Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Wednesday, December 12, 2012

Pilihan Episod 2

Eceh..ko ingat drama Adam dan Hawa nak ada episod bagai?Masa aku taip entry semalam aku macam loss.Lost world of Tambun kekdahnya!Seriously aku sedih kot anak kenit tu pandai pikir sampai macam tu sekali.Punya nak jimat susu,sebab x mo aku kerja sampai lewat malam sebab nak belikan dia susu.Paling aku sedih dia cakap "Armand nak Mummy balik cepat"..Aduhai anak..kalau lah tempat tu company mummy sendiri,harus mummy work from home je...

Tapi adalah sesetengah komen kat FB (oh ye aku up status kat FB pasal ni)komen kata mummy tak yah la nak kerja teruk sangat,kesian anak..oh well..aku tanya balik,kita ada pilihan kah kalau kita bekerja dengan orang?Yes  memang kerja 9-5,tapi dengan tanggungjawab yang dipikul boleh ke aku sewenag-wenang balik pukul 5 sedangkan staff masih pulun wat kerja sebab nak kejar dateline?Contoh yang tak baik kan?

Aku ni kerja kat hotel,aku jaga banyak property,report macam-macam bos mintak,dengan company punya hala tuju lagi,strategic planning lagi,audit issues lagi,staff resign lagi..oh my!Aku memang suka kerja aku,aku suka stress level yang tinggi,tapi itu lah,bila anak mula mengomel,aku mungkin terpaksa pikirkan cara lain.

Aku nak habiskan Master aku cepat-cepat.Aku nak tengok apa aku boleh buat,maybe aku consider part time lecturing je kot.Sambil tu buat la biz apa  yang patut.Itu lah option yang aku ada sekarang.

Hari tu kau tengok cite Janji Jujur Sepi lakonan Beto Kushairi.Aku memang minat mamat ni,aku rasa dia ada potensi besar as an actor.Bersahaja,comel dan jadi jahat pun amatlah menjadi.Aku rasalah kan,kalau dia jadi Johan dalam Adam dan Hawa maybe kurang sket perasaan benci aku kat Johan tu.Mamat yang bawak watak Johan tu sangat la plastik.Ain pula asik la terpejam-pejam mata kalau bercakap.Apa yang feeling sangat tah.Tetiba emo..

Ok.Bai

Tuesday, December 11, 2012

Pilihan.

Okey..memang dah lama tak taip entry.tak de alasan baru..masih yang klise..aku bizi.
Semalam aku balik lambat lagi dari kerja.Aku memang tak de pilihan,aku kalau boleh memang nak balik se awal jam 5 petang,tapi sebab  tanggungjawab yang dipikul adalah amanah,like it or not aku terpaksa stay menyiapkan kerja yang bos aku hendak.Aku dah mintak adik bongsu aku ambik Armand kat school sebab aku dah boleh jangka aku akan lambat.

Balik from office dah pukul 8 malam,sib baik la jalan tak jem dapat la sampai sebelum 8.30.Armand sambut aku dengan hepi sebab dia dah sepahkan satu rumah.Aku diamkan je lah sebab tak kuasa nak marah2.Dia mintak pasang Upin Ipin,aku pasangkan la kat dia.Dalam kol 9 lebih camtu aku tanya dia,nak susu tak,dia kata tak mo.Aku tanya lagi kenapa tak nak minum susu..dia pandang aku,Armand takut susu habis,nanti mummy kena kerja sampai malam-malam sebab nak beli susu Armand,Armand nak mummy balik cepat.I AM SPEECHLESS.Aku tau dia memang kisah kalau aku lambat balik,tapi sampai tak nak minum susu sebab punca aku balik lambat ialah kerana nak cari duit beli susu dia.

tu je lah nak cite pun.nanti sambung lagi.