Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Wednesday, December 21, 2011

Arif Alfian dan tak tergoncangnya Iman...Okey now aku KELIRU

"Saya tidak memeluk agama lain, apa yang dilaporkan sangat bertentangan dengan hakikat sebenar. Saya dilahirkan sebagai Muslim, saya masih seorang Muslim dan akan kekal Muslim sehingga saya meninggal dunia. Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya,”


Sumpah aku keliru dengan ayat yang last....Tiada apa yang mampu menggoncang keimanan saya.

Jadi apa yang dia dah buat selama ni Iman dia masih kukuh kah?


I rest my case...

Semoga Allah memberi hidayah dan petunjuk...kembalikan dia ke pangkal jalan,jadikanlah dia muslim sejati hingga ke akhir hayat dia.Jauhkan kami dan keluarga kami dari kesesatan ini...Amin

Aku dan Sesuatu...

Sesuatu itu ada lah orang gila.

Dari kecik memang orang gila suker kat aku.Jangan tanya sebab apa,aku tak de jawapan.
Apa mungkin diaorang nampak  aku sama dengan diaorang?Meibi kot.
Dulu masa aku sekolah rendah ngan menengah,balik skolah naik bas awam.Kat bas stand pokok buluh Kuantan,ada  Mok Zoh,pastu yang lelaki nama apa aku tak sempat tanya dan beberapa orang lagi lah.
Aku ni la tempat diaorang mintak duit ataupun dok sebelah saja nak borak-borak atau wat bising.Mungkin cuba untuk berkongsi rasa kot.Walaupun aku ni takut macam nak mati,tapi aku layan jer...layan gak wei...

Sebenarnya banyak lagi kejadian aku bersama ornag gila,tapi tak pe lah...aku banyak dah lupa.Dan sekarang aku di KL ni ada la satu orang gile tu akan tunggu aku tiap-tiap hari depan KK infront of Kotaraya,nak duit singgit...."singgit je kak...orang nak beli air"itu yang dia selalu cakap kat aku,dan aku pulak dah jadi mcm tanggungjawab nak kena bagi duit kat dia...so secara tak langsung aku ada adik orang gila la..eh?

Aku memang lunch sorang-sorang,jarang nak bergaul,anti social tu tidak,cuma aku memang tak de kawan kot.
Hari ni aku lunch kat kepsi,baca  blog anak mat nor yang dah lama gile tak update tu,tetiba tingin nak makan KFC.Makan la aku sorang-sorang sambil hadap  tv dalam KFC tu..iklan pun iklan la,janji tak rasa loser sangat.Tiba-tiba ada pulak gelandangan masuk cari makan.Dengan selamba dia dok meja depan aku yang ada sisa-sisa ayam orang tinggal.Aku dah cuak....lambat pulak burger nak abis...aku takut dia datang rampas burger aku...

Eh dia tunjuk minat nak borak ngan aku pulak....dia tanya hari ni hari apa la,jam pukul berapa lah.Lepas jawab lebih kurang coz takut yang amat sangat....aku tinggalkan air Pepsi ngan cheezy wedges angkat punggung and blah....

Sambil memikirkan nasib air dan cheezy aku....aku beli keropok lekor sebagai pengubat hati.Rezeki dia hari ni....

Tuesday, December 20, 2011

Bukan Semua Orang Boleh Buat Master....

Lecturer Strategic Marketing aku cakap dalam kelas hari tu..Aku rasa ter...entah rasa apa aku tak tau.Aku memang meragui kemampuan diri aku sebenarnya.Belajar,kerja,anak,laki dan macam-macam lagi.
Tapi kan aku dah lepas 2 semester dengan jayanya...aku tak de kantoi paper,dan masa tu aku travel dari Kijal Terengganu every week ke Shah Alam.Result aku alhamdulillah,sebab aku tak plan nak main-main sambil buang duit bayar petrol dan tol.

Cuma buat kerja last minit iu sangatlah biasa..Buat Master kena banyak baca journal.Aku ni figure cruncher..aku ada masalah bila nak baca.Baca satu line aku tido....Tapi kena jugak tabahkan hati sebab aku yang nak sangat wat benda ni.Pasal apa aku tak tahu...Apa yang nak aku buktikan pun entahlah...cuma aku mahu anak2 aku proud yang diaorang ada mak macam aku ni.Aku nak diaorang jadikan aku ni contoh terbaik buat diaorang..tu je kot.Bukan sebab nak naik pangkat ke apa..apa yang aku pegang sekarang ni dah cukup rasanya...Aku bersyukur.

Sekarang aku dah kerja kat KL,lagi senang aku nak berulang ke Shah Alam.Cuma planning aku masih fail.Boleh ke balik keja penat nak mati pikir masalah opis,ko nak baca buku or wat assignment?..Haruslah tak bernafsu kot.Aku lebih rela tido...Tapi syukur Allah bagi jugak aku kekuatan.Kalau dah penat sangat,tido sekejap pastu bangun balik buat kerja.

Aku harap sangat suami aku mengerti,anak-anak aku faham.Setakat ni masih okey,bertahanlah ada satu tahun lagi untuk aku habiskan semua ni.Aku nak raikan semua ini dengan mereka...Doakan aku ya....

*aku tak reti nak luahkan perit hati aku terpaksa abaikan mereka yang tersayang*Hanya Allah yang tahu...

Thursday, November 17, 2011

Ada beza antara bodoh dan tak de otak

Sorry mungkin aku agak emosi,and aku memang cepat marah.Sedaya upaya aku akan cuba tahan marah sebab aku tak nak nampak bodoh sama dengan orang yang membuatkan darah aku naik.
Citer nya cam ni...semlam laki aku transfer barang dari Kuantan ke rumah baru kat KL.Memang dari awal lagi security tu dah cakap kena ambik surat of which laki aku dah pun pegi ambik before dia balik Kuantan last Monday.Aku sampai rumah coz lori dah sampai and laki aku hanya GOD knows pegi mana coz aku call tak dapat2.
Cuba berurusan ngan security,aku tanya dia boleh tak nak masuk barang tapi surat ada kat suami saya lagi,dia belum sampai.Dia maki aku.Dia kata dah petang mana boleh masuk barang,surat takde,saya tak de salinan pun dan macam2 lagi la.Aku cakap kami ni dari Kuantan,bukan dari taman sebelah...dia terus-terusan maki aku.Orang panas baran macam aku memanglah tak leh sabar kan...
So aku pun cakap..."Boleh tak saya berurusan dengan orang yang ada otak?"Member apa lagi meletup la.."Awak kata saya bodoh yer?"Aku jawab lagi "Encik,kalau bodoh saya masih boleh terima,tapi kalau tak de otak ni...susah la Encik"selamba jer aku bagi sambil senyum.
Dia terdiam,aku pun masuk jarum...boleh kan kalau Encik cakap elok-elok,saya tahu la encik berkuasa kat sini,encik pandai boleh keja security jaga banggunan besar,kami ni tak pandai sebab tu la tak keja macam encik...tapi dalam hal macam ni,kalau kita cakap elok-elok perkara akan jadi lebih mudah.Tak lama pas tu laki aku sampai.Tunjuk surat baru bagi masuk.

Penat giler angkut barang..dari kol 5.30 sampai la kol 9.30....hari ni cabaran mengemas rumah plak!

Sunday, November 13, 2011

Stim Giler!

Memang stim buat assignment yang duenya esok and baru siap half pages.....


Sekian-

Tuesday, October 11, 2011

East Coast...Gud bye!

Kenapa gud bye to East Coast?Jawapan nya aku dah dapat keja kat Kota Metropolitan.KL I'm back.
Sapa yang baca blog ni,pasti tahu kedudukan aku sebagai seorang part time Master student,seorang accountant yang bizi giler,seorang mak yang almost failed as a mom and seorang wife yang berjauhan ngan husband.Loser kan?
Sebagai langkah bijak and to avoid from being super loser,aku terpaksa la gigih mencari kerja untuk berada dekat ngan suami,ngan UiTM dan anak aku boleh tengok muka papa dia hari-hari.Berkat doa hari-hari,dapat juga aku kerja kat KL.
Perjalanan career aku setelah kembali ke East Coast agak tak smooth.So i guest east coast is just not for me kot.Cukuplah 2 tahun aku disini.

Aku tak kan berhenti berdoa agar segalanya dipermudahkan...Amin!

Tuesday, September 27, 2011

?@*.....

tak de tajuk.
Aku super busy.Last update 5 hb hari ni 27 hb dah.And demmm....I hate this.!
Aku dah start kelas,but due to some issues aku bleh ambik dua paper je this semester.
Aku serius gila babih nak pegi dok KL so that senang urusan pelajaran aku,nampak nya masih belum ada rezeki.Hidup makin tak terurus.Walaupun aku ni sangatla independent,tapi ketiadaan laki disisi membuatkan separuh jiwaku pergi jugak tahu...lebih lagi bila tengok anak merusuh time papa dia nak pegi kerja.Apa pun aku tak putus asa berdoa agar dapat la aku bersama ngan suami semula.

Monday, September 5, 2011

Dunia Ini Umpama Roda....

Kisah benar yang jadi kat aku.
Dulu masa memula aku grad susah sangat nak dapat keja,tapi sebab aku ni anak sulung,bapak pulak dah tak de,jadi aku kena jugak kerja untuk tanggung family.
Aku keja kat satu tempat di Kuala Lumpur...Kat Kelab orang kaya...sebagai operator telepon.

Jadi sebagai budak yang agak comot,walaupun suara sedap....kekekek ok perasan...,aku sering jadi mangsa bulian,herdikan para Pengurus yang mintak aku pass kan line telepon mereka.Yang paling aku ingat sorang akak ni lah,dia cakap omputeh sangat terer,dan dia selalu maki aku dalam bahasa omputih bila aku lambat passkan line telepon untuk dia.Setakat stupid and bloody hell tu amatlah lunak ditelinga aku nih.

Being my character yang agak panas baran ni for sure la orang bajet aku akan melawan.Tapi Allah kurniakan aku kesabaran yang amat tinggi dalam menghadapi situasi tersebut.Sampailah kini aku dah berjaya...aku dah pun jadi menejer jugak,masih dalam line hospitality.So hospitality industry ni bukan lah besar sangat.Pusing-pusing jumpa balik kannn...

Jadi di hari ini,di dalam meeting pagi tadi,di saat aku membentangkan figure aku notice ada mata yang terbeliak memandang aku...dan bila bos kenalkan "this is our FC" ada yang terkebil-kebil seolah tidak percaya.....
Ya kakak...aku sudah berada di level yang sama atau mungkin tinggi sedikit dari kau...Aku yang selalu kau kata stupid ini lah yang bakal kau hadap setiap hari.nanti kita akan sama-sama buat budget untuk department kau...Welcome back as working colleague.

Jangan takut kak,aku tak kan stupidkan orang because I am not stupid....

Friday, September 2, 2011

Masih Lagi Cerita Raya

Walaupun dah kena keja.Aku cuti 3 hari jer,yang kerajaan bagi la.kalau ikut boss aku dia tak bagi.Kejadah apa hari raya buat akaun kan...makan lemang baru best.Tahu tak boss?
So hari ni dah start keja,tu pun 1st raya dah start sms aku tanya bila nak start keja.Aku pikir nak datang keja bawak surat resign je nih....tak per...sabar sat la.

So macam mana ngan raya anda semua?Meriah tak?Aku notice la raya aku makin berbeza dari tahun ke tahun...seiring ngan peredaran masa la ye dak?

Masa kecik.

Masa ni sebok bertanding sapa dapat kad raya banyak,dapat duit raya banyak,kasut sapa lagi tinggi,baju raya ada berapa pasang...macam-macam la kan...

Masa Remaja

Berebut nak tunjuk pak we.pak we datang umah time raya,berapa kali pegi tengok wayang ngan pak we,kuar dating ngan pak we kena pakai baju kurung(bajet ayu lah kunun) dan segalanya tentang pak we.

Masa jadi Student

Harus la pak we dok jauh kan...zaman aku mana ada henpon lagi.Public phone la jadi penghubung.Rindu tok sah cakap la.siap marah lagi cuti sem panjang sangat....tapi baju raya tetap kena sedondon gitew....

Masa Bujang

Masa ni sebok kena soal  ngan family dah...sampai bila nak hidup sorang..bila lagi nak berdua dan sebagainya....tak pikir sangat pasal nak kawen.Masa ni sibuk exchange biz card ngan kazen,secon kazen..
Pastu mula la oww dah jadi arkitek skang nih,dulu sekolah bodoh giler aku rasa,ahhh dia jadi lawyer??bukan ke dia pernah dismiss dulu?dan macam-macam la rasa dengki yang timbul...kekekkek.

Masa dah Kawen

Asyik la laki aku tak dapat cuti raya.Kena la raya di perantauan.Pastu kena la balik kampung dia jer....Alasan sebab mak aku dok ngan aku,hari-hari jumpa,mak dia setahun sekali pun payah nak jumpa.
tapi syok pasal bila ada anak,berabis untuk anak jer la.Dah sorang je pun,kalau tak abiskan duit kat dia,kat sapa lagi kan...

Masa Sekarang

Cepat sangat masa la.Skang ni kazen-kazen yang kecik2,yang penah aku lap kan hingus diorang semua dah besar,ke aku yang tak sedar diri dah tua?hehe.Kalau dulu show off sapa duit raya banyak,skang ni show off henpon sapa paling mahal.Lawan tayang anak sapa lagi comel,lawan tayang laki sapa lagi ensem,lawan tanya pekerjaan laki memasing....laki ko keja apa?"oww tukang masak jehh???
Aku harap aku dapat lagi merasai perubahan raya aku di masa hadapan...

Monday, August 29, 2011

Nak Raya Dah....

Kat opis.Dalam mode raye.Alhamdulillah puasa dapat ditempuhi tanpa banyak cabaran bagi orang yang berpenyakit macam aku ni.Serius tak de mood nak keja.Kat opis pun tinggal aku ngan staff aku chinese girl dua orang dan dua lagi budak melayu yang aku tak approvekan cuti nya.Kot kalau approve semua meroyan lak bos aku.

Aku menantikan perkhabaran baik dari bos,kot la nak announce half day ke nampaknya macam sia-sia sahaja.Tak pe lah.Nanti kalau aku dah kaya,bukak kempeni sendiri aku tak kan buat staff aku macam ni.Kesian tau...kalau diaorang datang keja pun tapi kepala hotak dah kat kampung,dah ingat lemang ketupat pun tak de guna kan.Bila aku tanya pun macam berat je nak bukak mulut.Protest la tuh...kekekeke.Tak pe la,jap lagi korang balik la.Tinggal la aku seorang kat opis ni sampai kol 5.

Adik beradik semua dah ada kat umah,mesti tengah siap-siap nak sambut raya.So aku balik keja petang ni pun of coz la feeling anak muda yang baru pulang dari perantauan kan...anak muda la  sangat....
Persiapan raya?Siapkan utuk Adib&Armand,aku beli jubah selai,tudung satu.cukup la...laki bukan ada disisi pun.Petang esok aku gerak pegi Kl,bawak Armand jumpa papa dia.Sedih sebonar eh...walaupun kami ni hoteliers and my hubby memang biasa keja time raya,tapi this is 1st time kami raya jauh-jauh.Kalau dulu ebendo dia keja hari raya,pagi raya tu still boleh memohon keampunan pastu hantar dia pegi keja sambil tengok Bangla&Nepal pegi sembayang raya.Then aku for sure akan kutuk dia, Bangla pun dapat cuti you....

Ni yang buat aku lagi tak sabar nak berenti keja dan menjadikan diri ini bos merangkap kuli....so that we can enjoy the freedom
Doakan aku yer...

So...to my blog readers....I'm wishing you guys :

SELAMAT HARI RAYA,MAAF ZAHIR DAN BATIN


Saturday, August 27, 2011

Majlis Berbuka Puasa dengan Sahabat Selamanya

Sabtu lepas sebenarnya....
Aku ada one group yang di kenali di alam maya kira-kira 8 tahun yang lalu.Masa tu tengah giler Msn chatting.Populer sekitar tahun 2000 hinggalah Msn Chat ditutup.Masa dulu group yang agak terkenal adalah seperti Kampung,MyOffice adalah byk jugak...tak ingat.Faktor Usia....

Aku kenal group ni kat MyOffice,dulu kami ramai....tapi lama-lama setelah semuanya berjaya dalam hidup menjadi orang yang berguna kepada agama,bangsa dan negara komitmen terhadap kawan-kawan pun terpaksa lah dikurangkan.

Dari seramai-ramai umat,yang tinggal rapat,kongsi suka duka hanyalah Lopan,Bijan,Kukoi,Sepat,Lia dan Eita.Ini yang masih lagi datang kalau ada program seperti mari berbuka puasa bersama,mari bersahur bersama setelah penat karaoke dan juga mari sambut raya sama-sama.....Not to mention la yang dah jadi Duta,jadi Pengurus Bank,jadi artis berjaya sebab semua tu dah tak nampak muka lagi...Maklumlah mereka sibuk..dan kami paham.

Selalu kami buka puasa kat hotel..makan buffet.Tapi tahun ni kami masak...kami tu ialah Eita dan Lia.Aku makan jer.Lepas makan,selalunya kami karaoke,tapi tahun ni dalam mode insaf sket..kami pegi menyesak kan diri di jalan TAR.Sumpah sesak giler walaupun dah pukul 12 malam.
Bersama ini aku sertakan gambar untuk kenangan di hari kemudian......



Ngan Chenta hati kat Pelita jalan Ampang sebelum pegi ke Jalan Tar

 Ni masa kat umah Lia...Abang SPAD tu kena bertugas di perbatasan....Nama dia Bijan
 Bergaya ngan tudung baru...kekekekek
 Pose sebelum pegi merayap.....
Dan parking haram jadah ni berharga 20 hengget....paking kat hotel pun tak mahal macam ni

Untuk kawan-kawan,besarlah harapan agar tradisi ni akan diteruskan lagi yer...

Touch n Go...

Biasa lah travel pegi keja guna high way.Tambah pulak hari ni kereta berdoyunn berkonvoi pulang ke kampung dan aku pulak sangap-sangap drive pegi keja....Aku masih keja sehinggalah diberitahu kelak...ngong kan boss aku.Aku rasa keja campeni Mat salleh pun diaorang tau yang tak lama lagi kita nak raya..so reti2kan lah bagi cuti bagai.Ini tidak..masih berminat untuk bermesyuarat di hari raya ke dua.Tapi tak per la...dah nama keja ngan orang kan..Mungkin dia ingat aku celebrate Deepavali,so aku maafkan lah dia....

Tapi ni aku bukan nak citer pasal aku kena keja..Abaikan je lah.Cuma setelah sekian lama guna Touch n Go baru hari ni aku sedar kebaikan dia...kekekek.Terutama musim perayaan begini.Aku tak mampu nak beli smart tag so aku cakap pasal TnG je lah..Buakn apa,aku tahu lah ramai sangat yang tak sabar nak jumpa mak ayah,cium tangan ayah bonda kekdahnya sampaikan cucuk2 angin keta aku nih.Aku yang dalam jiwa kelajuan pun terpaksa ketepi dek kerana memenuhi hasrat keta belakang yang teringin sangat nak potong aku.Aku tak kisah la kalau atas high way ko nak pecut sampai 240km pun tapi ni dah nak menghampiri plaza tol.Bukan ke kat tol kita kena slow down???

Tak per bagi can...pegi la,kang plaza tol tu lari pulak.Tapi paling best bila dah sampai kat tol tu apekehal ko kena que ek....TNG tarak ka banggg???Apa guna keta laju-laju TnG x leh beli...huhuhu
So bila tiba sitasi begini biasanya aku akan slowkan keta pandang kat drebar tu sambil lambai2 kad TnG aku...
Haha..walaupun keta aku keta Malaysia je pun,tak laju mana tapi aku ada Touch n Go...kau hadeee????

 Dan another reason aku sayang kad TnG ni sebab dia ada muka aku di atasnya.....



Friday, August 26, 2011

Alasan.

Ni nak citer pasal keja.Selagi kita bekerja ngan orang,selagi tu lah kita ada bos.Kalau dah keja sendiri kita la bos ye dak??So knowing the boss there are various type of bosses kan.Ada yang baik sangat-sangat,ada yang macam jin tanah jugak,yang stok ayat kuar dari mulut dia memang macam nak bagi penumbuk je kan...sib baik dia bos,kita kuli so layankan je lahhh.Jarang sangat dengar staff suka boss.Yang banyak dengar ialah benci giler aku kat boss tu..bukan wat apa pun..internet  jeww pastu mintak itu ini dari orang(itu contoh ayat yang mungkin dilontarkan oleh anak buah aku....haha)Tapi tahukah dia kalau aku ni tak reti wat apa,tak tahu keja kenapa la agaknya aku bley spot je any mistake yang they all buat?Mungkinkah depa lupa konsep siapa makan garam terlebih dulu?maksud aku...sebelum dia buat semua keja-keja tu,aku dah dulu rasa,dah tahu selok belok,makanya tak boleh lah kau kata ini tak leh buat ,itu tak leh buat...sebab bila dia cakap macam tu aku sendiri akan slot in to the root cause and pappp...jumpa plak...so akan kluar la ayat kenapa ai boleh pulak buat???Itu la yang makin berbulu tuh...sebab tak berjaya kelentong boss...kekekeke.....pegi dalami ilmu dulu baru boleh kelentong aku....

Itu kisah aku asa a boss ngan anak buah.Tapi bila time kami Department Head ni meeting,kami ada boss plak nak di hadap.Boss aku ni macam singa sket...easily melenting.Silap cakap mesti kena hammer kaw-kaw punya.Dan biasa la,bila keja tak smooth ke,ada issue tak selesai ke mesti all of us akan cari alasan untuk melepaskan diri.Dan selalu alasan yang diberi tu agak tak masuk akal jugak la...

Contoh :

Boss:Siva,how to solve the monkey issues?
Siva(bukan nama sebenar) : I think aa boss,we need to tangkap the kapala first....If we manage to tangkap the kapala..sure anak buah wont come already....
Boss:Ok I give you 1 week to solve this issue

Lepas seminggu....

Boss:So how?did you manage to catch the kapala?
Siva:Errr no boss,because one nite I got mimpi..the spirit of the monkey came and told me not to disturb the monkey or else it will haunt me for the rest of my life....

Kreatif kan dia cipta alasan...sampai mimpi semua masuk....

Boleh alasan gitu????

Moral of the story???aaa...pikir la sendiri

Thursday, August 25, 2011

Takziah buat Family Datuk Abu Bakar bin Kamar

KEMAMAN: Seorang ahli perniagaan maut selepas kenderaan jenis Mitsubishi yang dipandunya bertembung dengan sebuah Porche dalam kemalangan di Kilometer 134, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, semalam.
Dalam kemalangan jam 11 pagi itu, mangsa dikenali sebagai Datuk Abu Bakar Kamar@Kamal, 61, beralamat di Lot No. 35D, Jalan Besar, Dungun dan dia yang tersepit di tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, kemalangan berlaku apabila kenderaan yang dipandu mangsa terbabas selepas cuba memotong sebuah kenderaan lain.
Menurutnya, kereta mangsa kemudian bergesel dengan sebuah Proton Wira dari arah bertentangan sebelum melanggar kereta Porsche terbabit yang berada di belakang kereta Proton Wira berkenaan.

Ketika kejadian mangsa dalam perjalanan dari rumahnya ke Chukai, Kemaman bagi menguruskan perniagaannya di sana.

Abdullah Sani berkata, laporan bedah siasat menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat patah tulang rusuk dan mengalami pendarahan dalaman yang serius.

Difahamkan pemandu Porche berkenaan cedera ringan dan diberikan rawatan sebagai pesakit luar.



ps:Datuk Abu Bakar bin Kamar is a part of my family.Anak sedara to my arwah ayah.Al fatihah buat beliau.

Thursday, August 18, 2011

Aku Islam,Kau pun Islam...tapi apa yang membezakan kita?

Entri kesal.

Aku kesal ngan saudara seagama yang tak reti nak hormat agama sendiri.Ya aku bukanlah baik sangat,aku banyak kurangnya,dosa-dosa aku pun banyak tapi aku syukur aku masih di lindungi Allah.masih diberi peluang oleh Allah untuk berubah walau masih banyak loop hole di sana sini.Ya aku sedang mencuba...

Kes Pertama
Hari ni aku ditegur oleh rakan sekerja.Bezanya dia based di Kl dan aku di sini.So jarang-jarang sekali jumpa.Jumpa hari ni pun coz ada Budget Meeting for next financial year.I'm the one who's presenting it.Masuk ke bilik meeting aku disapa..."wah dah pakai tudung...aku ingat makcik mana tadi..." And yes aku tak salahkan dia sebab kata aku very the mak ciks.. Aku dulu masa mula-mula nak bertudung pun macam-macam dugaan,macam mak cik la,macam maid aku la,bulat nyer muka,huduhnya...itulah kekangan yang drag aku punya decision untuk bertudung walau dah ditegur berkali-kali oleh suami.Aku tak salahkan dia,mungkin dia di besarkan cara moden,dan tak leh terima orang bertudung.

Tapi bila dah sampai hidayah Allah,aku tak ambik masa lama untuk bertudung.Tak banyak cakap aku sarungkan ke kepala.Alhamdulillah,hilang semua rasa mak cik-mak cik,maid Indon,muka bulat...apa yang aku nampak aku lebih sopan,lebih terurus...biarlah orang nak kata aku pakai tudung macam mak cik...Then dia sambung "you pakai ni during Ramadhan je ke"? aku menidakkan.....
Itu satu...dan aku harap kata-kata discourage ini tak melemahkan aku...

Kes kedua.

Masih di lokasi yang sama dimana dilam bilik mesyuarat itu 70% adalah Islam dan selebihnya beragama lain. Aku agak kesal kerana daripada 70% yang beragama Islam itu hanya 4 orang sahaja yang puasa.70% itu adalah dari pada 25 orang.So do your maths now.Tak puasa tak apa,keep it between you and Allah,tapi dengan selamba kau minum air,kau makan sweets seolah-olah ini bukan bulan Ramadhan.Fren...kalau bukan kita yang Islam ni nak hormat agama sendiri,do you expect the non muslim to do so?dan yang buat tu adalah lelaki & perempuan.No wonder I've been getting the negative remarks from one of my non Muslim friends.

Aku hanya mampu memandang dengan penuh kesal...May Allah bless u frensss....

Monday, August 15, 2011

Raya???Owh sedissss....

Pagi-pagi buta dah sentap ngan boss.Apa dia nak aku straight datang keja pas sahur ke?Pukul 6.30 dah sms aku tanya figure sales semalam.taulah nak meeting,tak yah la gelabah biawak sangat.

So hari ni dah 15 hari puasa...persiapan raya?Aku laki bini tak beli apa lagi sebab tahun ni aku join geng Indon,Bangla & Nepal beraya di Kl..sebab?Laki kena keja...owh itu normal bagi kami hoteliers ni.Jadi simpan rasa sedih itu sekarang...So aku bajek feeling raya kat obersea tahun ni okey....Sian pulak kat Armand kan...

Kesian sebab of coz la kami akan terperuk je kat umah.Nak masak-masak ada ke orang yang nak datang kan...Jadi kesimpulan nya,tak beraya la ..huh sediss....Mungkin di sebelah malam lepas laki aku balik keja boleh gi jejalan ronda KL..."sedih berganda"....Raya ketiga aku dah stat keja............patutkah aku tikam diri sendiri?





"Hye saye Armand...best giler korek telinga...Korea x saya?Mommy cakap tahun ni kami raya kat Korea..jadi saya pun wat muka feeling Korea macam dalam citer yang nenek saya selalu tengok"

nota: Sila abaikan kesan khas yang menunjukkan sepah-sepah itew ...

Sunday, August 14, 2011

Tergamak Kau....

Kejadian masa balik keja semalam.Dah la kena keja full day.Aku kalau boleh Sabtu pun tak mo keja.Boleh sep duit company coz keja hari Sabtu bazir letrik je.Datang keja half day bukan buat apa pun.Bukak internet je keja nya.Ok cukup emo pasal keja hari Sabtu....

Gini,balik keja semalam singgah kat Esso Gambang..ah yang dekat UMP tu.Nak isi minyak,tunggu turn nak bayar.Depan aku ada kapel.Pada pandangan kasar aku diaorang ni Melayu la.Cuma ye la,si gadis berpakaian seperti tak mampu nak beli kain dan di teruna cuma berseluar pendek.Diorang ni shopping sakan,beli air Gren Tea Yoes,air Coke,Air Mineral,biskut,roti gardenia,cikedis,kacang-kacang macam untuk 10 orang makan.
Malas nak buruk sangka so aku pikir meibi nak makan dalam keta takut tak sempat nak bukak puasa,otw gi Kolompo ,walaupun aku syak diorang ni memang tak puasa.

Tak semena-mena sejurus lepas bayar barang-barang tu,si teruna ni tanpa segan silu bukak air Coke tadi dan terus teguk depan kitaorang....Buntang mata aku tengok.Ye la kan,dah sah-sah Melayu,Islam la agama dia kan.Aku rasa macam nak lempang laju-laju je mamat ni.Dan tanpa rasa malu jugak dia boleh cakap kat aku,sorry kak dahaga sangat,terminum lak depan akak....Oww ko bajet ko Cina ker?Walau rambut kau buat style Korea,tapi dik...telo Kelantan kau tu tak leh sorok weiii.Bangsa lain pun reti nak hormat kita...

Aku malas nak mengurangkan pahala puasa aku yang dah sedia kurang sebab kutuk bos aku kaw2,siap keji dia lagi kan..so aku diamkan je la.Sambil geleng-geleng kepala.Siap bayar aku kuar isi minyak,baru nak gerak dari stesyen minyak tu aku nampak lagi mat tu ngan geng siap kenduri bawah payung.Makan di khalayak ramai.Patut kena sumbat dalam van jenazah budak-budak ni....

Jom Tengok Apa Google Translate boleh bikin

Lecturer aku selalu pesan,jangan guna google translate,sebab translation dia macam haram....
So aku cuba...aku translate kan lagu Selena Gomez who Says ke Malay version.Lihat lah hasil nya...tadaaaaa

Saya tidak mahu menjadi orang lain.
Kamu telah membuat saya tidak selamat
Memberitahu saya bahawa saya tidak cukup baik
Tetapi yang anda menghukum
Apabila anda berlian dalam kasar....Wat te heck????
Saya pasti anda mendapat beberapa perkara
Anda ingin menukar tentang diri anda
Tetapi apabila ia datang kepada saya
Saya tidak mahu menjadi orang lain

Na na na
Na na na

Saya tidak ratu cantik
Saya hanya cantik, saya

Na na na
Na na na

Anda telah mendapat hak tiap-tiap
Untuk kehidupan yang indah
C'mon

[Chorus]
Siapa kata
Siapa kata anda tak sempurna
Siapa kata anda tidak berbaloi
Siapa kata anda satu-satunya yang mencederakan.....keh keh keh....
Percayalah
Itu harga kecantikan
Siapa kata anda tidak mudah cukup
Siapa kata anda tidak sedang indah
Siapa kata
So siapa kata Google Translate reliable?Sila tikam diri sekarang....jangan wat assignment guna Google Translate yah.....  
Rate translation
 

Saturday, August 13, 2011

Konpius ya Amat

Bazar Ramadhan...
Giler lah.Tau la harga barang naik,minyak naik,tepung naik,eh...tak de yang turun la kan.
So pegi bazar Ramadhan kat Kuantan...di ulangi Kuantan yer....Kuantan yang tak naik taraf jadi bandaraya lagi pun..tapi air tebu sebungkus RM 6.00.Meibi dia import itu tebu,jadi harga mahal sebab kena bayar tax.Dermmm!Air kelapa pun sama naik mahalnya.RM 6.00 jugak.Giler tak?Kuih sebijik 80 sen..aku rasa kuih kat Pavilion murah lagi kot.
Aku ni ibu bekerjaya,kluar opis pun dah dekat pukul 6.Kalau keluar pukul 5 nanti bos maki,sumpah seranah.Jadi Bazar Ramadhan je  lah harapan aku nak beli kuih2 or air yang memang sinonim ngan bulan puasa ni..ye dak?Tapi kalau tempat lain,dengan RM 6.00 aku boleh dapat 3 jenis air apa cer kannn....Memang yang menjual tu stock pegi Mekah balik hari la kot.
Peniaga sekalian,
Aku paham dengan keadaan yang serba mendesak ni harga barang naik melambung-lambung.Tapi kau kena ingat jugak kalau dah sampai 500% kau ambik untung tak ke menjawab nanti???Kadang-kadang aku rasa macam eh aku ni kat Singapore ke?Sing Dollar Convert to RM kot.....

Rindu

Aku rindu macam-macam benda.
Bulan Ramadhan cam ni aku rindu zaman budak-budak.Meriah sangat puasa ngan orang-orang tersayang.Masa tu ada Abah,Tok,Aki..mak-mak pun garang-garang lagi time tu.Ye la zaman tu diaorang seusia ngan aku zaman sekarang ni..darah muda.Cuba mintak nak puasa half day tengok...tak kena libas bukan mak aku la jawabnya...walaupun dia Thai convert to Islam,tapi dia sangat particular bab ni...jangan kau mimpi la!Aku lak cuba si Adib cakap pening la,penat tunggu bas tengah panas la...mula kesian. Beza nya mak-mak zaman dulu rajin buat kuih raya sendiri,masak lauk sahur dan buka puasa sendiri..Kau Mampu??
Betul la rindu plak rasa...masa-masa camni dah sibuk ngan langsir,sarung kusyen bagai kan...Lagi satu kad raya...kad raya gantung kat pokok bunga la,kat diding la..owh klasik!Ada mesin masa tak aku nak balik zaman aku kekecik dulu...Aku janji tak kan bebai kalau disuruh kemas rumah,lap tingkap,tukar sarung kusyen..apa je la berkaitan ngan raya.Sebab??Sebab aku dah hilang nikmat tu.Dah lama rasanya tak buat persiapan raya.yang ada pun cuma baju anak2 dan mak.Raya ngan tak raya sama jer.Entah lah kan.....

Aku rindu zaman Arau...
Giler ah puasa kat sana...sana kan panas.Mencabar mental woo.Pastu time nak balik raya,naik bas balik.Trip giler jauh 14 jam harus...kematu bontot.Tapi itu sangat best.

Dan sekarang aku Rindukan bantal aku.....warghhhhhhhhhhhhh!

Thursday, August 11, 2011

Dah Sampai Seru....

Tadi call coursemate,tanya pasal condition keta aku yang dulunya keta dia ada sindrom sama gak.
Budak ni kira rapat la ngan aku.Geng ponteng kelas pegi karoks la,pegi tengok wayang and dia gak la drebar aku kalau aku tak drive time turun Shah Alam.Rapat nya kita orang sampai aku boleh teracun beli second car yang sama macam dia.Banyak ko dapat komisyen kan?

Budak ni Jantan...aku ni plak memang senang rapat ngan lelaki kot,coz less hassle.Pompuan kang kena layan gediks la,layan gossip la,layan citer pasal boipren,laki,mak mertua la...arggh serabut.Hidup aku seharian dah memang kacau bilau,jadi aku malas nak tambah kepada permasalahan itu.Tapi tak la bermakna aku anti pompuan...ada ek pompuan anti pompuan?

Banyak gak la rahsia Ane ni dalam tangan aku,scandal2 dia semua aku kenal.Siap kaber line lagi untuk dia...satu hari dia boleh date ngan 3 orang tak termasuk aku la...so kalau agak dia tak leh handle pasti aku dijadikan alasan kat scandal2 dia tu.."hari ni tak leh kuar la yang...ai kena diskass ngan kak Leya pasal assignment"itu salah satu alasan dia la...padahal aku dah melingkup balik Kuantan lepas kelas.Sebab scandal2 dia kenal aku dan tau status aku so diaorang accept je la kan...

Dengan Ane ni aku agak selesa,tak de kaber2 line,dia pernah jadi mangsa bawak kitaorang pegi mekDi,(aku ngan Erda)bulan puasa tahun lepas,and then kitaorang siap mencekik dalam keta dia lagi...Kesian ko nokss!Tapi petang tu aku belanja dia buffet ramadhan pulak...dia untung berkakak kan aku ni.Kalau aku stay kat Concorde,pasti dia dapat habuan breakfast di hotel.Tak ke kenyang hidup ko?

BTW entry ni aku tulis sebab hari ni besday dia,kan skang tengah cuti semester so selamat la duit aku dari buffet-buffet Ramadhan.Kalau tak harus la kopak aku kena blanjer bukak poser kat Concorde...Dan yang seperais nya dia MMS aku gambar gadis terbaru...katanya bakal isteri....Nyaris aku terpengsan!Biar betik?dah pikir masak ranum dah?Apa jadi kat gadis-gadis scandal?Kesian diaorang...Superhero dah jatuh Chenta!

So dia bagitau aku,dia pun pelik coz everything went smoothly.Dia kata tetiba je ada duit nak beli cincin.Sedangkan dulu nak makan lunch pun megharapkan aku...arhh tu kau sengaja nak paw aku,bukan tak de duit.kekekek....Apapun gadis terbaru ni adalah "this is the best brooo......."dari segi raut wajah la.tak de la stock pecah rumah.Padan la ngan Ane yang sentiasa perasan kachak tuh...

Kesimpulan nya,kalau dah sampai seru atau jodoh dah sampai memang tak lama process dia.Tak de makna nya bercinta lama-lama last-last abuk pun tarak...Aku dulu kawen pun pakai duit gaji je...dapat je pakai baju pengantin,selamat gak wat kenduri siap ada pelamin lagi....nama kata simpan duit sebab  nak kawen?nan adooo!Bila kita ikhlas ngan niat kita,Insya Allah mudah aja jalan nya.

Untuk Ane...Tahniah coz dah tersungkur di kaki gadis.Bawak-bawak la berenti membojan.Belajar2 la survey harga susu baby,pampers,baju dan duit nursery.Nak bela anak bukan senang weh...Kalau agak tak ready lagi nak bela anak,pergi ambik kursus perancang keluarga. Jangan dok angau baca buku Kamasutra je...Belajarlah hafal doa Qunut sama.Lagi satu kau kena ingat,duit kau duit bini,tapi duit bini adalah duit bini sahaja okeyh?

Perlukan khidmat nasihat....you always know where to find me...aku kan ADVISOR ko!Akak doakan semuanya lancar dan dipermudahkan...Amin.


Wednesday, August 10, 2011

Ramadhan ke 10






Ini gula hacks...sapa tak kenal sila tikam diri sendiri....



Dan ini pulak Air mineral...

 Apa kaitan dua barang di atas ngan Ramadhon ke 10 haku???Ia nya telah menyelamatkan aku dari berbuka puasa secara mengorek hidung dalam meeting tadi.
Trima kasih boss...sebab inilah kali pertama aku buka puasa ngan cekelat Hacks,okey la pada tak de...ye dak??Memang cegampang...Habis ngan Maghrib sekali langsai!


ps:Aku bukan lah hajjah 2  sangat...but at least pay a respect!

Gambar ihsan dari Google

Sekian...nak balik ujan lebat giler pulak........



Pukul berapa nak Meeting?Pukul Berapa nak bukak Puasa?

Aku sebal dan hampir bebal ni.Sib baik puasa...

Macam ni la kan bila keja ngan non Muslim.
Tak tau kot nak hormat,yang kita ni puasa...time bukak puasa pukul 7.20.
Meeting will start at 7...Jadi aku bukak puasa camner?
Baca niat then korek hidung kah?

Cepat lah...aku nak kluar dari sini.

Nota kaki:Memang aku marah!

Monday, August 8, 2011

Penghijrahan di bulan Ramadhan

Ha ah...aku pun tak sangka aku boleh buat benda ni.
Banyak sangat alasan kalau ditegur suami.Tapi betul lah,kalau niat tu ikhlas,semua benda yang kita rasa susah akan jadi senang.Yang impossible akan jadi possible.
Hari pertama Ramadhan,aku mula menyarungkan tudung ke kepala.Banyak persoalan yang timbul dari teman sekerja tapi aku cakap it's already time for me to move on...Bos terkejut dan expect ini cuma akan berlaku sepanjang Ramadhan sahaja..Owh no...Doakan aku kuat ya kawan-kawan!Aku tak mau buat kerja half past six.Aku mahu kekal selamanya begini...Amin.

Thursday, August 4, 2011

Mencuri sebab nak beli Susu Anak

Dalam meeting tadi Chief Security report pasal kes kecurian kat kawasan hostel staff.Orang luar,Orang Islam dalam bulan Ramadhan pulak tu...Alasan dia nak beli susu anak.Beli susu anak ngan hasil curi?Masya-Allah...kesian anak isteri.Sentap aku...lebih2 lagi pasal anak.Terdesak sangat ker?Aku teringat satu kes kat Sri Petaling,yang mana ada satu lelaki ni kata nak pegi beli susu anak but ends up merompak kedai emas,dan ditembak mati depan isteri dan anak nya yang tengah tunggu dalam kereta.Sedih aku...entahlah Allah kurniakan aku ni hati jelly,muka je ganas tapi cepat sangat nak nangis.Setiap yang berlaku tu pada aku ada sebab.Kita terlalu cepat jatuhkan hukuman.Mungkin betul dia terlalu buntu nak cari duit,ambik jalan mudah yang akhirnya menjerat diri.Atau mungkin dia hanya beralasan sedemikian bagi meraih simpati.Entah lah kan....
Aku hanya mampu berdoa di bulan mulia ni agar aku dijauhkan dari perkara begini...

Nota kaki:Aku sedikit beremosi kerana aku tak mampu nak bayangkan jika hidup aku sesukar itu.....
*tears*

Wednesday, August 3, 2011

Kau Giler...Kuih 2 bijik 2 hengget

Ni entry nak cepat sebab kena masuk training yang sangat boring!
Pegi bazar ramadhan yang tak layak pun di panggil bazar coz ada lah 5 gerai je kot.
Kat ngan umah aku di Sg Ular tu ha...tekak ni terliur kan kuih akok..orang East Coast tau la kuih ni.
Tanya kat tukang jual berapa...dengan tak bersalah 2 bijik 2 ringgit.Mak aii kot la kuih tu besar tapak tangan ke sebijik padan la...ni kalau makan nak wat taik gigi pun tak cukup....
Okey...terima kasih...Gud luck in selling your kuih okey!

ps:kalau dia jual limaposen sebijik pun aku okey lagi.....

Tuesday, August 2, 2011

Rest In Peace Liana Afiera Malik

Semoga Allah merahmati mu.
My favorite novelist passed away.Aku membesar dengan karya-karya dia.one of my favorite book is Bukan Puteri Lindungan Bulan.Sangat mengemari karya beliau.Memang dah lama dia tak menulis,dan hari ni terima berita yang dia dah tiada.

Al Fatihah.

Monday, July 25, 2011

"Cuba la Senonoh sket..."

Last wiken,travel with my little hero ke KL.Ah ye lah kan,laki dah dok Kl,so kena la apply PJJ balik.So decide tak mo drive,malas sambil rasa nak cuba travel naik bas ekspress ngan si kenit,so aku decided to travel via Plusliner.Hari Sabtu pas keja,kami travel la.On the way pegi ke Kl ok la,bas tak sesak coz Saturday kan.Alhamdulillah Armand tak batak pun walau ianya 1st time buat dia travel naik bas.Cuma mula-mula dia dok sibuk naik turun kan seat sampai aku kena warn dia,kalau dia terus wat cenggitu bus will stop and he wont be able to see his papa...so dia pandang aku ngan pandangan tak percaya,tapi sebab aku mak dia dia kena terima jugak la alasan tak logik tu kan...ahhaha....

Sampai KL kami naik lak LRT ke Salak South,and I am thankful sebab Armand tak meragam nak lari sana-sini,Mau jenuh aku nak kejar dia ngan beg bagai kan..So everything goes very well.

Ahad hari nak balik,kami dapat tiket 2.30,bus 2 tingkat...dapat seat kat atas lak tu,arghhh memang sempit.Dan bas super penuh.Yang aku nak citer ni bukan pasal apa,tapi aku a bit pissed off la ngan certain anak muda yang tengah hangat bercinta ni.Ye aku paham,aku pun pernah lalui fasa tersebut,fasa dimana dunia ini hanya kita dua orang jeww,dan di saat ini jugalah seringkali kita keluarkan otak kita and set it aside,tak peduli dah batas dan norma sebagai bukan muhrim.

Kot la nak tunjuk kan kasih sayang pun,jangan la depan orang...orang benci dik!Orang geli coz ko dok meraba-raba,mengesel-gesel,menyondol-nyondol depan orang ramai.Tak reti malu ke atau dah terlalu kebaratan sangat kita ni?Bangga ke buat camtu depan orang?Dik oiii...orang tua-tua macam akak ni mesti pikir camni,kalau dah depan orang tak malu begini...kalau berdua saja camner la ek...uihhh  mintak la dijauhkan.Tak sanggup dah dengar anak kecil dihumban,dicampak sesuka hati.Kot tak hormat aku yang agak rock sket ni tak per la jugak...ni pakcik&makcik kat sebelah yang dah macam makabah dia kat kampung tu...tergeleng-geleng kepala pak cik tu aku tengok....




Ps:Dan yang buat kerja kurang sopan itu adalah budak-budak yang berpelajaran tinggi...Ini kah pemimpin kita di masa akan datang?Renungkan lah

Friday, July 22, 2011

"Selagi masih Berpeluang...."

 Reminds me of one quotes

"A pessimist sees the difficulty in every opportunity,an optimist sees the opportunity in every difficulty"
-Winston Churchill-


 Jadi gunalah segala peluang yang ada tu sebaik mungkin,walau halangan,dugaan yang mendatang tu tak tercapai dek akal.Dalam segala kepayahan tu kita pasti dapat sesuatu yang berguna sebagai bekalan hari depan...


 




sekian tazkirah Jumaat.....

PS:Aku di landa kebizian untuk menghapdet belog.

Segmen cx's : geng UiTM by campus

This is my first time joining the segment by CX.Aku tertarik coz aku ni product UiTM start dari Diploma sampai la skang ni kembali semula ke UiTM for my Masters program.So sapa sapa teringin nak join,anda cuma perlu clik disini cxopportunities 

Bagi menjawab soalan :

1)UiTM Campus mana?

Arau-Diploma

Dungun- Degree

Shah Alam- Master

2)Course?

Both Diploma&Degree in Accountancy

Masters in Hospitality Management

3)Part Berapa?

Now in part 3

So proud to be a product of UiTM

and I still cry every time listening to lagu Uitm Dihatiku

Thursday, July 21, 2011

Kanak-kanak ada Darah Tinggi!


Tajuk cam serius kan...Semalam aku balik keja lewat,habis meeting pun dah dekat pukul sembilan malam.So perjalanan menempuh situasi menyeramkan adalah sejam.Bawak keta feeling Schumacer...Sampai umah anak aku tak tido lagi.Dalam pukul 10 malam.Dia datang kat aku

Armand : Mummy Armand sakit pale

Cuak jugak...

Aku:Sakit kat mana sayang?

Armand: Sini...sini...sini...Sambil tunjuk2 kat mana dia sakit

Aku: Armad jatuh ke?kepala kena meja ke?

Armand : Tak lah...Armand darah tinggi......

Aku : Omaigod......

Ni mesti kes dengar aku cakap ,asal sakit kepala je mesti darah tinggi ni.....

Bila cek2 balik dia tak sakit pun...saja nak borak2 ngan Mummy coz Papa kan jauh.....

Itulah anak yang baru umur 2 tahun setengah......

Wednesday, July 20, 2011

Kuantan River Cruise la Pulak...

Baru abis meeting.Ni nak promote kat orang-orang Kuantan dan juga bukan orang Kuantan,Kuantan River Cruise kembali beroperasi di bawah pengurusan Bukit Gambang Resort City.Harga RM 18 untuk dewasa dan RM 15 untuk kanak-kanak.Kita ada jugak buat join promotions, sapa-sapa stay kat Bukit Gambang Resort City,dapat 10% diskaun.Dan sesiapa yang naik river cruise pulak will get 10% diskaun untuk Water Park.Jom ramai-ramai naik bot menyusuri Sg Kuantan.




Ps:Sapa-sapa yang buat baik ngan aku pulak dapat further discount..hahahaha....

                                                                                                                       Leisure at its best......

Firdaus Life : Berkawan Dalam Kumpulan

Join segmen Freaky....
Mari kita sama-sama berkawan...
Jom la Join....klik di sini okeysss  Freaky

CPR untuk Ikan

Armand ada bela ikan.Aku la beli konon nak ajar anak bertanggungjawab.Tapi tu la kan,dah bagi ikan tu kat budak umur dua tahun setengah,kerjanya nak bagi makan je la kan ikan dia.Kejap-kejap ikan lapar,tuang makanan.Sampai semalam aku balik keja,ikan tu dah berenang menyeget."mummy2...ikan tu nak mati dah..."Adib report kat aku...tak dan-dan nak tunggu aku masuk umah."Armand la bagi banyak sangat makan,dia nak mati kekenyangan dah tu..."Aku nak tengok akal diaorang,knowing that ikan tu memang tak leh selamat dah pun...aku suggest soh bagi oksigen kat ikan tu..."  buat CPR ke  mummy?" " "ha buatlah"....aku lak jawab..Sepantas kilat si Adib lari ke dapur,Armand lak ngekor dari belakang...Diambik nya straw pastu dia tiup dalam akuarium tu.. kunun nak tambah oksigen...dari ikan tu berenang senget,terus terbalik....mati!
Then I look at them.....suruh diaorang cakap kat mak ikan tu..."kami dah cuba sedaya-upaya,maaf kami gagal selamatkan anak mak cik"......

Ps :Kesian kan anak dapat mak macam ni?

Tuesday, July 19, 2011

I hate Bodekers.....

Is it the right terms?Belasah je la labu....Bodekers or istilah lain nya kaki bodek,kaki ampu,kaki aircond..haih umat manusia ni memang wujud kat mana-mana organisasi.Sapa pandai bodek they will survive...sapa yang pandai keja tapi tak pandai bodek...thats it la bai,ur carrers ends there.Tapi ingat la kaki bodek sekalian,tak selamanya kamooo menongkat langit...hidup ni umpama tayar...ek?ke Roda?or bola pun boleh asal bulat.Tak selamanya kamoo dan kamoo semua di atas,sampai masa kebawah jugak.Jangan hanya bermodalkan tutur kata manis,janjikan bulan bintang...akhirnya nan ado!Cermin diri sendiri dulu sebelum bertindak menjatuhkan orang lain...Ingatlah di saat kamu jatuh nanti.....
Peace YO!

ps:Bodek la selagi kau terdaya....penat nanti kita tengok la hasilnya ya!

Friday, July 15, 2011

Ben Ashaari dan Sekolah


Aku bayangkan Toilet Tempat Gaduh Rebut Abang Angkat.....cis dia memang hensem!

NAK JOIN? KLIK LAJU-LAJU KAT SINI Ben Geng Bas Sekolah...senang kannsss?

Thursday, July 14, 2011

Sebab Mak aku Terjebak....


Ye..mak aku telah menjebak kan kami semua tengok citer Lie To Me...Drama ni kat Chanel 393 HD.Dia cakap Korea with Malay subtitles.Series aku tak paham macam mana aku boleh terjebak tengok drama Korea...Siap tunggu-tunggu lak bila stat.pastu tak sabar nak tunggu sambungan.Ni sebenarnya drama kedua yang mak aku jebak kan aku...First drama nak tau  citer apa .....

Ha..citer Three Sisters.
Tapi yang tak syok sket citer ni dia alih bahasa...walau citer best tapi rasa macam tengok Doremon pulak...siyes suara sama dowh...And it makes me wonders asal la drama alih bahasa mesti suara macam tu...tak leh ke suara biasa-biasa je?Ambik la Nabil ke,Zizan ke jadi suara hero Korea...heroin ambik la Siti Saleha ke,Fazura ke kannnn....

Terima Kasih mak....sebab ni la saya tak baca journal untuk research saya....adoiiiii!

Kalau Itu Yang Terbaik..

Minggu ni minggu last aku tinggal ngan my soulmate...Kami terpaksa berpisah...Ekceli malas nak pikir,sebab kalau pikir nanti aku sedih.Bila aku sedih aku tak leh concentrate keja..dan bila konsentrasi dah hilang makin best la boss hammer aku kan...But itulah takdirnya.Kami terpaksa berpisah tapi atas tuntutan kerja.Bukan atas sebab lain...
Macam ni la life as a hoteliers...most uf us yang keja hotel ni jarang duduk serumah.Most of us ni jumpa sesekali je.Pernah masa aku interview kat satu tempat ni untuk posting kat Pantai Timur,the ED tanya aku where's ur husband working,it is a problem for you to shift from your current place to our place?Aku cakap my hubby now is in Vietnam.Since we married it's only one year we stay together and the rest is long distance relationship.Not to mention aku redah my pregnancy period sorang-sorang...laki keja jauh.But kuasa anak la yang sebabkan kami cari jalan jugak nak stay together.In other words aku ni mobile,tapi the exact reason aku nak post kat East Cost ni pasal my hubby can transfer back to one of the property kat East Coast.Maka berbahagia lah kami di negeri Pantai Timur ini walau aku banyak kali tukar keja sepanjang dua tahun nih....
Lepas dua tahun kat east Coast property,maka tibalah masanya dia kena transfer lagi...career advancement katanya.
Sekali lagi kami terpaksa dok jauh-jauh...Sekarang ada dua hati yang akan rindu kat dia.Aku dan of coz Armand...Armand close sangat ngan Papa dia,jadi aku dengan ini secara gigih juga akan cari kerja kat KOLUMPO...KL i'll be back hokeyhhhh.....

Interesting Qoutes

A friend doesn't go on a diet because you are fat.

A successful man is one who makes more money than his wife can spend. A successful woman is one who can find such a man.

The average woman would rather have beauty than brains, because the average man can see better than he can think. 

There are no stupid questions, just stupid people. 

The road to success is always under construction. 

Friendship is like peeing on yourself: everyone can see it, but only you get the warm feeling that it brings. 

The greatest pleasure in life is doing what people say you cannot do.

Jealous

Never hate people who are jealous of you,but respect their jealousy.They are the ones who think that you are better than them

Tuesday, July 12, 2011

Why do we have children?

Why?The answers are :


  • You get an excuse to build sandcastles on the beach.
  • You get the most beautifully decorated fridge in the world.
  • You get to acquire patience to a degree you never thought possible.
  • You get the world’s funniest comedian, in residence at your home, on call 24 hours a day.
  • You get an anger management course, absolutely free.
  • You get so much love that it fills your entire body and floods your eyes.
  • You get a walking, talking doll that you can dress any way you like.
  • You get an apoplectically enthusiastic greeting every time you come home from work.

Thursday, July 7, 2011

Siapa Neelofa???

SESUDAH Nur Kasih, drama Tahajjud Cinta arahan Erma Fatima disebut-sebut akan mencetuskan fenomena luar biasa. Namun belum lagi ia ditayangkan kepada penonton, sudah terbit cerita panas mengaitkan dua pelakon jelita drama itu.

Siapa lagi kalau bukan aktres filem Pisau Cukur, Nur Fazura Sharifuddin, 27, yang didakwa sedang berperang dingin dengan bintang baru, Noor Neelofa Mohd Noor atau Neelofa, 22. 
Perang dingin itu dikatakan berpunca daripada perebutan kekasih antara mereka berdua.

Sebelum ini, timbul khabar angin Neelofa pernah keluar bersama seorang kenamaan (VIP) yang turut didakwa ada hubungan istimewa dengan Fazura. Ekoran daripada peristiwa itu, maka wujudlah babak kusam antara mereka.

Lebih daripada itu, Fazura dikatakan turut bersekutu dengan beberapa bintang jelita lain yang tidak berpuas hati dengan kehadiran Neelofa dalam industri kerana dianggap hanya menjual kecantikan dan bukannya bakat.

Sejauh manakah kebenaran cerita itu?

Lalu kesempatan bertemu kedua-duanya pada sidang media drama Tahajjud Cinta di Sri Pentas, TV3, baru-baru ini, wakil Rap cuba merungkai desas-desus mengenai apa yang berlaku.

Kata Fazura, dia tidak pernah kenal siapa itu Neelofa.

Fazura berkata, biarpun mereka membintangi Tahajjud Cinta, tiada satu babak pun yang mempertemukan mereka berdua.

“Saya memang tak pernah ada masalah pun dengan dia. Saya juga tidak kisah dengan siapa dia hendak bercinta mahupun dengan siapa dia nak berkawan. Itu urusan peribadi dia.

“Cuma, jangan sesekali mengaitkan nama saya. Dia boleh berkawan dengan sesiapa saja yang dia suka sama ada VIP ke, kerabat ke, duda ke, saya tak kisah. Terpulang kepada dia namun apa yang dikecewakan nama saya turut dikaitkan,” katanya.

Ditanya bagaimana dia mendapat tahu namanya dikaitkan, Fazura berkata, cerita itu disampaikan kelompok rakan Neelofa juga. Jelasnya, semua khabar angin yang diperkatakan mereka itu tidak benar dan meminta agar jangan lagi membabit�kan dia.

“Sekali lagi saya minta, jangan babitkan saya lagi dalam kisah dia. Malah, saya juga tiada kena mengena dengan mana-mana orang kenamaan, kerabat atau apa saja yang digosipkan. Saya tidak ada masa untuk melayan cerita sebegini.

“Saya ada matlamat dalam bidang lakonan iaitu untuk menjadi pelakon yang berjaya. Saya minat berlakon dan ingin masyarakat menilai bakat saya itu. Jadi, saya memang tak nak layan perkara yang remeh seperti ini. Tolong, jangan kaitkan lagi saya,” katanya.

Melakonkan watak Citra Maisara dalam Tahajjud Cinta, wanita tabah itu adalah pejuang hak kaum sejenisnya. Katanya, ia satu watak yang sangat berat dan mencabar.



Neelofa nafi kaitkan Fazura

BAGI Neelofa pula, dia menafikan sama sekali pernah mengaitkan nama Fazura dalam gosip perhubungannya dengan VIP yang dikatakan itu.

“Kalau ada pihak mengait�kan nama Fazura dalam cerita itu, ia pasti bukan daripada saya. Kalau Fazura hendak marah pun atas sesuatu yang bukan saya pernah lakukan, saya sendiri tak boleh buat apa-apa. Sebabnya saya tak ada kuasa nak perbetulkan cerita yang diada-adakan dan tak betul. Habis bagaimana dengan nama saya sendiri yang dikaitkan?

“Saya terkejut juga apabila mendapat tahu mengenai perkara itu. Apapun, antara saya dan Fazura tiada masalah. Lagipun, bukan saya yang mencetuskan cerita ini,” katanya.

Neelofa turut menafikan kisah dia dihalau daripada menghadiri satu majlis di sebuah hotel terkemuka, baru-baru ini.

Menurut gadis yang baru lima bulan menceburi bidang seni itu, dia sendiri tidak tahu bagaimana khabar angin palsu seperti itu boleh cepat tersebar.

Katanya, baru sekarang dia mulai belajar apa itu dunia hiburan yang penuh dengan gosip dan dugaan. Katanya, banyak pula pihak yang menjadi nasi tambah.

“Saya akan jadikan perkara ini sebagai satu pengajaran. Saya masuk ke dunia hiburan kerana mahu mengasah bakat bukan sebab ada perkara tersirat. Saya bangga sebab setakat ini menerima asuhan daripada pengarah terkenal seperti Aziz M Osman dan Erma Fatima,” kata pemegang gelaran Dewi Remaja 2011 ini.

Sebelum ini tercetus kontroversi apabila Neelofa dikatakan punca keretakan hubungan Shah Jaszle dan Maria Farida apabila Neelofa berlakon dengan Shah dalam filem Azura 2011 yang menjalani penggambaran di Paris dan London.

“Saya masih baru tetapi saya kena berdepan dengan banyak kontroversi. Saya harap cabaran ini akan dapat mematangkan diri saya.

“Bagaimanapun, saya bersyukur kerana semakin banyak mendapat peluang berlakon. Semua ini rezeki Tuhan,” ujarnya.

Sementara itu, bagi penonton setia TV3, drama bersiri Tahajjud Cinta turut menampilkan pelakon hebat lain seperti Fouziah Gous, Dira Abu Zahar, Remy Ishak, Tiz Zaqyah, Ziela Jalil dan Melissa Saila. Ia akan mula ke udara esok menerusi slot Zehra, jam 9 malam dan berlangsung sebanyak 13 episod.
Sumber dari Harian Metro

Ps:Kaya kontrovesi jugak minah ni,hari tu Maria Farida ni Fazura pulokss.Strategi nak naik kan rating drama kot...

Kamal Affendi Tembak Mati Penyerang

Ni cerita pasal Kamal Affendi penganalisis jenayah terkenal yang telah menembak mati penyerang nya dalam satu kejadian di Shah Alam Selangor.

SHAH ALAM: Penganalisis jenayah, Kamal Affendi Hashim, 43, cedera di lutut dan tangan kanan akibat ditetak seorang lelaki yang mengamuk sehingga memaksanya melepaskan tembakan menyebabkan penyerangnya terbunuh.
Kejadian berlaku pada jam 9.53 malam kelmarin di Flat Valencia, Taman Seri Muda, di sini dan lelaki yang mengamuk itu berusia 42 tahun berasal dari Sabah, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Zahedi Ayob berkata, dalam kejadian itu seorang wanita yang baru seminggu bersalin dan sedang berehat di ruang tamu rumahnya turut cedera akibat terkena peluru sesat.
Menurutnya, polis terlebih dulu menerima laporan mengenai pergaduhan menggunakan parang membabitkan dua lelaki serumah berasal dari Sabah, seorang berusia 21 tahun dan bekerja sebagai buruh kontrak serta operator pengeluaran berusia 42 tahun iaitu si mati yang menyerang Kamal Affendi.

“Kejadian dipercayai berpunca apabila buruh kontrak itu yang baru pulang ke rumahnya di tingkat tiga flat berkenaan untuk mengambil pakaian sebelum berpindah ke rumah lain mendapati pintu bilik tidurnya dirosakkan rakan serumahnya iaitu si mati.

“Berikutan itu, berlaku pertengkaran sebelum si mati menyerang rakannya dengan parang menyebabkan buruh kontrak itu melarikan diri sebelum membuat laporan polis,” katanya.
Katanya, selepas menerima laporan, tiga anggota polis menemani pengadu pulang ke rumah berkenaan untuk mengambil pakaiannya.

Bagaimanapun, katanya, si mati terus mengamuk dan menyerang orang ramai yang berada di depan rumahnya menggunakan parang.
Menurutnya, pada mulanya, anggota polis dan pengadu cuba memujuk si mati menyerah diri, tetapi lelaki itu terus bertindak agresif dan menyerang mereka dalam keadaan marah.

Katanya, si mati terus mengejar anggota polis dan pengadu hingga ke tingkat dua flat berkenaan sebelum bertembung dengan Kamal Afendi yang kebetulan berada di tempat kejadian.

“Mangsa (Kamal Afendi) mulanya dirempuh seorang daripada kumpulan tadi hingga terjatuh atas kaki lima. Dalam keadaan terbaring itu, dia terus diserang dengan senjata tajam oleh si mati menyebabkan dia terpaksa mengeluarkan pistol jenis SKP 30 dan melepaskan beberapa tembakan amaran.

“Namun, si mati terus menyerang mangsa dan menetak lutut kanan serta jari hantu tangan kanannya. Dalam keadaan kesakitan, mangsa terpaksa melepaskan beberapa das tembakan lagi ke arah si mati menyebabkan dia terbunuh di tempat kejadian,” katanya.

Zahedi berkata, dalam kejadian sama, seorang suri rumah warga Indonesia berusia 24 tahun yang kebetulan berada di ruang tamu rumahnya turut cedera di lengan dan paha kanan akibat terkena tembakan peluru sesat.

Menurutnya, polis membawa Kamal Afendi menerima rawatan di Hospital KPJ, Seksyen 20 di sini, manakala suri rumah itu dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dan dirawat sebagai pesakit luar.

Katanya, mayat lelaki yang mengamuk itu dihantar ke HTAR untuk dibedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan iaitu cubaan membunuh.

Mengenai dakwaan Kamal Affendi datang bersama-sama anggota polis ke lokasi kejadian, Zahedi berkata, siasatan masih dilakukan.

“Kita akan menyiasat dari pelbagai sudut termasuk mengambil keterangan daripadanya bagi membantu siasatan,” katanya.


Sumber dari : Harian Metro

Good Leader or Good Manager?

Apa yang aku nak luahkan ni adalah berdasarkan pemerhatian aku.Manusia banyak ragam tambah lagi bila di berikan kuasa dan dilantik jadi leader.Leader dan Manager is two different thing.Tak semua orang boleh jadi good leader dan tak semua orang juga boleh jadi good manager.Good leader does not mean a good manager and good manager is always not a good leader.Korang nampak tak apa yang cuba aku sampaikan?

Manager with  leadership quality = Leader with strong management skills 

Ini yang susah dapat dalam mana-mana organisasi.Ada good manager,kerja memang tip top tapi staff bawahan menderita dan hari-hari doa dia kena heart attac.

Ada good leader,sangat dekat dihati staff-staff tapi management skills hancur,boleh lead the team,tapi kadang-kadang lead to no where.

Jadi kena ada balance.Manager perlu ada leadership quality,dan leader pun kena ada strong management skills.Baru lah owner atau big boss tersenyum riang...

Anda bagaimana???

Nota kaki : Terima kasih sebab baca

Wednesday, July 6, 2011

Hari ni Bulan Bulat...Esok Bulan Kemek

Baru lepas sembang dengan Operation Manager of Food and Beverage.Sesi luahan hati sebab banyak function dia hick up.Aku cakap kat dia,sabar la..biasa la kena taruk sket -sket ngan GM.Trying to understand his situation yang kekurangan staff.Dia pun cakap kat aku.."I tak kisah kena taruk everyday in morning briefing pun...
Biasa la kan Ini Hari Bulan Bulat depan kita punya muka,esok dia boleh jadi Kemek ma...whut to do..Accept the fact la.."

Best kan perbahasa dia??

Tuesday, July 5, 2011

Public Transpot...

Aku guna public transport setiap minggu kalau aku kat KL untuk pegi Shah Alam.Aku nak kongsi pengalaman aku guna public transport..Malas nak drive.Aku tiap minggu turun KL every Friday.Kelas aku Jumaat petang dan Sabtu dari pagi sampai petang.Macam biasa akan stay kat Bandar Baru Sentul,umah adik aku.Bila abis kelas hari Jumaat tu aku akan paksa Nazry,coursemate aku antar sampai Putra Asia Jaya..then tukar naik STAR sampai Sentul Timur.Biasala,Jumaat kan penat coz travel dari Kuantan pastu terus pegi kelas,malam tu for sure flat..standard la kalau terlajak sampai Gombak pastu patah balik...Putra dan Star setakat ni okey la bagi aku.Sabtu pagi aku kena pegi kelas lagi,kali ni aku naik bas plak dari CM.U81 nombor bas tu.
  Pahit manis bersama bas U81.
  • Drebar bas bajet pilot..rasa macam naik flight je pegi Shah Alam.Laju tak henggat
  • Berebut-berebut ngan orang Indon,Bangla dan Nepal yang keluar mencari rezeki di pagi hari...Rasa macam internasionale...
  • Bila polis buat spot check,tinggal aku ngan drebar bas ngan mak cik keja SIRIM je dalam bas tu...tu pun polis mintak pasport aku..kejadah nye?
  • Dapat tengok Mat Nepal yang feeling Arjun Rampal..
  • Pernah gak rasa duduk tepi jalan coz bas tayar pecah
  • Selalu tido dalam bas,bila jaga rasa sumer tengah pandang kat aku..aku berdengkur kot??
  • Penah gak berdiri dari KL sampai Shah Alam...sebab  ada Mat Indon buat-buat tido tak nak bagi seat kat aku.
Hala balik aku akan guna komuter,sebab senang bagi aku turun kat hentian Putra then terus cari tiket bas balik,normally aku beli tiket pegi Kemaman,so aku turun je kat Sg Ular tu.Tak yah la laki aku turun Kuantan pegi ambik aku pulak kan.Komuter memang aku tak suker tapi aku takde pilihan melainkan aku paksa si Nazry antar aku pegi Asia Jaya jugak...tapi ianya pasti disertakan bersama rokok Dunhill sebagai upah.

Sebab aku tak suker komuter :
  • Ada koc wanita,tapi penuh jer ngan Mat Indon,Nepal dan Bangla.
  • Aku penah hampir tak bernyawa sebab bau ketiak Nepal.Nak abis minyak cak kapak aku tenyeh kat idung.
  • Rasa macam naik ketapi kat India.
  • Kadang-kadang dia laju macam roller coaster
Kalau sapa-sapa orang Kuantan,mesti diaorang tahu Bas Sihat,tak pun bas Mira.Ni bas dari Kuantan pegi Kemaman.Sebab aku dok kat area Cherating,jadi secara tak langsung bas ni jugak menjadi kenaikan aku untuk pegi Kuantan kalau nak ke KL.Condition bas ni...masya Allah...boleh pecah lemak dan menyebabkan gegaran otak..denggg I've got no choice.Agak menjengkelkan la sebab kawasan ni kawasan pelancongan...

Kawan-kawan aku selalu cakap,kenapa suka naik public transport?Kan ada keta,drive je lah...But actually,I enjoy doing it...tak salah rasa susah sesekali,lebih menginsafkan kita.....
.Ini la rupa Bas Sihat...Sihat kan?
 

Monday, July 4, 2011

Happy Birthday Soulmate...

Huh..apa punya bini kan...dah sekerat hari habis baru nak wish besday kat laki.Bukan lupa..mana leh lupa,kan orang pompuan ni sangat ambik berat hal-hal tarikh ni..pantang lupa mau sentap seminggu.Pastu ungkit2..Tapi aku bukan begitu.Kadang2 aku rasa macam aku ni a man who trapped in woman body...hal-hal kewanitaan amatlah menjengkelkan aku contohnya,pakai eyeshadow,blusher,lipstick dan juga shoping (yang ni tipu).Pagi-pagi aku bukak fesbuk laki aku,kunun nak wish besday kat FB,biar orang kata aku ni bini penyayang,yang kalau boleh nak bagi tau satu donia hari ni besday laki dia..tapi aku tengok kat fesbuk dia ada orang wish dah...siap tuju lagu SELAMAT ULANG TAHUN SAYANG tuhhhhh.Tapi bukan dari binik dia,ini dari binik orang lain...SENTAP???ehh tak la.Kawan2 kan patut sayang menyayang...Kena la open minded sket,baru la orang kota....lagi pun laki ni hanya pinjaman kalau tak diambil orang,satu hari pasti akan diambil Tuhan..wat pe la nak gegado pasal benda kecik.Anggap je la lagu tu je yang dia bleh pikir nak tuju kat chenta hati aku.Takpe,aku buat satu entry untuk wish besday buat laki terchenta...biarlah dia tak baca pun,sebab dia tak tau aku ada blog....

For you my soulmate:
Happy Birthday.Semoga dilindungi,dirahmati&dikasihi Allah sentiasa.Semoga Allah juga permudahkan segala urusan kita,kekalkan kebahagiaan kita dan kuatkan kasih sayang antara kita.I love you unconditionally.

Bahana Fesbuk...Soru Sudah Miss!

Kebanyakan dari kita ada Facebook.Aku pun ada fesbuk gak,tapi sejak-sejak opis aku ni block fesbuk,kira aku tak aktif sangat la.Lagipun aku baru terminate broadband yang cemharemm,maka kat umah pun aku tak online.Dulu aku gila fesbuk,sket-sket nak hapdet status,tak puas ati ngan orang jer shout kat FB,sakit pening sumer la...pastu rasa bahagia bila ada orang like dan komen.But now,sejak tak leh online dari opis ni,rasa ghairah nak update status pun kureng..bukak fesbuk pun seminggu sekali,kalau dulu internet down kat opis rasa cam nak menggelupur coz tak leh bukak fesbuk.Giler keji perangai....

Napa aku citer pasal fesbuk?Sebab ada salah seorang dari kami kena tindakan kerana mencerca guest kat FB dia.Tu la kan,cakap siang pandang-pandang,cakap malam dengar-dengar..kan dah kena.Kot la nak luahkan perasaan tak puas ati pun,tolonglah sorokkan identiti orang yang ko tak puas ati tu...FB ni kan open,akhirnya sampai jugak kat guest yang ko maki tu.Lagi parah bila ada fesbuk,boss ko jadi kawan ko...kan ke kantoiii.
Len kali kalau nak sangat berkawan ngan boss ke kawan opis ke,buat la satu akaun lain...dalam tu ayat sumer kena la suci murni...contoh nya ,saya sayang boss saya,saya rasa dia hensem sangat macam Aaron Aziz...biarlah bos tu muka cam tenuk sekalipun....bos pun insan biasa jugak...suka dan bangga bila dipuji dan dipuja.Even kawan satu opis pun,bukan sumer suka kau kan.Depan kau,pijak khinzir pun tak mati,belakang jangan kata khinzir..gajah pun boleh maut....so hati-hati lah.Sekadar ingatan pada diri sendiri jugak.Sebab musuh kita kadang kala adalah orang yang paling rapat dengan kita....

Friday, July 1, 2011

Tabahlah Noormawati Mohd Rasif

Aku copy paste dari Ben Ashaari pasal kisah sedih dan pengorbanan sebuah keluarga kepada insan yang mereka sayangi.Aku harap siapa yang baca ni,dapat lah bantu mereka untuk meringankan beban.hari ni hari diaorang esok-esok hari kita siapa tahu kan.....

Disalin dari TRIGYY

Hari nie ada special entry sikit...Aku sendiri tak tau nak start dari mana dan nak start macamana..
Kalau korang perasan sorang blogger nie.. nama dia Moon.. dia antara kawan yang terapat dengan aku.. dan kalau korang follow blog Moon.. korang mesti tau masalah yang dia dan keluarga tengah hadapi sekarang.. Sebenarnya Moon dah puas fikir panjang samada nak buat benda ni atau tak perlu... so sebagai kawan, aku rasa takde salah pon kalau Moon nak teruskan niat dia.. yang penting dia tau niat dia ikhlas...
-Norma-
Adik ipar Moon menderita menghidap cancer... memula aku dapat tau.. aku pon macam terkejut jugak.. sebab adik ipar moon nie baru jugak kahwin.. lepas tu mengandung.. dan Alhamdulilah selamat melahirkan bayi lelaki yang comel dan sihat.. kita panggil je dia Norma ye.. so, selepas Norma melahirkan anak pertama dia tetiba jatuh sakit.. aku ingat lagi masa tu Moon kata ingatkan penyakit misteri.. siapa tak sedih? orang lain selepas melahirkan anak, gembira menyambut kehadiran orang baru.. lagi-lagi anak pertama.. buat yang ada pengalaman manisnya memeluk anak pertama mesti faham bahagianya rasa tu..
-Norma bersama Rafiq-
tapi Norma tidak menerima nasib sebegitu.. selepas je bersalin Norma stay di rumah Moon.. nasib ada kakak ipar dan abang ipar yang penyayang, prihatin dan mengambil berat.. Moon lah yang menguruskan anak Norma yang bernama Rafiq. bila pegi hospital, buat check up semua.. barulah tau yang Norma sebenarnya menghidap cancer.. sebak mengenangkan nasib Rafiq yang baru lahir tapi tak sempat merasa belaian seorang ibu.. tak sempat merasa susu ibu.. ok aku sebak. hmmmmm..
Suami Norma, Talib ke hulu ke hilir menguruskan isteri yang terlantar sakit.. aku tak boleh bayangkan bila Moon selalu datang melawat Norma sambil bawak Rafiq... Norma hanya mampu pandang tak mampu membelai bayi kecil itu.. tabahnya Talib suami Norma.. hanya Tuhan yang tau apa ada di hati Talib.. apa ada di hati Norma saat melihat Rafiq..
-siapa sangka selepas setahun perkahwinan, dikurniakan cahaya mata dan bermula sebuah penderitaan-
-Talib sentiasa ada disisi isteri-
Dugaan bertimpa-timpa.. sampai Talib pon aku tengok dah susut sangat badan dia.. condition Norma plak tak menentu.. kadang lepas operation dia ok.. kadang dia tak ok.. hati mana lah yang sanggup tengok penderitaan ditanggung mereka..
-Talib bersama Rafiq-
-tangan Norma yang lebam-
-gambar terkini baby Rafiq-
Moon dan suaminya Sutan ni aku kenal dah lama.. diorang baik dan lembut.. aku tau Moon malu, Talib malu nak mintak tolong aku buatkan entry nie.. tapi berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.. dalam serba salah tu aku rasa tak pelah Moon, kita usaha je..
kepada sesiapa di luar sana yang rasa ingin sama-sama mengurangkan beban Talib.. korang boleh buat sumbangan ikhlas.
cimb
01070068677528
Noormawati Mohd Rasif
aku rasa ramai yang nak membantu, cuma tak tau cara.. ini tiada paksaan langsung.. tak kira lah kalau kita mampu nak derma RM5 sekalipon, janji ikhlas..kalau ada sikit-sikit sumbangan ikhlas dari korang utk Norma, InsyaAllah duit tu akan keluarga dia gunakan untuk kos rawatan Norma yang menelan belanja ribuan ringgit.. baru-baru nie kos untuk injection je dah menelan belanja 10K.. sumbangan tu juga akan digunakan utk bayaran ambulans.. kos untuk beli susu untuk Norma minum.. dan mungkin selepas ni keluarga Moon akan ikhtiar perubatan-perubatan lain yang dah tentu memerlukan belanja.
Moon malu nak buat benda ni actually.. nampak macam meminta-minta..tapi yang penting niat demi untuk membantu Talib dan anak dia Rafiq, maka Moon dan Sutan terpaksa tolak perasaan malu ke tepi..lagipon aku rasa tak salah kot.. bukan paksaan.. kot-kot korang ada rasa nak bersedekah boleh lah bantu-bantu ringankan beban orang yang dalam kesusahan..
hanya Tuhan yang dapat membalas jasa murni atas sumbangan ikhlas korang.. Sama-sama kita doakan semoga keluarga Talib dilindungi Allah dan semoga Norma cepat sembuh supaya dia berpeluang melihat Rafiq membesar di depan mata dan dapat mencurah kasih sayang buat suaminya Talib... Amin....

TOTALLY COPY & PASTE dari KasihAleeya