Hari ini hari kedua aku kerja balik lepas seminggu aku cuti.Tenang fikiran tapi nak balik kerja rasa kekok plak.Macam tak biasa.Nak citer apa ek....okey kali ni aku nak story pasal lepas graduate Diploma In Accountancy from ITM Arau dihatiku....Sebenarnya lepas grad Dipoloma ni lah bermulanya episod sedih dalam diri aku dan betapa aku belajar erti tanggungjawab yang sebenarnya.Actually aku tak nak ingat dah cerita ni tapi inilah yang menjadikan aku diri aku yang sebenar-benarnya.
Hari terakhir selepas tamat periksa Taxation(subject yang paling aku tak suka...yang magisnya aku score) kami the whole batch akan buat Hi tea kat Putra Palace(satu-satunya Hotel kat Kangar yang versetail sket time tu).Aku awal2 lagi dah diambik oleh Azman(my first boipren..huhu)untuk pergi ke majlis tu.Disaat aku sedang bersukaria tiba2 aku nampak Azman datang balik kat hotel panggil aku keluar.Dia cakap u kena balik abah sakit kuat....Aku panic.Macam mana abah sakit sebab seminggu sebelum tu dia datang ke Arau ambik barang2 aku.(seriously mata aku dah bergenang ni..)
Aku capai telephone dari Azman terus call handphone abah...Aku dengar suara kat ujung talian teresak2,aku tanya abah macam mana....Jawapan yang aku terima cukup untuk membuat aku mahu turut pergi bersama abah..Abah dah tak ada....Saat tu aku nampak muka mak,adik2 aku.Macam mana nak hidup lepas ni.....Mak tak kerja,abah kerja sendiri...itu yang aku ingat.
Sampai Kuantan orang dah ramai.Alhamdulillah aku sempat tengok Abah buat terakhir kali.Sumpah...aku masih tak percaya yang abah dah tak ada.Aku ingat lagi masa abah pergi Arau dia ada telefon kawan dia kat ITM Shah Alam tanya kenapa aku tak dapat sambung ke Ijazah.Orang tu cakap borang aku isi tak lengkap jadi it was rejected.Aku sedih sebab tak dapat sambung Degree time tu,tapi sebenarnya aku ada amanat dan tanggungjawab yang lebih besar menanti aku.
Baru lah aku tahu erti pengorbanan yang sebenar,aku diterima bekerja di Pengurusan Kumipa as contract workers.Gaji pun 500 jer time tu.After 3 bulan diaorang nak offer aku jadi pegawai kat situ tapi aku terima tawaran dari Kewangan Bersatu Berhad.Aku perlu kerja,masa tu angah tengah study,anteh sekolah,acu,emy,eqa semua sekolah..siapa nak tanggung diaorang kalau bukan aku anak sulung ni.Aku merantau jauh sikit dari mak and adik2.Dok Temerloh sorang2.Sampai angah abis belajar aku dapatkan dia kerja kat Oriental Bank(kawan opis aku tolong)Kerja lah kami kat sana dua beradik...
Aku dah janji ngan abah aku akan wat Degree jugak no matter what.Aku tanya angah,dia kata okey.Aku menerus kan hasrat aku after 2 years working in Finance Company.Mak and adik2 aku bawak diaorang duduk ngan aku kat Temerloh.Kekal diorang kat sana sampailah masing2 dah kahwin dan ikut husband memasing.Dengan ujian Allah berikan kepada kami sekeluarga,hasilnya aku menjadi seorang yang independent,tabah dan sentiasa menginginkan yang terbaik buat keluarga aku.Terima kasih buat Abah,Mak yang membesarkan aku dengan cara mereka,menjadikan aku insan yang very down to earth dan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan..
1 comment:
sedih jugak cite kau ni......
Post a Comment