Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Tuesday, August 27, 2013

Armand Ryan Munsyff...Racun & Penawar

Sebab hari ni dia bagi aku nasihat suruh pergi gym supaya nanti aku tak garang dah,hari ni aku wat entry special pasal my lil Armand Ryan Munsyff,dia la racun,dia la penawar.
Ni masa umur sebulan,dia lahir 08 Januari 2009 di Pulau Pinang.
Lepas dia genap enam bulan kami pindah ke Kuantan,early years dia dibesarkan di Cherating,Pahang,beach boy katanya...
Ni 6 bulan...baru pandai meniarap.Bulatnya ya ampunnnn

Setahun...main pasir kat beach depan rumah

Lepas dia umur dua tahun kitaorang pindah balik ke KL.So Armand membesar la kat KL.Aku hantar dia ke sekolah bila dia cukup-cukup umur 3 tahun.Sekolah dan daycare.Kat sini la dia mula pandai bergaul,berkawan,belajar macam-macam.Mulut cukup petah,pernah cakap kat aku Mummy cari la Armand baru,Armand yang tak buat sepah,tak bising,tak notty....Aduhai la anak...Aku pun cakap la..ala Armand buat sepah pun Mummy sayang,Armand notty pun Mummy sayang...Armand je lah sorang anak Mummy...tapi tu time kami baik la.Kalau gaduh...Armand nak cari Mummy baru yang kurus...sentap mak nakkk!!!
La ni dah besar dah..tu nampak dah pandai pegang tangan anak dara orang.Anak Datin lak tu...Siap suruh aku beli kereta macam mak budak tu...baru setaraf agaknya..
Main rambut palsu Mak Chu dia...such a funny boy


Armand 4 years old.Pre celebrate birthday without Papa....makan nasi goreng je.

Hari ni masa dalam kereta dia cakap kat aku..Mummy pergi gym okay..bila mummy kurus mesti tak garang dah...How Mummy  wish awak  kecik je sampai bila-bila.Mummy tak puas lagi nak manja ngan Armand..U will always be my baby..forever.Biar hilang apa sahaja di dunia ini asal bukan kamu.Nanti bila dah pandai baca,ingat pesan mummy ni...Maafkan dan minta maaf dengan  semua orang,sebab kita tak tahu mungkin itu kali terakhir kita jumpa dengan dia.I love you with my heart and soul sayang

Thursday, August 22, 2013

My Graduation-Sabtu 11/05/2013,Dewan Agong Tuanku Canselor

Celebration of Victory Moment

Punya la dah lama graduate,baru ni nak up entry.Ok entry basi.Tapi sebab aku tak mau lupakan momento ini aku abadikan jugak ia dalam blog sendu aku.From left : Wana,Addy,Yana,Aku n Izwan.Ada lagi sorang..Erda tapi dia dah balik sebab dia still dalam pantang anak ke 3.Tabik spring kat dia,5 semester kitaorang buat Master,dua kali dia beranak.Aku?Dari mula buat master sampai grad,yang tu sorang je lah anak aku...hihi.Gila hebak tahu..kerja,belajar,jadi mak,jadi wife and tak de maid...We are superwomen!Biarlah kami sendiri yang kata pun sebab hanya kami je faham jerit perih penat lelah yang kami hadap dalam usaha nak grad on time ni.

Rasa macam tak percaya,dah pun tamat zaman belajar aku.Really miss that moment,at least aku dah naik setapak lagi.Jom layan gambar


Pagi masa mula-mula sampai
Mak & Armand 

Me,Hubs&Armand

With the gangs...Addy si Diva

Me & Izwan

Teamwork spirit kekal sampai majlis konvo...syabassss!!!

Suke...sampai pejam-pejam mata


What's your number?
Yes...Finally!

With my heart and soul yang banyak bagi support&trust in me

And frens who stay with me thru thick and thin

Tak de kata yang dapat aku gambarkan betapa bersyukurnya aku dapat lalui semua ni dengan tabah.Alhamdulilllah berkat sabar,tekun dapat gak aku Master.

For my soulmate,heart and soul,inspirations and especially to arwah abah.Abah...this is for 

Thanks to semua yang mendoakan,mencabar,mendidik jasa kalian hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya.




Metallica Live in Malaysia 2013


Semalam layan konsert Metallica ngan laki aku.Sejujurnya aku bukan la die hard fans,cuma laayan la lagu2 dia jugak.Idea nak pergi konsert ni ialah sebab aku bagi hadiah birthday kat laki aku...so ni belated birthday present la..laki aku minat Metallica.

Petang balik kerja kol 5,cabut balik umah tukar baju.Tak kan pakai baju kerja plak kan.Kata rock metal kena la pakai baju hitam,sluar ketat sampai susah nak bernapas.Sampai umah tukar baju,merempit plak ngan laki aku balik ke hotel tempat keja coz nak parking kat hotel dan jumpa geng Die Hard Fans..Ajax,Meeza,Kodiang and Erry.

Maka berarak lah kami ke Stadium Merdeka yang kat belakang opis aku tu jer...Giler Kentang,ramainya mat-mat metal.Masuk stadium pukul 8,ada performance Cromok kot...ish aku rasa James nyanyi lagi aku faham kot butir kata...

Dalam stadium punya la ramai manusia...tiket paling murah pun 195,tapi penuh jugak la...yang aku tak paham umat manusia yang beli tiket murah ni...dah tau ko mampu takat tu je tak yah  la sibuk nak merusuh nak panjat pagar punya la nak pergi kat platinum zone.Sedih tau..dah tak dapat marahkan RELA ngan Polis.Kau nak platinum zone ko bayar la harga platinum.Ko bayar harga simen merekah la bontot ko dok kat simen tu.Simple kan..ni tak usaha la panjat pagar...pastu RELA pulak usaha la lari kejar sampai dapat.Der..org nak tgk konsert  bukan nak tengok ko main kejar-kejar.

Performance sangat tak mengecewakan.Puas hati walau duit kau abis buat bayar tiket...huhuhu.
Best guitarist in the world katanya....tapi memang kejang la dengar gitar dia...

Lagu-lagu yang diaorang perform memang menganggukan kepala.Aku tengok mat-mat metal hardcore head banging...Amy Search pun insaf kot.Takut je aku tetiba ada je kepala melayang...giler weh!Sebab aku ni rock balada so bangging pun sikit2 dah la..tak yah beria sangat.Laki aku usha satu macam sebab aku bleh nyanyi sama lagu-lagu Metallica.See the leg la brader...bini lu ni minah rock stock kain singkat masa sekolah dulu tahu??

Konsert habis pukul 11..tu pun we want more we want more....rasa macam sekejap sangat.

Sangat puas hati walau dia tak nyanyi lagu fevert aku Unforgiven II.

Till we meet again.

Gambar credit to : lulu-pages@blogspot.com