Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Thursday, June 26, 2008

Mistique

Aloha.....Aku nak cerita pasal kejadian semalam.Aku nak start dari mana ek..Ookay.Pagi aku pergi City Bayview,mewakili Bos aku menghadiri Seminar anjuran TM.Aku ingatkan apa cuma nak kenalkan product baru dan paksa sign form dengan menghadiahkan tiket wayang free Kung Fu Panda.Sib baik aku dah tengok citer tu..Sampai jer,register terus makan AM coffee break.Jadi as a Hotelier aku pun ambik kesempatan macam mana depa sediakan coffee break item sempena kenaikan harga barang yang menggila sekarang.Terima Kasih untuk Pak Lah dan konco-konconya kerana menjaga ekonomi negara sampai ianya begitu meruncing sekali(Luahan hati....).As a four star hotel mereka menyediakan bihun kosong,percuma kicap lada sebagai penyeri,Malay kuih 2 jenis,coffee and tea.Budget TM ciput kot......Tapi itulah.kalau kat tempat aku teabreak harga 6 hengget pun boleh dapat 3 item woo.Levish giler...Aku blah bila seminar tu abis,tak pergi lunch pun.Bukan apa aku dah pesan mak aku soh masak sup ikan Merah jadi aku terbayangkan sup mak aku la.Balik umah makan pastu baru la masuk kerja jam 2.30 petang.

Jam 3.30 aku masuk Co-ordination meeting.Meeting untuk function minggu ni.Habis meeting kol 5 lebih.Sebab Emy datang ngan aku aku kena ambik dia kol 7.30.aku pun wat plan ngan Juniza nak g QB.Ingat nak tengok seluar,sebab semua dah ketat kat perut.Rupanya ada benda lain yang lagi best menanti....Dekat nak sampai office aku nampak satu budak Housekeeping dipapah keluar dari kancil.Ingat sakit perut rupa nya tak sedarkan diri.

Aku pun pergi dekat ngan dia,panggil pun tak bangun gak,Red dah sapu air penawar kat muka pun tak bangun gak...Mungkin betul la ko tak mandi wajib kot Red...Aku try bukak mata dia,nampak mata putih jer.Mungkin budak ni lemah kot...Nak kata aku percaya sangat tak la jugak,tapi aku dah biasa sangat menghadapi benda2 macam ni.Masa aku kat ITM Arau dulu selalu sangat jadi so I'm used to it.Aku pun bawak la dia pergi kat Kak Timah.Dia ni consultant untuk Pulau Jerejak.huhuhu.Bini pak Din.

Jelasnya budak ni terbuang kayu kat tempat makhluk Allah ni berehat.Jadi dia suda pissed off.Maklumlah tengah santai tetiba ada orang baling kayu.Mami kat depan cakap kat aku sepatutnya you tak boleh pergi...sebab you mengandung baru lagi...Aku terdiam..Oo tak leh ker?Walaupun aku ni macam ni,nampak macam percaya bomoh or what not tapi aku lagi percaya KEBESARAN ALLAH.Insya-Allah dengan izin nya aku tak kan ada apa2.Aku cuma nak tolong budak tu,lagipun segala urusan melibatkan Kak Timah biasanya diaorang akan melalui aku la sebab aku je ada no tepon dia.Pak Din lak off day semalam.

Dengan izin Allah budak tu sedar la,tu pun jenuh gak nak bangunkan dia.Aku balik umah tinggal Emy pg pasar malam ngan Junn.Hari ni aku dah janji ngan Adib nak pergi Tesco.Esok Birthday dia,tu yang dia kalut sangat nak beli gula2 nak bagi kengkawan.Apa sajalah asal dia heppi,sapa lagi yang dia ada selain dari kami ni.Walau dia nakal sesangat,tapi dialah penghibur.Happy Birthday Adib Ziqry May Allah Bless you.

No comments: