Apa yang aku nak tulis ni bukan la berkenaan nga lunch time aku.Cuma aku tulis ni time lunchauer.
Lately ni aku selalu sakit kepala.Pagi sampai malam sakit jer.Nak makan ubat migrain aku takut ada side effective lak nanti kan....
Dari pagi sampai la ni hujan tak berhenti kat pulau jerejak.Pulau Pinang dan pulau lain aku tak tau lak.Semalam balik keja isi minyak keta 50 hengget,dapat la setengah tank.Duit aku pun dah setengah nyawa...Aku nyer expenses bulan ni byk giler.Pergi Tambun,pastu Medical Check up kat Lam Wah Ee terbang gak la dekat 2 rat.Nak korek savings aku takut by the time aku nak deliver nanti aku tak de duit lak.Makan je la apa yang ada.
Time ujan camni aku selalu teringat zaman kecik2.Masa sekolah rendah.Yang aku tau bila ujan aku akan rajin wat kerja sekolah dan belajar.Tak tau ngapa,macam ada satu spirit plak.Zaman sekolah rendah aku seronok.Aku belajar jauh dari rumah kena naik bas sekolah.Sekolah Assunta Convent.Semua pompuan.Nak kata aku pandai sangat tak la kan cuma aku antara yang terpilih untuk ke MRSM lepas darjah enam.Tapi memang polisi keluarga aku susah nak bagi anak dok hostel jadi aku meneruskan sekolah menegah aku kat SMKAA atau nama panjangnya sekolah budak jahat Kuantan.hehehehe.
Masa sekolah rendah aku main hoki..netball terus terang cakap aku tak pandai(cikgu pakse aku masuk terus sekolah aku kalah.hahaha)Aku ada few kawan baik masa sekolah rendah dan masih sampai ke hari ini,nama dia LINA and MUZ tapi depa dua ni tak baik.Kira Lina kawan masa nak wat jahat,Muz kawan masa nak wat baik.Dua-dua ni mak aku kenal.Selain tu Jasmie and Ani.Ni kawan masa sekolah menegah.Nanti bila citer pasal ITM dihatiku time aku citer lak pasal kawan2 lain.
Sekolah rendah aku ada cikgu nama dia Mrs Ganeshan.aku tak tau nama betul dia.Tapi dia selalu cakap 'use ur comment sense la...ur comments sense will tell u"sampai sekarang aku ingat beb.Dia ajar aku Maths,BI,Alam Manusia...kecuali BM ngan Agama je aku tak tengok muka dia.Garang giler suka ketuk kepala orang.Tapi terima kasih gak kat dia kerana nampak kecerdikan aku dan hantar aku as calon untuk masuk MRSM.
Tapi aku ends up kat sekolah Alor Akar...sekolah ni memang terkenal ngan sejarah buruk melahirkan gangster.Sapa orang Kuantan diaorang tau la history sekolah ni.Sekolah ni penuh ngan bebudak dari Jabor,Bukit Goh,Bukit Kuin,Bukit Kuantan.Dari Lepar pun ada.Mula masuk sekolah ni rasa nak menangis beb sebab dari sekolah yang girl-girl nak campur nagan budak lelaki.uiiiii busuk.Jalan pun ramai2 in group sambil pegang2 tangan.
Hari kedua aku kat SMKAA aku nyaris dipeluk abang senior.Sebab aku kekwat.Dia tanya nama aku wat tak tau,pastu dia menyirap.Nasib baik Fazidah(mana la agaknya si rambut kerinting ni pergi)sempat tarik aku.Nama brader tu Zulbahari...dasat kan ingatan aku?Lepas tu kiteorang jadik la adik-abang angkat.Tapi tah kat mana dia skarang ni....
Kat sekolah ni aku belajar jadi berani.Masa form 1 aku jadi ketua budak pompuan.Musuh aku ketua budak form 2.Nama dia Lat,assistant dia Leha.hahahaha.kelakar beb,kalau ingat balik.Aku protect kawan aku LINA sebab dia diminati oleh ketua gangster sebelah petang yang juga diminati oleh Leha tadi ni.Selalu Leha tunggu Lina kat toilet.Best kalau ingat balik...
Lepas Leha ngan Lat naik form 3 aku n the gang bermaharajalela la kat sebelah petang.Ketua gengster lelaki diambil alih oleh Abang Yie ngan Ayie pendek.(Manalah korang ek...mesti korang tak caya aku jadi orang kan...)Gaduh ngan budak Cina la,ponteng kelas la,aku arrangekan pergaduhan antara Abang Yie ngan budak gemuk.. Syed kot nama dia dari sekolah St Thomas sebab dia ejek mak aku pendatang haram(celaka cakap mak aku dari BURMA)Syed...aku tahu kau tak kan baca blog aku ni tapi aku nak wat pembetulan Mak aku dari Thailand tau.Dan aku dah maafkan ko.Tu pu lepas Abang Yie belasah ko cukup2.hahahhahaha.
Masa naik form 3 aku dah slow down sikit sebab nak ambik SRP.Jangan tak caya aku berbaik ngan Lat & Leha sebab diaorang mengulang form 3.Kes kantoi la...Lagipun dah besar kan malas nak gegaduh,kali misi kitaorang target budak Lower 6 yang mana datang dari entah mana hala.Aku minat kat Hamdan Sapawi.Dia ada kawan nama Sapawi Ulul Azmi dan Azmi Roslan.
Hamdan jadi abang angkat aku,sapawi ngan Azmi jadi abang angkat kawan2 aku.yang aku tahu Hamdan jadi Bank Officer kat BSN(kawen ke belum tah),Azmi jadi cikgu(kat sekolah Tamil)yang sorang lagi tak de update.
Result SRP aku mengizinkan aku ke sekolah lain tapi aku sayang giler kat SMKAA ni.Terus la aku kat situ sampai form 5.tapi aku cakap terus terang aku malas giler masa sekolah dulu.kelas pun bukan la gempak sangat.Kalau la cikgu aku tahu aku dah jadi orang mesti dia sujud syukur.Sebab dia target aku paling kuat pun keja Supermarket, tak pun jadi kerani kedai kereta. Masa aku kat ITM dulu aku pernah jumpa cikgu aku kat kenduri kawen dia tanya aku wat apa,aku cakap aku belajar kau ITM dia tak percaya..(Sampai ati cikgu...tau la aku suka melawan dulu) aku tahu,walau aku malas belajar tapi aku perlu jadi contoh untuk adik2 aku.Abah aku tak de harta,dia cuma bagi pelajaran untuk kami.Jadi ilmu yang kami perolehi itulah yang memberi kami jalan untuk hidup di dunia ni....Sampai Jumpa lagi
No comments:
Post a Comment