditentang - Matta

KUALA LUMPUR — Persatuan Ejen-ejen Pelancongan dan Pengembaraan Malaysia (Matta) hari ini mengulangi penentangannya terhadap perkongisan bilik antara pemandu pelancongan wanita dengan pemandu bas lelaki.

Naib Presiden persatuan itu, Aruldass Arulandu berkata ia bukan menjadi amalan industri berkenaan, dan ia juga bertentangan dengan peruntukan di bawah Akta Industri Pelancongan 1992 yang dipinda pada 2009.
"Matta telah juga memberitahu anggotanya bahawa amalan sedemikian bertentangan dengan undang-undang sebagaimana menurut Akta Industri Pelancongan,” kata beliau dalam satu kenyataan hari ini.
Ia sebagai reaksi kepada kenyataan Persatuan Pemandu Pelancongan Wanita Malaysia (MWTGA) yang mendakwa perkara berkongsi bilik itu sudah menjadi kebiasaan dalam industri berkenaan.
Arulandu berkata pemandu pelancongan yang berdepan dengan amalan tidak beretika itu oleh pengusaha pelancongan hendaklah melaporkan segera hal itu kepada Kementerian Pelancongan dan persatuan yang relevan.

Sumber dari Bernama...

Bersyukur lah

Syukur,Alhamdulillah..kalau uolls baca entri before this yang pasal Result Exam tu,dan aku ada kata nak tulis pasal krisis,pergolakan sepanjang semester lepas sampai aku rasa aku akan flop dalam exam kali ni, yer aku akan ceritakan okey.Walaypun begitu aku tak sangka sangat aku dapat straight A's untuk semua paper yang aku ambik..ala 3 je pun...but still aku bangga ngan diri aku nih....
Permulaan semester lepas aku baru start kat tempat kerja baru,kerja ngan company yang besar dan diorang offer aku lebih dari apa yang company sebelum tu .Lebih dari segi imbuhan,pangkat dan benefits la,hingga aku kelabu mata..aku admit aku terlalu kejar kedudukan dan wang ringgit,tapi dalam keadaan yang serba mendesak kan...aku pikir ianya bonus buat aku.Bos lama halang aku dari berenti,tambah ngan company sebelum tu aku dapat kelebihan,cuti 2 hari seminggu,Jumaat half day lagi,senang untuk aku nak berulang alik ke Shah Alam every week.
Aku nekad sebab gile kau,company besar tu..tambah lagi dia orang ambik aku Melayu nih untuk jaga Financial diaorang..Nyata aku silap percaturan kali ni.Aku betul tak sangka aku perlu bersaing dengan 2 lagi Acting Financial Controller untuk dapatkan jawatan Financial Controller.Sumpah,kalaulah aku tau aku tak terima jawatan tu...Masa interview diaorang cakap aku masuk as Acting FC dan jalani process handover selama 6 bulan and all will be mine....kan awal2 lagi dah kena tipu!
Bila rasa diri kena tipu,dan terpaksa bersaing dengan dua lagi senior off coz la aku down..tambahan pulak aku kena buli ngan diorang,tiap2 hari balik lewat malam sedangkan diaorang 5 sharp dah balik.Semua dilepaskan kat aku sebagai orang baru kononnya process pembelajaran..well aku ambik tu as positive,tapi kalau banyak sangat taktik kotor yang di mainkan..at last aku jugak nampak buruk dan salah.Silap aku,aku tak pandai kenakan orang..aku lurus bendul sket...
Bila dah keadaan jadi tak terurus,makanya aku tak stadi la..aku pegi kelas tiap minggu,assignment esok nak hantar malam ni sengkang mata buat,aku down giler...Sampailah lepas 5 bulan aku macam tu,kena stress yang melampau,aku langsung tak boleh buat kerja.Apa yang aku buat selama ni aku tak konfiden.Sampai jumpa pakar..doktor kata aku kena Adjustment Disorder....sket lagi nak ke kemurungan!
Dapat MC seminggu,masa tu la jugak aku dapat kerja kat tempat baru ni...Alhamdulillah,aku tak la seteruk yang di sangka.Aku masih mampu kerja,masih mampu buat semuanya dengan betul.Aku dapat balik skill lama aku,walaupun kat sini operationnya lagi besar dari tempat yang lama,aku masih mampu buat yang terbaik.
Alahamdulillah,aku pass semua paper..dan akan aku buktikan walau teruk mana sekalipun aku kerja,aku tetap akan teruskan program Master tu...aku akan dapat apa yang aku nak..Doakan aku yer...Doakan agar segala urusan aku di permudahkan...Amin!

Me Vs Boss

When I take a long time to finish, I am slow,
When my boss takes a long time, He is thorough
When I don't do it, I am lazy,
When my boss does not do it, He is busy,
When I do something without being told, I am trying to be smart,
When my boss does the same, He takes the initiative,
When I please my boss, I am apple polishing,
When my boss pleases his boss, He is cooperating,
When I make a mistake, You're an idiot.
When my boss makes a mistake, He's only human.
When I am out of the office, I am wondering around.
When my boss is out of the office, He's on business.
When I am on a day off sick, I am always sick.
When my boss is a day off sick, He must be very ill.
When I apply for leave, I must be going for an interview
When my boss applies for leave, It's because he's overworked
When I do well, My boss never remembers,
When I do wrong, He never forgets
 

Sunday, June 19, 2011

Result Exam HM 770 Dah Kluar

Alhamdulillah
Aku dapat A untuk ketiga-tiga paper

Syukur kerana semester ni aku lalui dengan seribu kepayahan,pergolakan dan krisis
nanti senang-senang aku citer yer.
kena siapkan report dulu

Because of You...Yes..you!

Lama tak hapdet..bukan malas tapi aku bizi tahap gaban sampai tak sempat nak menjenguk ke alam maya.Bizi dengan 4th quarter forecast la,financial report la,rumah tangga lagi..tak tercapai dek akal bizi nya.Hari ni nak tulis pasal apa ek..owh,tadi ontheway datang keja..yer aku keja hari nih,,,tetiba emosi kena keja hari Ahad,dengar redio,hari ni hari bapa rupanya..so aku pun decide la nak ziarah kubur arwah abah jap...Sampai sana sedekah Al-Fatihah dan beberapa surah,aku teruskan perjalanan ke tempat kerja.Hanya itu je yang aku mampu kan.Tapi sebab Abah lah aku jadi aku hari ni..aku tak kan pernah berhenti bersyukur atas apa yang aku kecapi selama ni.Abah aku adalah hero pujaan aku,pemimpin idola aku dan ayah yang paling hebat buat aku.
Abah..Because of you Abah I am who I am now...

Terima Kasih ya Abah.

Wednesday, June 15, 2011

"Segmen Simple : Kekuatan dan Kelemahan Diri Aku ..."

Yeyeahhhh join segment Ketua geng Perfect Strangers pulak.....

Sesapa nak join klik laju laju kat http://mohdnaser.blogspot.com

Kekuatan Diri:

Berkeyakinan Tinggi
Berdisiplin

Kelemahan Diri :

Kurang Sabar
Mudah Hilang Fokus

Cheerssss

Game Antara Blogger Bermula:Senarai Perfect Strangers

Game antara Blogger Bermula...


NAMA KUMPULAN : PERFECT STRANGERS

KETUA KUMPULAN : Nasz : http://mohdnaser.blogspot.com

AHLI KUMPULAN :

1.sue : http://sueperbs.blogspot.com/

2. Leya : http://hazeleya.blogspot.com/

3. Zul Fattah : http://zulfattah.blogspot.com/

4.Munirah : http://thecahayabulan.blogspot.com/

5. x.a.n.a : www.xanahanami.blogspot.com/

6. Pemuda Harapan : http://zonesaye.blogspot.com/

7. ann : http://annyoo6609.blogspot.com/

8. azam : http://laman-ayahsu.blogspot.com/

9. Fee Hafeezah : http://norhafeezah.blogspot.com/

10. Lieynanilaz : 
http://lieynanilaz.blogspot.com/

SEBAB NAMA KUMPULAN INI DIPILIH :

Even tak kenal each others, but we trying to mix up dlm satu group, Blogging adalah medan utk kita kenal antara satu sama lain, Not just membaca entri, but we keep in touch in write the comment and next ia dapat membantu blogger utk terus maju dgn adenye comment-comment yang membina, strangers is someone that we need to think positive, sometimes it help us :D

Perfect Strangers

Semua tu gara-gara join Segment Ben Ashaari.Aku mula tak reti nak cari ahli group nih...sebab aku ni pemalu sket...motif???Tetiba nampak NasZ post kat komen tanya sapa nak joien group dia...maka sepantas kilat aku pegi kat blog dia dan paste aku punya url...Nama Perfect Strangers tu aku nyer idea la...sebab kita-kita kan tak kenal each other lagi...dan suddenly bergabung jadi satu kumpulan...harapnya meletopzz la kan...mau tak, mencicit cari ahli group.Dekat pukul 4 baru dapat paste...tengkiu to NasZ lagi sekali sebab tetiba je internet meroyan...nak post komen pun tak leh....Aku perasan dengan adanya segmen-segmen dari Ben ni maka followers aku dah bertambah...dulu aku buat belog aku la yang syok sendiri baca...harap2 lepas ni kita boleh la bertukar citer dan idea..

TO ALL PERFECT STRANGERS:
KAMOOOO SEMUA SUDAH ADA DI BLOGLIST SAYA.....UNDER PERFECT STRANGERS
BERSAMALAH KITA MEMAJUKAN DIRI DI DUNIA BLOG INI.....ayat macam Menteri nak pancing undi...
Tengkiu to all group members

From Paris With Love

Jonathan Rhys Meyers aka JRM adalah punca aku migrain hari ni...Sebab?Sebab dia sangat howtt lalu membuat aku delaykan waktu tido dek kerana layan dia kat HBO malam tadi.Ala citer lama tu pun nak tengok ke?Aah citer lama,aku pun tengok kat wayang dah,masa tu kat JB tapi kerana dia howttt,aku layan lagi sampai la aku tak cukup tido,pastu sakit kepala.
Semalam aku demam,balik dari keja badan rasa tak best...mungkin meraikan ke kenselan miting,jadi diri ini tak dapat terima yang boleh balik awal semalam lalu mendemamkan dirinya.Lepas maghrib,makan ubat pastu tido..tapi biasalah bila ada anak yang sangat aktif,maka tido tu akan terganggu.Kejap-kejap mommy...Armand nak susu...kejap kang Adib buwatt Armand...kejap-kejap aku kena bangun sergah dia sebab spray Rexona aku sampai tinggal nyawa ikan je dah....So tak la lena seperti yang dibayangkan.Last-last lepas kena haruk ngan aku baru la dia insaf,cari selimut bagai masuk tido...nanti mesti dia mengadu kat nenek dia kan yang Mommy asyik buwatt dia....
Gambar ni masa Armand umur satu tahun...kat beach depan umah...training surfing....huhu

lepas Armand tido,dah aku plak x leh tido.bagun pg kat hall tgk tv...lepas lenguh tangan tukar chanel semuer citer sangat tak best,tekan HBO dah kuar citer FPWL tu....jadi sangkut depan tv JRM sampai abis...Tido lambat,kol 5 pagi dah bangun siap2 antar Adib g school patah balik g keja.Masa bawak keta dah rasa tingtiong...tapi segalanya memuncak bila mana kena maki sikit sebanyak dalam meeting ngan bos kesayangan aku...Aku sebenarnya nak marah staff aku ni sebab dia ada wat salah sampai aku kena taruk dalam meeting...tapi tak pe la...mak redhoo je lah.Jap lagi meletopzzz la ni....Aduh hati sabarlah...

Wordless Wednesday

Game Antara Blogger


Klik laju-laju kalau nak join kat   sini

Tuesday, June 14, 2011

Armand Bikin Cemas...

Sekarang ni dah rilex sket,so bley la hapdet blog ngan tenang,sambil jeling henpon harap2 jangan la bos call sekarang kata nak stat meeting dah.Entry awal tadi aku macam stress sket sampai nak tumbuk PC.Tapi korang pun penah gak rasa kan...kan...Dari pagi lagi sebenarnya nak marah,dalam meeting macam2 hal lak berbangkit.Salah satu pasal credit ngan stesen minyak,boleh bos marah aku pasal tak buat payment kat stesen minyak tuh.Dia tak paham kot konsep prepaid..maksud aku tokey minyak tu la...macam mana dia boleh bukak kedai minyak aku pun heran.Kami dah bagi dia advance 10,000.so suker ati mak bapak kami la kan nak pegi ambik minyak banyak mana pun selagi tak lebih RM 10,000 tu kan....boleh dia tak nak release minyak,Dia kata sebab kami tak top up lagi.Padahal belen ada lagi RM 3,500.Sangai tak?Bos aku yang kerja dia tahu marah2 je sanggup tepon aku malam2 hari pasal kes ni.Kenapa you tak bayar BHP???Aku bagi la sedas lam meeting tadi,"Bos if we used prepaid like Celcom,Maxis rite...as long as you still have money inside, we still can used rite?Same like our case now...I oredi give advance 10k wth they want to suspense our account?We still have 3.5k with them.."Bos diam...."ok nvmd you check lor....small matter like tis oso must involve me aa"..."Lu yang gelupur tak tentu pasal kenapa?Gua dah settle la ngan tokey minyak tu...siap ugut dia lagi tak nak guna service dia dah...aku cakap dalam hati je lah kannn
Itu satu..kedua staff aku wat report tak betul.Figure huru hara.Being me yang agak cepat spot mistake,kena bamboooo la pepagi hari.Ala aku marah bukan teruk pun...abis kuat,why like this one....how come you never check...sila abaikan bahasa Inggeris aku yang agak kecinaan ya....I was trained to talk that way...since I attached with chinese co...
Tadi masa aku tulis ni entry ni ada sorang staff masuk jumpa aku,nak mintak signatories katanya....Signature dik...signature.Staff housekeeping nak berenti keja.Aku terkesima tengok dia pakai tudung ala Mak Jemmah balut kepala ngan kain tola masa nak pegi mandi.Mangsa pesen.....
Jauh benar aku melalut kan...yes have to admit that I am bad writer.
Aku sebenarnya nak citer pasal Armand...semalam bawak En Hubby pegi follow up kaki dia yang terpeleot tu.Aku pun nak gak jumpa doktor,bawak Armand sekali.Kalau tinggal,mau satu umah di haruknya nanti.Tambah pulak tinggal ngan Mak Chu yang sibuk ngan enpon je tu.
Adib ikut gak,tapi lepas dia pegi beli nasi lemak,dia dok dalam keta...nak meneruskan misi dia untuk verangans la tuh.Being Armand yang tak pernah dok diam,dia lari2 dalam klinik tu macam la klinik tu trek balapan..sampai turn aku masuk jumpa doktor Armand stay ngan papa dia.Bila aku kuar,aku tanya kat En Hubby,mana Armand..dia kata ada kat depan tu ha...Aku pegi cari...tak de..pusing sana sini tak de...2 kali pusing masih tak de,aku dah start nak nangis dah...suara aku dah lain cakap kat papa dia...Armand tak de Pa...Aku tgk laki aku jalan keluar pegi kat keta....Alhamdulillah Armand ngan Adib dalam keta...Lega toksah cakap la kan...Aku pegi kat Adib...Awak ambik Armand ke?Dia jawab...tak lah Adib nampak dia lari-lari kat depan ni,nak pegi kat kedai hujung tu ha...Sib baik Adib cepat pegi tangkap dia
Masya-Allah....nasib baik dia lari kearah yang Adib boleh nampak,kalau ke lain??
aku x sanggup bayangkan weh

5 BLOG PILIHAN HATI

Lima blog yang wajib aku singgah hari2 besides BenAshaari blog ialah :

1)http://kepalalabuchi.blogspot.com/
2)http://cikgeligeli.blogspot.com/
3)http://solomolo.blogspot.com/4)http://azfar9897.blogspot.com/
5)http://emyju.blogspot.com/
 Ada banyak lagi yang selalu aku baca tapi nak kat atas ni entry2 diaorang MASUK JIWA...

 Jom la join..mudah saja sila klik butang ini

Rasa Nak Tumbuk Komputer Laju-Laju

Pernah tak rasa macam nak tumbuk atau humban komputer anda?
Itu yang aku rasa sekarang...sebab aku dah siap Financial Report
tak dan nak save komputer hang dan terus telan report aku
Di saat ini aku rasa nak tumbuk komputer aku laju-laju....
matila mak...meeting nak start dah ni....

entry ni tak dapat diteruskan sebab rasa geram&pilu yang teramat sangat...

sekian

Monday, June 13, 2011

Surat Untuk Abah....

Abah...
Dulu masa kecik-kecik nak cakap Along sayang Abah susah sangat kan...malu sangat nak cakap macam kat dalam drama-drama tv tuh.Macam ngada-ngada pun ada kan...Tapi Bah...kalau lah masa tu dapat diulang balik...hari-hari Along nak abah tau yang Along sayang Abah sangat-sangat..Hari-hari Along akan cakap kat Abah yang Along sayang abah sangat-sangat.Along tak kisah kalau sapa nak cakap Along ngada-ngada nak ikut macam dalam drama tv.
Abah...
Dulu Along tak tahu apa yang abah buat semua untuk kebaikan Along.Abah suruh Along belajar sampai masuk Universiti,tapi masa tu Along leka ngan rock kapak...kunun nak jadi rockers.Sibuk giler hapal lagu rock,alter suar jeans sampai susah nak pakai,pegi lepak Kompleks Teruntum..Along tak kisah pun bila Abah macam frust ngan result SPM Along,Along tak pikir yang Abah nak sangat anak dia dapat keputusan bagus macam anak orang lain..Buta sangat perasaan Along kan Bah??Abah..kalau la masa tu dapat diulang balik kan...
Abah...
Along mintak maaf sebab memberontak tak nak masuk ITM.Abah beria-ia isi borang nak sangat Along ni jadi penyambung legasi Abah..Abah kan graduate ITM.Along ingat lagi,masa tu abah tak de kereta,Abah ajak Ayah Andak pegi hantar Along kat ITM Arau.Abah la orang paling hepi..Dapat peluang Along bukan la belajar betul-betul pun.Result cun-cun jer,adalah pada tak de kan...Abah sekarang Along nak sangat Abah tau,Along berterima kasih kat Abah sebab isikan borang untuk Along.Sebab borang tu lah,Along jadi orang berguna Bah..at least to our family.
Abah,
Bila Abah cakap,abah tak de harta nak ditinggalkan untuk kami,Along buat tak paham...Abah nak sangat kami semua masuk universiti sebab itu je lah harta kami nanti..Seruis Bah,sampai Abah dah tak de baru la Along faham semua tu...Baru Along tau yang Abah nak tinggalkan tanggungjawab yang besar untuk Along.Abah...cepat sangat Abah tinggalkan kami....Mak lah orang yang paling sedih bila dia hilang kawan baik dia,cinta hati dia..tapi Along...Along hilang separuh jiwa,kekuatan Along hilang bila Abah pergi.
Abah,
Along doakan abah tenang dan damai.Along rindu sangat kat Abah.Lagi2 bila banyak masalah kat opis.Kalau abah ada mesti abah tolong Along kan...bagi tips macam mana nak hadapi bos yang sentiasa menggila.Kalau boleh Along nak bos macam Abah,sentiasa toleransi,cakap elok2 walaupun tegas..Tak pe lah Bah,at least Along jadi bos perangai tak la teruk sangat...Along nak jadi macam Abah,disayangi staff..Along ingat setiap kali Along jumpa ex-staff Abah,diaorang mesti cakap yang diorang missed Abah sangat2.Lagi satu kalau kena marah ngan laki sebab tak pandai masak pun Along boleh refer abah jugak kan...Abah kan pandai masak...Kalau Abah ada mesti Chef Lan tu berguru ngan Abah jugak...mesti dia tak berani nak marah Along kan Bah?Along percaya jugak kalau Abah ada lagi mesti Abah marah sebab surat ni Along tulis tunggang langgang,tatabahasa tah kemana,jalan cerita upside down kan Bah?Tapi ni je la Along mampu tulis,Abah jugak nak Along jadi Accountant...Accountant kalau tulis buku memang hancur kan Bah?Semua ni sebab Along rasa banyak sangat Along nak cerita kat Abah..kalau Along citer masa pergi ziarah kubur Abah kang orang kata apa pulak kan...
Abah,
Doa kami sentiasa untuk Abah...Semoga Abah tenang dan damai di sana...Al Fatihah....

ps;Entah kenapa aku rindu sangat kat Abah...lagi2 bila mak cakap dia nampak Abah kat Mekah...

Wiken

Sabtu aku ada update pasal boss yang marah-marah.Hari Sabtu tu memang aku cadang nak balik lambat sket.banyak keja.Baru je nak stat keja kol 1.30..kejadahan apa stat keja time dah nak balik kan...kekekeke tiba-tiba tepon yang bersarung pink bunyi sarung pink?tu la aku pun tak tau apa yang merasuk aku time tu sampai aku bleh beli cover phone kaler pink.....shaittt!..kedengaran ringtone En Suami.Dia call soh aku g ambik dia coz dia jatuh kat kitchen katanya..."Dah tak leh jalan dah ni,...tah patah ke retak tak tau"...OMG...kelam kabut aku kemas barang masu keta and pecut.....dah la dari opis aku ke Holiday Villa Cherating tu mau makan masa sejam....itu dalam keaadan normal bila memandu.Tapi kalau dalam keadaan kerasukan Paul Walker dapat la 40 menit....kutip saman la pas tu..Separuh jalan sedar minyak keta separuh nyawa..kena masuk pit stop dulu.Zasss masuk Esso kat Gambang,masuk nak pegi  bayar..mak bapak ramai orang la pulak..beratur je la.yang jaga kaunter tu mak cik2 aku bajet sebaya mak aku yang kat Mekah skang...mak cepat la balik...keadaan sgt huru hara sekarang...huhuhu.Depan aku ada satu awek cun gilbab.Memang cun la...tapi kan ada sket kuwenggg...dia tak kenal apa itu Rexona....sayang beb...tengik giler.Bayang kan la muka stok Lisa Surihani tapi bau badan kalah tokey ikan......Tak lama pas tu pakwe dia datang bediri sebelah dia,adoi mamat ni bau minyak Afiat pun ada..Apa terend ke sekarang...muka cun badan tengik?tak paham mak...hijau gak la tahan napas....Diaorang blah turn aku plak nak bayar minyak..."Hai kak selamat datang....teka sapa yang cakap tu...?teka sekarang????Yer itu adalah makcik yang sebaya mak aku hokey....Dia panggil aku kakak?Seriuosly tua sangat ke rupa aku?Aku rasa aku masih lagi dress up macam orang muda tak sador diri,masih lagi la ikut trend kan...Aku malas nak pikir sangat,aku anggap dia lupa pakai spek mata..tapi sebab hati masih tak puas kan...lepas dia bagi resit aku pun cakap la Terima Kasih ya mak cik.... harap mak cik sedar yer...saya ni 25 tahun muda dari mak cik hokeyyy....
Sampai je kat En Hubby,ambik trus bawak g klinik.Sib baik la tepeleot jer..kot patah riuk  ker susah jugak kan..Settle sumer gegas lak balik umah tu pun lepas settle beli lauk pauk untuk di masak...yer Cik Kiah masak...berdebar rasanya nak jejak kaki ke dapur rumah  sendiri...umah mertua lagi la kot...dan2 cubit anak bagi nangis pastu ada alasan kena jaga anak.....hahahah keji kan perangai?
Dalam pada tu bos masih tak berenti tepon aku ni....adoi rasa macam nak ajak dia dok umah aku sekali ha...senang kot nak tanya apa2...sewel tol la.Aku angkat phone jawab apa yang patut pastu aku cakap kat dia in a very nice way la.."Bos...I'm at the hospital now,my hubby accidently broke his leg and I think he really need my attention.He is in great pain right now,and I beleive he'll be offended seeing me busy answering phone call on office matter rather than to pay him an attention.Can u please refer to Farhan,I beleive he'll be glad to assist you...ha ambik kau...kot tak paham jugak tak tahu la nak kata apa lagi....since then takde phone call untuk aku sampai la sekarang ni....merajuk ke...anyway Ada ku kesah????
Sikit sebanyak wiken aku sangat la penuh,dan sebab itu jugak la aku tak sempat nak hapdet blog....
Till we meet again.....

Saturday, June 11, 2011

BEN ASHAARI :JOM KENAL BLOG SAYA

Hari ni Join lagi Segmen BA...tambah bloglist supaya senang nak BW nanti....Jadi Jom la kita sama2 tambah bloglist dan kenal each other.Dalam blog Leya ni kebanyakan nya citer pasal diri sendiri la,kejadian yang berlaku hari2,pengalaman yang boleh dikongsi bersama...Blog yang sangat tak serius,sebab saya ni penat sgt jadi serius dan macam bagus time opis hour....jadi ini belog adalah the other side of me....enjoiceeee..........
Sapa-sapa nak joien...kelik sini hokey.....www.benashaari.com

Mood yang Sepoil....

Aku tak suke marah-marah.Sebab bila aku marah,darah aku naik,bila darah aku naik aku pening kepala,aku hangin satu badan...dan lagi satu buruk bebeno kalau aku dah stat marah....
Pagi2 bos aku call dia cakap macam ni:
Boss :Are you working today?
Aku:Apa bangang ko kan kalau boleh nak suruh aku keja 7 hari seminggu...tapi itu dalam hati la..jawapan aku,,dah tentu la Yes boss I'm working...*hp aku pun boleh muntah ijau dengar cara aku jawab kan...*
Boss:Let me remind you again,the sales report I need it daily
Aku:Tengah buat la ni ngok!...yee dalam hati jugak.Jawapan betul;Yes..preparing it boss,within 10 minutes you will get the figure.
Boss:Tomorrow who will prepare?
Aku:Will get it done as well....I will update you with the figure
Serius aku sumpah dia giler2...ingat aku tak de rumahtangga ke nak keja hadap dia jer....
Aku tak sker sgt bila ada bos yang perangai macam Firaun..Tolong la beb,aku pun ada family,anak aku nak jugak kenal sapa mak dia,laki aku nak gak kenal bini dia sapa...kot dia kenal bini lain kang tak ke aku gak susah..Dah la hari2 ko dera aku balik lambat,asal kol lima jer mula la ko kol mintak macam2,masa aku ada kat opis dari kol 9 sampai 4 tu tak reti lak ko nak mintak apa2,time aku angkat henbeg je menggelupur la ko call tanya aku itu ini...hari Sabtu pun aku keja full day,tak kan Ahad pun nak aku keja jugak?Ko tak pe la keja Ahad pastu suker ati bleh replace ko punya off day..kot aku buat cenggitu,ko marah.nak bagi warning letter bagai...jadi mana masa untuk aku?Aku bukan setahun jagung dalam hotel industry...dah 13 tahun.tapi ni lah 1st time aku jumpa boss macam kau.Hello zaman military dah abis la...skang ni orang buddy2 jer ngan GM.Ko dok wat muka ketat,pastu ko pelik ngapa tak de orang nak keja ngan ko...
Ko jgan lupa bos,hari ni hari Sabtu,paper The Star byk keja kosong.....
Tak per la boss...buat la suker ati kau..aku tak kisah...
Tapi bila aku dapat keja lain,jangan ko menggelupur macam sebelum ni hokeh?

ps:ini entry pasal sakit hari ngan bos buat aku macam budak tadika...

Friday, June 10, 2011

Chef Lan Cabar Aku Masak....

Semalam tengah rilex 2 tengok You Saka....tetiba Adib tanya,esok pagi nak makan apa ek...Chef Lan cakap soh mummy masak nasik goreng...Aku yang baru nak lelap terjegil la bijik mata...Oh nooo..hari keja Mummy x leh masak..tak sempat,breakfast pegi kedai jer ek..lagipun esok Mummy ada Credit Meeting pepagi buter kol 8.Kol 6 lebih dah kena kuar umah...jadi sebelum aku lambat masuk meeting,langkah bijak ialah soh diaorang tapau jer.
Aku ingat setel disitu...Chef Lan pulak buat issue...
En Hubby:Awak sepanjang 4 tahun kita kawen adalah 2 kali jer awak masak untuk saya...
Adib pulak nasik tambah....
Adib:.Aah...adib rasa pun baru 2 kali....dia pun baru 4 tahun ke kawen ngan aku...???budak ni kan....
Dari baring aku bingkas bangun...*tak sabar nak bela diri*keheheheh...
Mangsa keadaan: Apa lak,selalu apa saya masak spagetthi,goreng telur dadar,goreng ikan bilis,masak meggi....*aku tau...aku tau....facepalm*
En Hubby:Itu bukan masak nama nya....sambil pejam mata pun saya bleh buat.Adib pun boleh kan??
Adib x berani dah sebab aku jegil kat dia......
Mangsa keaadaan:Okey lah....awak nak makan apa?Sunday saya masak....*malas nak cari gaduh*
En Hubby:Masak lemak pucuk paku,ikam pekasam goreng,sambal petai dan ikan kerisi goreng garing2,sambal belacan macam mak Kedah....

Aku nak nangis time tu jugak...................

Aku:Mana owang reti.....
En Hubby:Tak per...I tinggal buku resepi I
Ps:Sapa kata untung kawen ngan Chef???huhhuhuhu

Syamsul Yusof &Farid Kamil bakal di Saman?

Ni semua gara-gara filem Kongsi dan KL Gangster yang dikatakan mendedah rahsia sulit Pekida.

Ketua Ahli Majlis Negeri Pekida Wilayah Persekutuan, Shikin Begum berkata:-
Kami melihat filem Kongsi dan yang terbaru ini KL Gangster telah melampaui batas apabila menggunakan kata laluan dan kod rahsia Pekida. Mereka juga telah membuka banyak rahsia Pekida dengan menerbitkan filem bercorak gengster yang sebenarnya hanya memalu dan menjatuhkan martabat bangsa Melayu sendiri
Apa-apapun Finas dah luluskan tayangan citer nih..Kongsi pun dah meletop2 kat pawagam walaupun citernya biasa-biasa jer...sebab aku tak leh nak relate babak Bront kat tokong Siam tu assign anak2 buat dia pegi Yapun,Malay ngan apatah satu lagi..ngan Sam dendam ngan polis nama Fizo Omar tuh....Or maybe aku yang lembab kot! Er...entah lah..yang pasti David Teo tambah kaya..Rezeki dia kan.
Bincang la baik-baik..tak mo gaduh2...tak mo...tak mo okeh?

Thursday, June 9, 2011

Rindu Plak kat Kelas HM 770 UiTM

Skang cuti semester....so hidup aku tak la kelam kabut sangat.Kalau tak hari Khamis hari bizi aku bukak buku nak wat esaiment...Macamni la kehidupan bilamana ko dah keja,dah kawen,ada anak dan baru nak terkedek2 sambung belajar.Skang ni ilex sket la sebab tak de kelas.Hari ada kelas,Jumaat petang pas keja start the engine meredah LPT turun Shah Alam..every week.Mula-mula dulu x terejas gak la.Nyaris gelincir....Anak sampai tak kenal mak,laki tak kenal bini dek kerana kekalutan belajar dan kerja.Lama-lama adjustable la.Aku wat Master in Hospitality Management.Sebab?Sebab aku dalam industry ni...Aku tak nak belajar Accounting sebab aku bukan nak jadi Accounting Gurus...cukupla basic yang aku ada and dah pun ada MIA membership.Aku nak faham the other side of managing the hotels...Financially aku dah lepas so dari segi lain la plak...strategic management,training and development,strategic marketing and paling penting Research.Staff aku selalu tanya macam mana aku bahagikan masa...aku sendiri pun tak tahu...but seriously miserable.Kena kuat semangat,gunakan pengalaman yang ada,toleransi dan pengorbanan yang besar....Itu la orang kata nak seribu daya kan....Dan aku memang nak Master tu...Biarlah orang kata elehhh kacang jer tuh...buat Hospitality Management je pownnnn..kalau buat Accounting ke betul la nak kata susah...Well..that's the mentality sesetengah orang la kan.Setiap orang punya pandangan tersendiri.
Bagi aku semua ni cabaran...Okey2...sebab apa aku kata cabaran...
1)Isnin - Rabu :Bizi giler ngan keja opis dan meeting bagai...balik umah pun dah malam
(Aku handle Finance for 600 rooms hotel and water themepark)
2)Khamis - Keja Opis dan ni la masa nak bukak buku pun,jenguk assignment yang ada
3)Jumaat-Keja pastu pegi Shah Alam,malam ada kelas
4)Sabtu-Kelas the whole day
5)Subuh2 gerak balik dari KL then masuk keja......

tu aku tak tulis how do I handle my rumahtangga...anak lagi,laki lagi kan...huk huk

Serius,walau sesenang mana pun course yang kita ambik..tapi kalau kita tak pandai bagi masa..memang KE LAUT la jawabnya....

Ps:Aku tingat Dr Salleh Radzi...Ali Mohd Noor,Tg Shiela and all my classmates....dengan harapan harapnya result ok la kot!

Kena Saman

Pagi tadi aku kena saman...Aku rasa tak laju mana pun bawak keta.Standard highway la kan..110.Mungkin lebih sket 112 kot.Tengah sedap menyendal tekan minyak...dari jauh nampak dah bendera merah terkibar2.
Adoi...

 En Polis:Pagi...Mintak Lesen Cik...Ic Sekali
Aku:Pagi Tuan...saya laju ek*sambil hulur Ic n licence*
Dalam hati aku...ada speed trap ke nih..sebab satu keta polis je yang tahan aku pagi2 buter
En Polis:Laju jugak la.....
Aku:*Dalam hati...laju jugak la???*Berapa laju Tuan?
En Polis:Macam ni la,..kalau saya saman ni mau 300 ni...
Aku:Tak pe la Tuan,saman je lah..dah memang saya salah.
En Polis:Masih ulang ayat yang sama.....
Aku macam tau apa yang dia cuba maksudkan...tapi aku takut terperangkap...jadinya......

"Tak pe Tuan,tuan saman je lah saya...saya rela atas salah saya......
Tapi tuan polis itu tak saman aku...dia kata jangan bwk laju2..bahaya....
Aku berterima kasih kat Tuan polis itu dan berlalu sambil tersenyum....berbaloi gak la aku bertegas untuk disaman saja tadi.....

Dunia.....dunia....Kos sara hidup makin tinggi kan????

Wednesday, June 8, 2011

Tengah Miting Hapdet Blog

Hiks...jangan tak caya...Miting still on tapi aku dengan selamba nya update.Part aku dah sentel...tak banyak hal,report aku sharp no question ask...Lepas dah azab den.Adoii byk lagi nak kena dengar ni.Separuh minit miting pun tak lepas lagi ni...Diorang mesti ingat aku tgh prepare untuk forecast next quarter...tempat strategik,aku apa lagi on la hapdet belogs aku yang hidup segan mati tak mau ni....Biarlah kowt aku sorang je pun baca apa aku tulis ni kan.....Biarlah sapa nak kata aku siok sendiri nyer pownnn
Hari ni aku bizi tahap cipan,aku lupa call encik suami.Tadi masa aku ngelat pegi toilet aku call him dah member sentap....Motif bzz sampai lupa laki katanyer....Bila aku tya kenapa yu tak call dah tau ai tak call yu....dengan pantas dia jawab ai pun bizi gak....dah tu???dah nama sama2 keja otel,memang paham dah kan..igt kes sentap2 ni boleh dielakkan....nampak nya...nan ado!
Okey lah fine,,,aku akan set jam every one hour to call him starting from tomoro...heh!

Entry sebelum masuk Weekly Review Meeting!

Sekarang masih lagi tunggu boss panggil masuk meeting.ED semua dah ada tapi cam biasalah stat meeting time Asar habis dekat2 sepertiga malam....Bayangkan waktu2 solat yang kelaut tuh....
Aku dah ready ngan semua report yang nak di prizenkan jap lagi,tapi cam biasa lah sebab ED aku ni pun Akauntan jugak,dapat je dia spot mistake2 yang kadang2 aku pun tak perasan.Dia sangat sharp cakap lu!Jadi aku menanti ngan penuh pasrah sambil taip entri ni...
Aku memang tak suker hari Rabu...aku selalu doa hari Rabu ni lepas macam tu jer...ataupun dia gabung ngan hari Selasa ke...jadi hari Selabu!Sebab hari Rabu hari miting.Hari untuk tadah telinga dengar ED membebel secara berduet...Dan hari Rabu jugak lah hari aku wat muka macam bagus dalam miting...Tau camner muka macam bagus???Kemam bibir rapat2 sambil angguk kunun paham apa bos cakap....nak lagi best selang-seli ngan ayat..will do Dato...noted Dato...cam haram kan perangai...padahal main banyak...hahaha.
Ala bukan aku jer...aku tengok sumer managers macam tu...specially kaki chiller...gila bai sejuk dato berdua tuh...Lagi keji bila start burukkan teman sekerja lain sebab nak naik pangkat...HIPO sgt kan.

Selalu pas mitting mesti ada sesi makan bersama Dato...tapi sebab habis pun dah lewat,umah aku pun sejam perjalanan dari opis...maka aku tak pernahlah join sesi ramah mesra,buat2 bahagia dan jadi plastic woman tu...tak per lah,dah cukup ngan apa yang aku dapat sekarang...Aku memang tak reti nak bodek...apa aku tau keja aku siap.

Tengok...masih belum panggil lagi.Pukul berapa la mau stat deiiii..............

Buat Kerja Guna Kaki

Cuti sekolah,resort tempat aku keja ni memang bizi.Occupancy cecah 100%.Belengas geng housekeeping and operation buat keja.Kami geng admin yang selalu diorang refer as keja senang pun turut serta membanting tulang tolong kemas bilik and basuh pinggan.Tu citer minggu lepas la...sampai MC budak2 sebab penat sangat buat kerja...kesian kan.But anything for guest satisfaction.

Kesinambungan dari minggu lepas masih ada lagi sisa2 equipment yang belum berbasuh.Steward tak cukup orang...Tadi aku lalu nak g toilet,kat walkway ada la sorang steward tgh wat keja...Aku tahu dia penat,tapi yang aku tak best tengok dia guna kaki untuk tendang tray-tray masuk ke dalam troley.
Aku berenti kat dia and start tanya :

Aku:Kenapa you guna kaki untuk masukkan tray2 tu?

Dia : Saya sorang je puan...penat dah ni.Guna kaki cepat sikit

Aku:Okey..saya faham kamu penat,tapi kan ke kotor bila kamu guna kaki..nanti mesti kena basuh balik tray tu..kan ke dua kali keja...*.dan banyak lagi issue lain akan timbul...malas nak cakap byk ngan budak ni*

Dia:Tak pe lah...kalau kotor nanti basuh lagi....Denggg!!!Ko guna kaki jugak je untuk pikir?

Aku blah dari situ dengan rasa sebal.....

Aku rasa kan dia ngan boss dia dua2 kena antar g training....

Ps:Steward kat hotel ialah tukang cuci pinggan...ramai gak salah faham masa mintak keja nak jadi steward,ingatkan jadi pramugara rupanya kena cuci pinggan...kekekeke...

Tuesday, June 7, 2011

Rehat Jap

Penat dowhh....Hari Selasa memang hari penat aku.Esok kan weekly review,hari ni hapdet financial report le.Bagi sapa-sapa yang kejanya di Accounts/Finance tarikh2 macam ni memang time super peak bzz kot.Yo la,closing time...
Dari pagi dok ngadap,dah berpinar bijik mata....Nak balik sebab ingat kat Armand,tah apa la Mak Chu dia dera dia hari ni..huhu.
Nak Balik ke tak???Jap lagi bos mesti cari punya....dia bukan kira Maghrib ke Subuh,asal ada benda nak tanya dia call je la..Tensi gak!Kalau aku tak angkat phone merajuk...buruk bebeno!Ngalahkan laki aku lagaknya..

Balik dulu.......

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

Jom Tukar Link lagi....Tq Ben atas kewujudan segmen2 begini....sangat membantu yo!
Sapa2 minat jom join Klik kat sini okeh...

Nyaris Ke Longkang.....

Bangun pagi tadi dah awal,siap2kan tugas housewife dulu sebelum pegi keja...Bila mak aku tak de otomatik aku pandai ngan sendiri wat keja umah.Indon tukang kemas cuti hari ni,segalanya tergalas di bahu aku la ni....
Tapi sebab kerja rumah ni amatlah asing bagi aku *bajet career woman la nih*maka ianya amatlah lembab untuk siap.Senang citer aku lambat nak g keja.....huhuhu...*Tunduk insaf*

Dah siap nak pegi keja anak aku lak buat hal...Mummy x yah kijer....x yah....Aku pun risau nak tinggal dia coz adik bongsu aku yang patutnya balik jaga dia tak sampai lagi dari Penang.Armand akan tinggal ngan Adib(Abang dia yang umur 11 tahun)sementara tunggu Mak Chu diaorg sampai.Lepas bawak Armand pusing satu taman,aku hantar dia balik sambil pesan kat dia,jangan nakal2,dok diam2,jap g Mak Chu balik.Dia angguk je..harap dia paham.Ding dong...ding dong...kuar umah 7.50 pagi dan aku kena isi minyak keta plak...semalam En Hubby bawak keta aku tak isi minyak.....perjalanan dari rumah aku nak gi keja dekat sejam gak...kalau ikut highway dalam 45 minit..

Bila dah lambat nak tak nak aku kena la bawak keta style Mia Fast & Furios...hehe.Sebab meeting pukul 9 no excuse to miss.Dalam aku sedap memecut tak la laju mana pun standart highway la 110,bila pandang cermin belakang aku perasan satu teksi kat belakang dipandu ala-ala kerasukan jin Fast & Furios jugak tapi tahap kerasukan nya amat teruk sebab dia datang megendeng kat keta aku....Aku tak pasti apa motif pakcik teksi tu...sehinggakan aku kena ketepi and nyaris masuk longkang tepi highway...Inikah dinamakan road bully?

Tanpa bersalah pakcik tu blah,tinggalkan aku cuba tenangkan diri sebab terkejut yang amat sangat.Bila semangat dah pulih balik,aku start gerak balik sampai la aku potong balik teksi tu.Aku nak gak tau ngapa dia wat macamtu kat aku...kot la kerasukan Paul Walker ke apa.....bila tengok muka dia tak lak tanda2 macam dia kerasukan tapi dok tgh bzz main tepon...pakcik sonok main enpon sampai nyaris nak bunuh saya...macamtu la aku jerit...tapi aku je la yang dengar pun....

Tu la kan....keseronokan sendiri yang membahayakan orang lain....Alhamdulillah aku selamat!Ingatkan diri sendiri jugak nih....

Monday, June 6, 2011

JOM TUKAR SUKA SAMA SUKA LINK BLOG

Join segment Ben Ashaari..... klik sini untuk join

Armand yang sedih....

Pagi tadi masa siap2 nak pegi keja....
Armand:Mummy..nenek maner?
Aku:Nenek pergi Allahuakbar(anak aku 2 tahun refer sembahyang as allahuakbar) naik aeroplane..
Armand:Oooo..
Aku:Nenek pegi kejap je,nanti nenek balik ok....
Armand:Armand nak nenekkkkk.....
Aku:Ah sudah.......macam mana nak pujuk nih!!!!

*perkara diatas dijangka berlanjutan sampai la nenek pulang dari Mekah nanti*

Saya Nak Boleh?

www.benashaari.com

Hari yang Kelam...kabut

Semalam hantar  my mom and and aunty uncle pergi Umrah..Actually masa dapat tau yang they all ni akan pergi umrah beramai-ramai,aku bersyukur sangat2 tapi dalam masa yang sama aku CUAK...hehe
Gile tak cuak...anak aku xde orang jaga....My son Armand sgt close ngan neneknya,sebab dari kecik lagi nenek yang ngasuh.Puas pikir,nak antar nursery ke macam mana.Ada satu solution lagi,hantar dia dok ngan my sis kat KT..adoii aku la plak tak leh duduk,tinggal dia lama2.Dekat2 my mom nak pegi,my adik bongsu kata dia sanggup jaga,sebab dia dah berenti keja(yang ni lagi satu hal...keja&berenti suka hati adalah sgt sinonim ngan dia)So problemo slove.
Ni citer kat airport semalam....masa my mom and aunty nak masuk departure hall,time salam2 tu bergemalah tangisan dari cucu2 kesayangan mereka....ada yang nenekkkkkkk.....nak ikut nenekkkkkk(obviously anak aku la tuh),ada yang wannnnnnn....tokkkkkk.....haru weh!Dan time tu jugak baru aku realize yang cousin2 aku ni pun bergantung kat mak masing2 gak untuk jaga anak...stok tak pecaya nursery la ni!
So kat airport semalam haru biru ngan histeria cucu2 nenek,wan&tok yang tinggal diaorang coz nak pg wat Umrah.
Malam tadi...tengah malam Armand Ryan mengamuk cari nenek.Puas gak la aku nak tenangkan dia.Papa Armand sangat penyabar orangnya coz anak nangis satu taman boleh dengar dia tetap TIDO...hangin mak!
Pagi tadi dia ngamuk plak tak bagi aku pegi keja...aish haru biru tol la ko ni nak....
En hubby antar aku g keja,dia ikut and hari ni Armand dok ngan Papa...baru jap call..my hubby dah tanya awak balik keja kol baper....baru kol sebelas...da tak larat ke?haaha

Friday, June 3, 2011

Rezeki Engkau,Engkau Makan..Rezeki Aku Aku Makan....

Rezeki kau....itulah kata kawan lawan(aku tak tau nak kategorikan dia as apa)aku kat aku bila mana dia tau aku naik pangkat lagi...Syukur ke hadrat Illahi sebab ada rezeki buat aku,dan dalam aku happy,gembira aku tak sangka ada yang tak gembira dengan apa yang aku ada...

Malas nak cerita,tapi itu lah hakikatnya bila hasad dengki menguasai diri kan..depan baik belakang kata macam2.Nasib baik aku ni dah lali...dan aku tau aku memang deserved for that sebab aku berusaha ke arah itu.Aku tak kisah kalau siapa yang cemburu dengan kejayaan yang aku kecapi(walau tak besar bagi orang lain tapi amat beerti buat aku dan family)as long as ambik itu sebagai dorongan untuk dia pergi lebih jauh dari aku!

Dulu masa memula kuar Uni pun bila mana kawan2 hulur name card,rasa rendah sangat diri ni...maklumlah masa tu aku baru keja as receptionist.Tapi aku tak pilih keja,aku tahu masa tu belum rezeki aku nak jadi Executive...Serius beb aku dengki ngan kawan2 yang so call dah berjaya...Tapi aku jadikan semua tu sebagai pemangkin untuk aku pergi lebih jauh....

Aku pernah keja ngan kawan satu kolej,kawan baik aku dan dia jadi boss aku....memendam je lah kan!Aku bukan malaikat..rasa cemburu tu ada.Tapi aku anggap tu rezeki dia,rezeki aku kalau nak jadi macam dia mesti di tempat lain...Jadi tak de la istilah tikam belakang,office politics semata-mata untuk kejar pangkat dan kedudukan...Alhamdulillah kami masing2 berjaya dalam bidang masing2....

Nanti aku citer pengalaman aku sendiri kena macam ni....dan sudahnya aku mengalah lagi,dan aku dapat apa yang aku nak di tempat lain....

Ps:tak reti nak jatuhkan orang...sebab aku takut satu hari aku jatuh tergolek terus tak leh bangun lagi.....

BLOGGER HIJAU , MAI SINGGAH SAT NOO

Blogger Hijau,mai Singgah Sat Noo



Saya suka blog kerana saya perlukan satu medium untuk meluahkan perasaan....

Cantik tapi Kurang pandai

Kenapa aku tulis macam tu....bukan nak merendahkan sapa2,tapi istilah kurang pandai yang aku gunakan ni merujuk kepada basic thing yang kita perlu pikir.Benda ni tak memerlukan kita untuk pegi universiti untuk dapatkan PHD or what not tapi gunakan akal fikiran yang Allah Taala bagi.Bila kita guna OTAK baru lah orang hormat kita.dan aku selalu percaya kalau kita pandai hormat orang,orang akan hormat ngan kita balik kan...

Citernya gini,pagi tadi masa nak masuk entrance parking kat hotel tempat aku keja ni,depan aku ada satu kereta guest.Dok membingit tekan hon,ingatkan apa rupanya marah bila ada satu makcik(guest jugak)berjalan guna tongkat,serius memang dah tua...jalan depan dia dan tak ketepi untuk bagi laluan pada dia.Lepas makcik tu ketepi,dgn reclessnya dia masuk parking.And aku pun parking dekat2 dengan dia jugak.

By the time dia kluar dari keta,aku sempat tengok...dia memang cantik,vouge dan ada kelasnya tersendiri.Probably she's holding a high position and datang hotel aku ni (hotel aku??)untuk seminar or meeting.Dari dalam keta lagi aku boleh dengar suara dia melengking2 marahkan makcik tu ngan maid dia,konon merekalah penyebab dia lambat nak masuk meeting...Dengggg....sapa suruh ko kuar lambat dari rumah?Adakah punca makcik tu jalan depan ko ko lambat masuk meeting?...

Aku hanya mampu tengok dari jauh sambil geleng kepala....Dia sangat cantik,dia mungkin seorang yang educated tapi dia sangat miskin budi bahasa dan kurang pandai dalam mengawal perasaan...Mungkin dia hanya pandai melepaskan kemarahan pada orang dan menyalahkan orang atas kesilapan dirinya.....

Serius aku kesian kat dia...Aku bersyukur sekurang2nya aku masih punya rasa hormat pada yang lebih berusia even pada my own staff......