Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Wednesday, December 12, 2012

Pilihan Episod 2

Eceh..ko ingat drama Adam dan Hawa nak ada episod bagai?Masa aku taip entry semalam aku macam loss.Lost world of Tambun kekdahnya!Seriously aku sedih kot anak kenit tu pandai pikir sampai macam tu sekali.Punya nak jimat susu,sebab x mo aku kerja sampai lewat malam sebab nak belikan dia susu.Paling aku sedih dia cakap "Armand nak Mummy balik cepat"..Aduhai anak..kalau lah tempat tu company mummy sendiri,harus mummy work from home je...

Tapi adalah sesetengah komen kat FB (oh ye aku up status kat FB pasal ni)komen kata mummy tak yah la nak kerja teruk sangat,kesian anak..oh well..aku tanya balik,kita ada pilihan kah kalau kita bekerja dengan orang?Yes  memang kerja 9-5,tapi dengan tanggungjawab yang dipikul boleh ke aku sewenag-wenang balik pukul 5 sedangkan staff masih pulun wat kerja sebab nak kejar dateline?Contoh yang tak baik kan?

Aku ni kerja kat hotel,aku jaga banyak property,report macam-macam bos mintak,dengan company punya hala tuju lagi,strategic planning lagi,audit issues lagi,staff resign lagi..oh my!Aku memang suka kerja aku,aku suka stress level yang tinggi,tapi itu lah,bila anak mula mengomel,aku mungkin terpaksa pikirkan cara lain.

Aku nak habiskan Master aku cepat-cepat.Aku nak tengok apa aku boleh buat,maybe aku consider part time lecturing je kot.Sambil tu buat la biz apa  yang patut.Itu lah option yang aku ada sekarang.

Hari tu kau tengok cite Janji Jujur Sepi lakonan Beto Kushairi.Aku memang minat mamat ni,aku rasa dia ada potensi besar as an actor.Bersahaja,comel dan jadi jahat pun amatlah menjadi.Aku rasalah kan,kalau dia jadi Johan dalam Adam dan Hawa maybe kurang sket perasaan benci aku kat Johan tu.Mamat yang bawak watak Johan tu sangat la plastik.Ain pula asik la terpejam-pejam mata kalau bercakap.Apa yang feeling sangat tah.Tetiba emo..

Ok.Bai

Tuesday, December 11, 2012

Pilihan.

Okey..memang dah lama tak taip entry.tak de alasan baru..masih yang klise..aku bizi.
Semalam aku balik lambat lagi dari kerja.Aku memang tak de pilihan,aku kalau boleh memang nak balik se awal jam 5 petang,tapi sebab  tanggungjawab yang dipikul adalah amanah,like it or not aku terpaksa stay menyiapkan kerja yang bos aku hendak.Aku dah mintak adik bongsu aku ambik Armand kat school sebab aku dah boleh jangka aku akan lambat.

Balik from office dah pukul 8 malam,sib baik la jalan tak jem dapat la sampai sebelum 8.30.Armand sambut aku dengan hepi sebab dia dah sepahkan satu rumah.Aku diamkan je lah sebab tak kuasa nak marah2.Dia mintak pasang Upin Ipin,aku pasangkan la kat dia.Dalam kol 9 lebih camtu aku tanya dia,nak susu tak,dia kata tak mo.Aku tanya lagi kenapa tak nak minum susu..dia pandang aku,Armand takut susu habis,nanti mummy kena kerja sampai malam-malam sebab nak beli susu Armand,Armand nak mummy balik cepat.I AM SPEECHLESS.Aku tau dia memang kisah kalau aku lambat balik,tapi sampai tak nak minum susu sebab punca aku balik lambat ialah kerana nak cari duit beli susu dia.

tu je lah nak cite pun.nanti sambung lagi.

Tuesday, October 30, 2012

Raya Haji & Aku

Hari Raya Haji baru ni aku balik beraya kat Sik.Kampung laki aku.Best sebab raya puasa hari tu tak balik,aku je balik Kuantan coz Chef Lan kerja.Tapi this time Chef dalam tempoh menghabiskan cuti tahunan sebab dah resign dari hotel sebelum ni untuk join Resort kat PD maka marilah enjoy di raya Aidil Adha.Aku pulak tanggungjawab makin bertambah,jaga 8 property bukan la kerja yang mudah,bos pulak singa jugak so susah nak pergi cuti.Tapi aku manage jugak cuti start dari hari Rabu 24/10 sampai la Ahad 28/10.Sakan..Raya Haji je pun...

Maka bertolak lah kami sekeluarga ke Sik hari Rabu tu.Lancar ya amat jalan...ye lah aku je terlebih semangat nak beraya.Sememangnya kepulangan yang di nanti lah..anak mak balik kan....*mata keatas*.Elok sampai,ujan lebat ya ampunnn..maka dihidangkan pula dengan air kopi kampung kaw serve with lempeng kelapa.Sorgaaaa......Nothing much balik kampung mata aku otomatik kol 9 dah mengantuk tak de tahap.Maka acara pasang khemah pun berlangsung.Khemah ni refers to kelambu haha..anak aku ler..Mommy nak tido dalam khemah...Kesian ko nak!

Hari Raya bagi family laki aku ni biasa2.Awal laki bangun,siap2 pegi masjid ngan Armand and Tok Wan.Maka aku mati kutu la kat umah.Ipar duai ada,tapi tu lah,masalah komunikasi tetap wujud.Aku walau bertahun dok Arau,pastu Penang lagi..cakap utara memang luluih tapi bila balik Sik aku surrender.Sebab bahasa mereka adalah pelik ok..Penat mak mertua aku ejas lidah nak cakap KL.Same goes to adik ipar and kakar ipar sekalian.Jadi bagi mengelakkan mereka tersiksa jiwa raga,biarlah aku diam.Tolong apa2 yang patut kat dapur pastu layan TV.Tetiba citer kat Astro Prima sedap sangat...padahal recycle 1000x dah.

Balik from masjid,siap2 pegi beraya umah Tok and pastu umah besan mak mertua aku.makan daging selamba sampai sakit gigi coz byk lekat celah gigi..nak korek kang terkejut lak ibu mertua.pendam je lah.One thing,aku dapat makan ketupat inti kacang...double sorga!Sedap giler kot Tok buat.Lepas tu balik umah sambung membuta.Anak aku tottaly jadi kampung boy..tah hutan mana dia merayap ikut cousin2 dia.Biarlah,kang kot jadi budak bandar yang mengada..terus dibenci sedara mara..

Raya kedua..kami buat korban.Sekali lagi laki aku,Armand and bapak mertua pegi.Saja nak exposed Armand ngan semua ni.Biarlah dia belajar.Chef Lan kata byk pacat gigit dia wat dek jer...gud boy!Dia tengok from the begining right till the end.Balik from acara korban,Chef masak nasi daging,daging kandar n dalca.Tulang,perut rebus makan ngan air lawa...Sorga berganda!Maka aku telann ubat darah tinggi sebagai persiapan...Alhamdulillah tak de pape.

Malam ada acara BBQ kat umah kakak sulung.So aku bajet BBQ pakai jeans ngan tshirt sudh la kan.Dalam aku nak bersiap tu aku tgk kakak n adik ipar aku pakat iron baju kurung.I was like WHATTTT???berbaju kurung di majlis BBQ?Orang gomen datang hotel pun tak wat camtu tahu?Pelan2 aku pun tarik la baju kurung jugak.Maka berbaju kurunglah aku dimalam iteww..ko mampu??maaf tak de gambar di hari kejadian.

huh penat woh type...Raya ketiga balik KL.Gerak from Sik pukul 10 pagi sampai pukul 10 malam.macam nak berlinang air mata bawak keta.Giler boring sbb bumper to bumper..silap percaturan cium bontot keta orang.

Maka itulah Hari Raya aku...

Ps:Korangg pernah dengar tak resign ala volunteer???kakakakaka...Oh My English sungguh!kalau melayu tu buat la cara melayu,report dalam BM pun aku paham...


Wednesday, October 3, 2012

Kita adalah apa yang kita cakap..

Hai readers...Hi Farah,Has(baru tau korang baca blog I..haha..sumpah malu!).Erm by the way Farah ngan Has tu ex-staff kat BGRC.Tetiba rindu Kuantan..rindu suasana kehidupan di Kuantan.Tempat jatuh lagi dikenang ye dak...ni pulak tempat melanun!

Sorry sangatttt lama tak hapdet..(macam la orang baca sangat)aku bizi dengan duniawi,kerjawi,familiwi dan wiwiwiwi...alasan kan?Aku syak aku alami writers block ataupun aku terikat dengan cara menulis formal sampaikan aku rasa aku bukan aku bila tulis kat blog.Percayalah sapa kenal aku personally diaorang tau yang aku bukan la manusia formal.Aku manusia gila sebenarnya.

Okey kita pulang ke pangkal jalan,ke tajuk asal kita adalah apa yang kita cakap.Bukan apa kekadang kita ni tak sedar,dari cakap kita tu lah orang judge kita.Sebab tu ada phrase cakap tak serupa bikin kan.Aku tengok kat FB,malas cerita lah bab orang lain,aku pun selalu buat..luahan hati,caci maki,kutuk and yes aku admit that we need medium to release whatever yang stuck dalam palaotak kita.Tapi tulakan kadang tu tak sedar termaki,terkutuk semua yang negatif which will lead to people judging us.Dulu...dulu masa darah tengah panas,tengah agressive aku memang vocal.Aku cakap ikut sedap aku,orang semua salah,aku je betulnya.Nama nak mengalah..erm kirim salam.

Akan tetapi..faktor usia kot,aku mula fikir sebelum cakap.Aku dah tak selantang dulu.Kalau bab kerja pun aku seboleh tak mau raise issue dalam meeting.Aku akan cuba gak wat settle kat luar,dengan orang yang terlibat,coz sometimes aku nampak dalam meeting ni kadang tu cuba nak kenakan orang dan tonjolkan diri.Sometimes...

Macam tak best lak citer pasal ni..jom citer pasal aku plak.Aku bagi dalam bentuk point la ek

1.Dah almost one year jadi orang KL.Keja dah stabil,aku tak pikir nak resign pun.Unless kalau diaorang yang tak nak aku.

2.Anak aku dah makin ok kat sekolah,no more drama.Tapi jangan harap la dia nak mandi pagi.Kena pulak aku beli bath tissue tu lap badan pagi2.Aku bukan tak nak paksa dia mandi,ends up melalak pagi2 bikin aku stress dan the whole apartment akan dengar suara aku...slow2 lah!

3.Aku dah kembali ke angkal jalan wat routine check up untuk sugar ngan bp aku.Jaga byk property ni bikin darah naik tak turun2.

4.Wiiii aku dah proceed ngan data collection...aku nak naik pentas ambik Master tahun depan.Moga dipermudahkan jalan...

5.Aku tak update blog sebab aku super bz.Betul ni.Aku tak tipu.Ni pun kat opis lagi

6.Byk nak citer tapi tu lah...aku kn writers block!Sebab byk sgt tgk nombor.Aci tak aku update nombor je?




Gambar terbaru aku masa staff party..profile picture aku kat FB.Motif???Perasan lawa...hahahahaha!

Wednesday, July 25, 2012

Anak,Gadget dan Anda....

Tajuk macam ilmiah..
Tapi yang aku nak share di sini ialah sekarang aku dah mula rasa tersisih sebab Armand dah tak heran kat aku.Why?sebab dia ada kegilaan baru..main game kat henpon aku.Dah la baru beli,henpon tu jadi macam hak milik dia sekarang ni.Tak dapat enpon laptop lak jadi mangsa.Tak dapat dua-dua aku jadi mangsa..bernanah telinga dengar dia jerit...Hai la anak!


Meibi korang akan kata,ajar la lagi anak ngan gadjet,bila anak wat tak tahu mula la sentap bawak diri pegi kedai bawah...aku lettew!Sesengguhnya,aku tak pernah ajar anak aku bab game2 ke apa.Serius,Armand sorang budak yang tak suka mainan pada mula nya.Jadi kupikirkan gadget pun dia tak layan.Aku tak pernah abiskan duit beli mainan kat dia,dia pun tak pernah mintak.Dia main hanger,sepit baju,minyak rambut papa dia,sabun dan akan berusaha menterbalik kan rumah dengan apa cara sekalipun but not with mainan.Dari penyepit  baju tu lah dia buat kereta,motor,enpon ikut creativity dia, tudung saji aku dia dok dalam tu and pusing2 kan diri,laundry basket aku dia tolak satu rumah,tu je lah pun cara dia hiburkan hati dia dan sakitkan hati aku.Cuma dia tak leh menahan kalau tengok bola,dia tendang bola satu rumah,sampai tahap aku rasa nak letupkan bola tu.


Tapi laki aku,dia la suka tunjuk game kat enpon dia kat Armand sebagai salah satu tools nak soh budak tu dok diam.Enpon aku mmg tak de game coz aku ada satu jenis gila kalau main game..menggelupur and gelabah tak tentu pasal.Body reflect aku sgt menjengkelkan kalau aku main game,so dari aku malukan diri kat khalayak ramai better not.Start dari situ dia dah pandai nak main game kat enpon,pastu tengok plak si Adib main game kat laptop,ehh advance setapak lagi.Mula la berebut laptop ngan aku time aku nak wat assignment.Selama ni dia kerjakan enpon papa dia dan laptop aku.


Bila aku beli phone baru,dia dok tanya-tanya aku ada game tak?aku cakap tak de,enpon mami mana ada game.So fine la..tak layan la enpon aku...akan tetapi,masa nak balik Kedah itu hari,laki aku ambik enpon baru aku dan start main game.Armand pun cakap kat aku,ooo enpon mami ada engy bird!Aku tak pernah ajar dia main angry bird tapi dia dengan selamba main dengan jayanya.So enpon tukar strata..pindah hak milik.Tensi mak,dah la touch screen,ngan hingus segala melekat kat screen enpon baru aku.


So sekarang bila aku balik kerja,kalau dia dah sampai rumah dulu,dia sambut aku mcm biasa tetapi dengan pertanyaan mana enpon mami????Sentap hati mak nakkkk*tangan di dada mata ke atas*


Jadi..sila lah rasa terbuang sekarang!


Btw anak aku tu baru umur 3 tahun setengah.....

Friday, July 20, 2012

Selamat Datang Ramadhan..


Salam Ramadhan untuk semua.Dengan rendah hati saya memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan samada sedar ataupun tidak,diharapkan Ramadhan ini menjadi yang terbaik buat kita dan semoga kita semua diberkati,dikasihi dan di berkati Allah sentiasa.Amin...Selamat Menjalani Ibadah Puasa! :-))
 ·  · 8 minutes ago near Kuala Lumpur · 



Status update di FB.Untuk kawan2 yang baca blog ni,aku ucapkan yang sama buat kalian.



H.A.T.I

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. ( Al anfal :2 )


Kemain lagi ustazah pilihan lah sangat*sambil betulkan tudung labuh ke perut*


Bila bercakap soal hati ni,memang manusia tak kan dapat lari dari berburuk sangka,berbusuk hati semasa insan.Nama pun manusia,yang tak perfect ye dak?Tapi tu lah kan,dalam sedar tak sedar kadang-kadang kita ni selalu sangat nak buruk sangka ngan orang without knowing the real fact.err dapat tak apa yang aku cuba sampaikan?aku fail bab explain2 ni.


Antara contoh2 penyakit hati ialah,tak leh tengok orang lebih dari kita.Mula akal panjang nak kondem orang.Sebab?Mungkin kita tak dapat apa yang orang tu ada.Rezeki masing2 beb,dah kalau memang Allah bagi dia rezeki lebih,kita ni cuba lah usaha lagi nak capai macam apa yang diaorang ada.


Tetapi...ada tapi dia!macam aku cakap kita ni tak sempurna sifatnya.Ye lah,kalau dah Allah bagi kita rezeki lebih,aku tak nampak kat mana point nya kita perlu tunjuk2 kat orang.Contoh...ni contoh ye,aku pergi shopping kain baju,baju aku baju anak,baju laki..perlu ke aku tulis kat blog tayang berapa harga aku spend untuk barang-barang tu semua?Macam tu jugak kalau pergi beli barang keperluan rumah?..Yes, blog masing2,buat la suka ati pun,tapi apa pandangan orang yang baca?Apa sebenarnya tujuan kita?I dont see any point there.And kalau kita bersedekah pun,perlu ke kita bercerita seluruh alam yang kita baru je sedekah?


Aku ada kawan,kawan lama dari zaman ITM lagi.Masa belajar dulu,nasib dia lebih baik dari aku,I mean dari segi financially.Mak abah aku bukan orang senang,so aku ni masuk dalam kategori sederhana.Makan pun kat Dewan Makan je,hadaplah ayam busuk kari ikan jaket,tapi tak pe aku dapat jugak grad dengan jayanya.So kawan aku ni selalulah belanja aku makan,dia jenis tak kenal lauk Dewan Makan,jadi ke cafe lah dia hari2.So bila dia ada duit lebih,dia nanti beli nasi lauk ayam kat aku.Time tu ada RM 3.50 tu mewah sangat dah.


Allah tu akan sentiasa uji hamba dia,aku lost contact ngan dia since kami graduate in 1996.Aku betul2 tak dengar khabar berita,sampai la baru2 ni dia dapat cari aku kat FB.Dari situ kitaorang start in touch balik dan aku dengar semua kisah sedih dia.Hilang suami dan harta dalam sekelip mata,kena cerai coz hubby gila pompuan lain.Anak2 ngan dia,dan dia sampai hilang arah hidup sebab kena cerai.Dia berhenti kerja lama,coz husband (time tu) suruh jaga anak.


Dah Allah tetapkan kami jumpa balik,dia dah pun kawen baru,but still ada je masalah ngan laki baru ni,aku ambik dia kerja kat tempat aku.Reporting to me,jadi staff aku.Aku pikir anak-anak dia,bila dia kerja dapatlah dia sara anak dia.Itu je pun yang aku boleh tolong.Gaji pun tak banyak,tapi setakat tu je yang aku boleh tolong.Aku sebenarnya banyak kecik ati ngan dia,dulu...tapi aku tak pernah lupa yang dia selalu bagi aku makan di saat aku kering,pokai dan tak lalu nak makan nasi kat Dewan Makan.Itu yang paling aku ingat!Apa yang dia pernah kutuk,kata aku dulu-dulu aku halal kan.We are not perfect...masing2 ada penyakit HATI.


To my fren,N terima kasih atas budi baik kau dulu,aku tak mampu nak tolong kau banyak,ini je yang aku mampu tolong untuk kau besarkan anak kau.Cari balik keyakinan diri kau yang hampir hilang.Kerja elok-elok,jangan byk komplen sangat..haha..this is real world beb!Busuk hati,dengki,kutuk2 akan sentiasa mengelilingi kita.Bertahan dan pedulikan!




*Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak,maaf diatas segala ketelanjuran*Semoga Ramadhan ini menjadi yang terbaik buat kita semua.Amen....

Thursday, July 19, 2012

Research Proposal Defence and Makan2 Lunch for the last time


Kita mulakan dengan gambar lepas kenyang mencekik.Thanks to Nik's hubby tolong snap kan picture.Sorang tak de coz pergi tapau makanan untuk laki dia.

From left Linda(KLMU)Rossi(PoliJB)Addy(Insaniah UC),Aku ,Azhar(Poli Sabak Bernam)Along(Poli Sabak Bernam)Wana(Uitm Melaka)Nik(KLMU)and Izwan(KLMU jugak)See...kawan2 aku semua lecturer kan?Aku je dari industry,tapi tak pe kalian rockss bebeh...terutama time buat assignment last menet.

www.hazeleya.blogspot.com
Lokasi:Pak Su Corner Seksyen 16.

Gambar ni diambil sempena majlis lunch bersama-sama setelah merelakan diri di belasah oleh panel sewaktu pembentangan RP.Jadi faham2 bila muka tak berapa ceria makna nya teruk la kena taruk..haha.


Aku Erda n Zahar(Warga Emas)sebab kami hampir sebaya.Aku kata hampir bukan sebaya..dan aku lah paling muda antara diaorang berdua.Ok aku tipu!

Sedih jugak la bila ingatkan yang lepas ni masing2 susah nak jumpa dah.Dah sebelah kaki nak genggam scroll.No more weekend class lepas ni.Rindu weh,sebab masa ni lah baru otak aku betul-betul buat critical thinking.Nak buat PHD nampak gaya nya tidak lah kot,apa aku nak jadi?Aki bukan nak jadi lecturer pun.Aku sayang kerja aku sekarang.

But seriously.Aku sedih.Sebab tak de kelas lagi.



Sunday, July 8, 2012

Journey towards the end...Macam tak percaya..Rasa baru je interview nak buat Master

Hari ni 8 July 2012,last paper.macam aku tulis kat status fb aku..last paper...last paper!Paper SPSS.Sapa yang buat research mesti akan guna software ni untuk interpret data.Meh aku citer dari mula aku wat Master sampai nak abis dah perjalanan aku ni...


Masters..satu benda yang sebenarnya aku tak terfikir pun nak buat.Aku pun tak tau apa yang rasuk aku time tu,sampai aku boleh isi borang sambung master.Time tu aku keja kat Impiana Resort Cherating,baru je balik ke kampung halaman setelah beberapa tahun merantau.Aku ni jenis nak wat apa memang tak pikir panjang,redah jer,tak pikir dah baik buruk,kesan akibat,pengorbanan yang aku kena lalui untuk menggenggam segulung ijazah..kemain lagi ayat!Actually aku isi borang tu out of frustration.Konon ada master nanti aku nak jadi lecturer je,malas dah nak keja hotel.Malas nak balik malam hari,kerja tak tentu masa.


Bermulalah perjalanan aku berulang dari Cherating ke Shah Alam every week.Semester satu,kelas ada Sabtu & Ahad pagi,so lepas kelas hari Ahad aku cabut balik ke Cherating.Enjoy my first semester,even thou terkejut coz after 10 years leaving school,I decided to come back.Suasana yang sangat lain,classroom,facilities,maklumat di hujung jari,macam macam lah..
Dulu time aku Diploma & Degree,buat assignment pakai typewriter letrik lagi.Sapa ada PC time tu memang mak ayah kaya,sapa anak orang miskin sila berebut kat lab or guna je lah typewriter letrik.Sekarang ni nak wat assignment google scholar je...dapat info dan olah la baik2 agar tidak di tangkap kerana plagiarism.


Stress nya toksah cerita.Masa dari minggu ke minggu sangat super cepat.Balik dari kelas weekend,Isnin masuk kerja..sedar2 dah hari Rabu..bila dah Rabu mula gelabah sebab assignment tak siap lagi.Aku pernah buat assignment dalam bas express Kemaman-KL.Siap jugak...All you need is strong will power and ketabahan tahap dewa langit ke tujuh.Dalam pada stress tu,dapat plak better offer dari Genting Group.Masa ni aku dah masuk semester ke dua.Masa kat Impiana dulu aku dapat pelepasan hari Jumaat half day,Sabtu & Ahad cuti.Kat company baru,aku mmg half day Jumaat,Sabtu cuti and Ahad aku kerja.Timing cun plak tu,sem dua aku tak de kelas hari Ahad.Tapi kelas Jumaat,Sabtu pagi & petang.Disebabkan aku berulang dari Kijal,walaupun half day gerak kol satu,aku tak sempat sampai kelas Jumaat petang.Jadinya kena lah drop satu paper iaitu Organizational Behaviour.Kelas aku Sabtu pagi n petang.Dua paper sahaja.


Stress level aku makin naik,but not because of studies tapi hal kerja.Aku tak leh cope ngan kerja di Kijal.Performance aku drop,aku depress,aku di serang adjustment disorder.Aku totally useless..hidup dalam dunia aku sendiri.Aku pernah drive balik from Shah Alam to Cherating crying all the way.Hidup aku hampir musnah,anak dan suami terabai.Aku betul-betul asingkan diri dari diaorang.Armand sangat tidak rapat ngan aku,he is more to my mom and papa dia.Tapi aku langsung tak kisah,sebab aku bizi layan kesedihan aku.


Suami,nak kata dia sokong apa yang aku buat ni,aku nampak macam dia tak port.Tapi bila dah jadi sampai tahap macam ni,dia bwk aku jumpa doctor.Aku sebenarnya lalai dengan hidup.Aku pentingkan duniawi.Aku lupa tuhan.Aku abaikan perintah Allah.Sebab tu aku susah hati,gelisah.Doctor tu bagi aku ubat,and at the same time nasihat aku,kembali pada Allah.Susah hati baca Quran,itu ubat dia.Jiwa tak tenang,mengadu pada Allah.Alhamdulillah,aku beransur tenang,tapi aku perlu jugak keluar dari situ.Aku tak nak salahkan sapa2,pada aku,aku sendiri punca pada semua masalah tersebut


Cukup 6 bulan aku tukar kerja lagi,kali ni ke Bukit Gambang Resort City.Aku join company tu ngam2 aku nak abis semester 2.Kat situ aku dapat balik keyakinan aku.Kerja banyak tapi aku puas,nak kata seronok mana ada kerja fun ye dak?Selagi kau tak kerja sendiri selagi tu lah.Kebetulan masa aku join BGRC sistem cuti untuk pelajar Degree and Master diselaraskan,so cuti sangatlah lama..macam nak masuk 5 bulan,hampir aku lupa yang aku ni Master's student.Sampai camtu sekali lamanya...


Aku sebenarnya tak larat nak berulang every weekend ke Shah Alam.Aku nekad sebelum aku masuk semester 3,aku kena cari kerja kat KL.Kebetulan jugak laki aku dah tukar ke KL jugak,jadi semangat makin membara lah nak transfer ke KL jugak.Faktor lain ialah anak aku,yang sangat close ngan papa dia.Sakit budak tu tanggung rindu,sakit mak nya lagi...kekekkeke...Jadi cukup 6 bulan aku kat BGRC aku kembali ke KL.Aku roger boss lama n kebetulan mmg dia nak pakai Accountant,so rezeki aku lah.Masuk semester tiga aku dah pun bekerja kat KL.Gitulah sikit sebanyak perjalanan aku nak completekan Masters aku.


Sekarang dah hampir tiba ke penghujungnya,Alhamdulillah aku dapat jugak lalui semua ni.Tapi tak yah kira berapa banyak air mata mengalir,tak tido buat assignment,buat assignment dalam bas,lepak Mekdi sampai pagi buat kerja sekolah,but soon I'm going to miss the moments.Aku dan bunch of frens yang sangat luvly dan penuh dengan semangat setiakawan.


Addy,Izwan,Yana,Azhar,Rossi,Wana,Linda,Erda,Syahir & Nik I am grateful to have all of you as brother and sista.Akak doakan kejayaan akan mengiringi langkah kalian.


Err jom sambung PHD....hahahahaha


bai.

Wednesday, July 4, 2012

Di Penghujungnya

Hari ni Birthday hubby..
Aku dah nak abis study...dah ujung2 ni rasa sedih plak...Perlu ke sambung lagi...
Aku sibuk sangat..tu jarang update blog...
Banyak nak citer..nanti2 lah

Daaaaaaa~~~

Wednesday, May 30, 2012

Terkedu

Aku tak sihat.Aku mana pernah sihat pun sebenarnya.Tapi lately ni aku sakit belakang aku makin menjadi.Tambah ngan kebas kaki and off late ni sakit bahu bila bangun dari tido,bahu dan tengkuk.Bila aku follow up kat klinik dia kata aku stress,bagi aku Flanil sapu sampai pijar n ubat sakit urat.

Semalam aku bangun tido tapi aku almost jatuh balik.Sampai Armand kena tarik aku,pimpin bawak pegi living hall sebab dia nak tengok tv.Chef Lan tak de,night shift,tak sampai umah lagi jam tu.Aku nekad nak g check kat klinik kerajaan,walau aku tahu hazab nak tunggu,but at least they will check thoroughly.

Aku memang kurang rest lately ni,dah nak start antar Research Proposal,assignment belambak,keja opis bertimbun,so aku stress.Bila stress pola pemakanan aku pun berubah.Aku makan ikut tekak,lupa yang aku ni diabetis.So sugar n BP aku rise la...

Memula aku pegi Klinik Premier HUKM,dia tak ambik kes kalau takde referal letter.Boleh dia tanya aku,mana u tau u ada diabetis?Apa dia pikir aku ni main agak je ker,or suka2 nak ada kencing manis.So aku pasrah lantas membawa diri ke Bandar Tun Razak.Sampai kat sana aku disambut mesra oleh jururawat bertugas..kenapa datang sini??aku cakap saya nak jumpa doctor,saya tak sihat?ha??ha??apa ko pekak dik??Selepas aku tinggi suara sket dan bercakap campur bahasa omputeh,baru aku terima layanan yang sewajarnya.

Apa aku nak citer ni masa aku nak tunggu turn check bp level,nurse depan aku ni tanya kat kawan dia..
2 situasi..

Situasi 1

A:Kak,dia ni nama cina,kenapa dia ambik gambar pakai kopiah?
B:Dia masuk Islam la tu..
A:Kak,kalau dia masuk Islam..bangsa dia nak tulis apa..Cina ke Melayu???

senyap alam semesta...cuma aku macam WTH???Neraka apakah ini?kau tu NURSE kan?ok tak pe...

Situasi 2

masih orang yang sama...Nurse yang sama dan aku juga yang sama...

A:kak kalau orang India tu dia wargenegara ke?

aku yang dengar double WTH???aku di mana ni???

B:doh kalau ada IC tu wargenegara la.....

Aku boleh terima kalau soalan tu dari budak umur 12 tahun ke bawah...but not from working adult yang kerjanya merawat orang....

Sekian...aku yang sakit bertambah sakit adanya!


Wednesday, May 23, 2012

Al-Fatihah buat Norma

Aku pernah up entry pasal Norma dalam entry aku yang lepas.Norma is biras to MOON.
Dia menderita barah otak stage 4.Dia dah pergi meninggalkan kita hari ini.

Al Fatihah buat Norma,untuk Talib sekeluarga..tabahlah.Doakan agar kalian bersama kembali di Jannah.
Aku terkenangkan si kecil Rafiq yang telah kehilangan ibunya...

Sebak..tak boleh teruskan!

Al Fatihah

Monday, April 16, 2012

Ahmad Dhani & Triad-Sixty3 Club Sheraton KL

Aku memang die hard fans pemilik empayar hijau Mania-Ahmad Dhani.
Biarlah orang nak kata apa,pada aku dialah Indon paling kacak which equal to Makhluk Tuhan Paling Seksi.


Jadi peluang untuk aku tengok dia secara life in Kl memang sesuatu yang tak mungkin aku lepaskan,apatah lagi dengan tiket yang berharga cuma RM 50.Thanks to OH BULAN sebab aku tahu ada show Ahmad Dhani dari portal itu.Dan sebab aku percaya perkerja kontrak, bibik tak baca blog atau dengar Suria FM makanya malam tadi show disaksikan oleh 99.9% rakyat Malaysia.Aman banget....


Last aku tengok show Dewa masa aku kat Penang tahun 2007.Jelajah Dewa ngan Celcom.Tapi masa tu bergasak la ngan mamat Indon,siap ada gaduh2 lagi.Tapi aku dapat bawak balik Kompang Dewa 19.Jadinya show malam tadi aku sangat puas hati sebab Ahmad Dhani hanya beberapa inci sahaja dari aku.Gilerrr Melting!

To me Ahmad Dhani memang ada charisma & aura yang tersendiri.He look so sombong and shy when on stage.But that character la yang buat dia mahal di mata aku.Performance yang sangat hebat,mula dengan lagu Makhluk Tuhan Paling Seksi,Separuh Nafas,Madu Tiga,Sedang Mikirin Kamu,Selit Hati dan Istimewa.Last song was Munajat Cinta.Memang tak puas,but sangat berbaloi.....


WHY U SO HOT?

Tuesday, April 10, 2012

Roti Canai dot Com

Satu petang hujan gerimis,laki bini dan anak dalam kereta menuju Putrajaya....


Laki: Orang kata Ahmad Dhani tu tamak,semua artis nak dibolotnya dalam Mania


Bini: Ermm....mana you tau?


Laki : I baca la...baca blog.




Bini: Blog apa you?


Laki : Blog Roti Canai.....


*bunyi cengkerik*


Bini : Rotikaya kot you??????



Thursday, April 5, 2012

Life as....

Tetiba rasa tak ter catch up hidup ini....

Pagi2 aku bangun as a mother.Nak kejutkan anak bujang pegi sekolah bukan perkara mudah.Ianya memerlukan tahap kesabaran paling tinggi dalam sejarah kehidupan manusia.Nak siapkan dia pegi sekolah,macam ada sepuluh anak.Heran aku,mak aku dulu ada 5 anak pegi sekolah time yang sama,rilex je aku tengok.Mau aku,haruslah tudung senget la,tinggal enpon la,tinggal kad touch n go la...tu baru sorang.Setel bab hantar anak sekolah,aku masuk keja pukul 8 pagi.So aku transform as Accountant.Keja aku banyak time ujung bulan dan awal bulan.Masuk tengah bulan aku rilex sket.But being an Accountant,memang sakit gak la kepala hotak ni,aku jaga 6 property,6 other Accountant are reporting to me.Bila time keja banyak mula lah aku nak tukar kerja ngan Mak cik housekeeping....Time rilex,heheheh main fesbuk je keja.Jual handbag,side income weh....aku nak jugak pegi Mekah,nak jugak bantu orang susah.Ngan gaji aku sekarang ni,alhamdulillah cukup makan pakai kami anak-beranak.
Tapi kalau tengok aku on9 FB memanjang tolong jangan pk bebukan ek.Biasalah kan,manusia suka jump to conclusion,tgk FB menyala je terus kata orang tak de kerja.Macam aku on9 sentiasa sebab opis aku bawah tanah,line telepon macam haram jadah,so FB la buat penyambung silaturahim.Aku kan student,byk informasi tentang pelajaran yang aku perlukan melalui teman2 aku yang mostly ada FB...kami kan gen Y...sila lah muntah!Gen Y sangat padahal masa time diploma buat assignment guna mesin taip kau...yes sapa ada PC time tu kira sangat gempak...Time Degree pulak sapa ada laptop memang mantops la,boleh jalan sambil dabik dada...


Classmate aku time Master ni pernah tanya,akak buat assignment masa kat opis ke kak?Ermm,kalau akak ni kerja company sendiri mungkin lah,tapi akak keja ngan orang....So takut la tak berkat gaji tu...Let say gaji sehari RM 250.00,tapi sehari tu aku langsung tak buat kerja,kekdahnya aku buat assignment sebab dah due date...tengok la time gaji nanti,duit RM 250 tu akan hilang tanpa kita sedar,maksud aku ada je la benda yang bakal menyedut RM 250 kau tu tanpa kau menyedarinya...Sila insaf sekarang.


Jawapan nya aku buat malam,balik opis kocoh2 ambik anak,masak(yang ni korang boleh ragui)bagi dia makan pakai semua,basuh baju,sidai baju dan tidokan anak.Tu yang sampai aku  pun tido terlajak sampai pagi.So kalau aku tak tido,aku buat assignment time tu la.sambil tunggu baju kat mesin siap,dah siap aku lari jap sidai baju,pastu sambung balik.Aku mesti tido pukul 12.By that 11 aku dah kena stop untuk bagi laluan kepada persiapan ke sekolah esok pagi.Aku basuh pinggan mangkuk,sapu rumah,kemas2 semua then aku mula gosok baju,masuk kan baju anak dalam beg daycare.I am so proud that aku boleh buat semua tu.Aku tak de maid,and I'm ok with that.


Tu belum masuk kerjaya aku sebagai penjual handbag...oh ya sila lah melawat www.elyzcollections.blogspot.com untuk merambangkan mata anda.Harga mahal sebab quality bagus,ada certificate lagi.Ini kira 1st class imitation,kot nak pakai Birkin Bag macam our 1st lady tak mampu,sebab kita tak menabung dari sejak lahir or mak kita tak plan utuk kita pakai Birkin Bag satu hari nanti so tak save duit,bolah la beli Birkin bag yang aku jual.Bukan la level Petaling Street or GM Plaza,ini ambik dari Korea,material pun kulit.Jadi sudi2 lah. Installment plan pun ada,nak buat sistem Kutu pun boleh.Kira dapat beg ikut turn.Aku cadangkan untuk kualiti Premium la,yang harga ribuan RM tu.




Sekian lah,life aku as an Accountant,Student,Mommy,Penjual Handbag dan Isteri yang tak punya maid dirumah....



Friday, March 30, 2012

30.03.2012-5 years and counting

30 March 2007,aku selamat bergelar isteri kepada Mohd Hazlan Hamzah.Chef berjanggut perang yang berjaya mencuri pandangan aku hari kedua aku report duty kat Pulau Jerejak juga pada bulan March tahun sebelumnya.Aku tak de niat nak serius pun mula-mula.Ingat nak buat stock clubbing ngan teman tengok wayang je.

Tapi kalau dah jodoh kan,rupanya aku tak tepuk angin,dia pun show interest kat aku.Thru Farah aku punya purchasing staff start la kirim2 salam,pastu kirim-kirim food,pastu mintak no tepon...keh keh keh.Akan tetapi...banyak rintangan rupanya...ingat senang je.Chef ni kategori kacak gak la,jadi rebutan minah2 Indon trainee dan minah-minah kilang yang datang buat event kat Pulau Jerejak.Being a man,biasalah gatal tu wajib.Jadi aku tak la heran sangat,ada jodoh ada lah,tak de aku redhooo!Sebab umur pun dah 3 series masa tu,dah ada pangkat,dah ada harta,kawen is not so priority.Macam aku cakap la,aku mana ada bercinta berkasih sayang rindu  dendam bagai...cuma aku rasa aku selesa ngan dia.Dan lepas kenal dia,aku dah takde selera nak berpoya-poya ngan orang lain.

Bab gatal setel,sebab dia tengok aku tak port sangat,just go with the flow.Buang masa kot nak berebut-rebut,layan sms gila is soooo not me.Aku rilex je,dah lama kot bujang,apa ada hal...tak de nya merintih-rintih kenapa orang tak nak kat aku.Kenapa jodoh tak sampai,apa dosaa aku??(tergamak...padahal tahu diri banyak dosa).Bab kedua adalah dari kaum keluarga.Sebab?Sebab aku hitam.Serius!Buat apa aku nak tipu.Tak sepadan ngan mereka yang sangat putih bak telur dikupas itu.Siap dah carikan jodoh lain kot untuk laki aku.Putih melepak macam diaorang so that keturunan nanti akan putih la juga...WTH?

Tapi kalau dah tertulis jodoh aku dengan dia,jadi jugak la akhirnya.Makanya 30 March 2007,kami selamat di ijabkabulkan.Tapi aku benci gambar wedding aku.Make up aku,aku tahu la aku tak cantik,tak reti ke nak mekap aku bagi jadi cantik sket..

Hari ni,alhamdulillah,genap 5 tahun perkahwinan kami.Aku tahu pun sebab ada reminder kat FB.Teruk kan?Tapi laki aku lagi la...langsung blur.Anyway thanks to FB.Aku tak mintak banyak,aku cuma mintak Allah panjangkan usia perkahwinan kami,jadikan kami ini ibubapa yang terbaik untuk anak-anak kami,diberkati rezeki kami dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan agar kami dapat terus berbakti  kepada ibu bapa kami.

Amin

P/s : I love you unconditionally

Wednesday, March 28, 2012

Aku tak tau nak letak tajuk apa

Hari-hari time balik kerja,bila lalu kat Plaza Rakyat,aku selalu perhatikan sorang budak perempuan,dia minta sedekah kat laluan pejalan kaki ke Plaza Rakyat.Dan dia dengan anak dia yang aku rasa sebaya Armand.
Anak dia kurus sangat,macam tak cukup makan,tak sihat.Situasi tu tak pernah gagal menumpahkan air mata aku.

Semalam,masa aku lalu,dia kongsi makan nasi lemak dengan anak dia,sebungkus kecik.Lagi sekali menitik air mata aku sepanjang aku menapak ke stesen lrt.Dulu...lama dah,aku pernah tanya dia,sambil aku hulur duit aku tanya,kenapa sampai macam ni?Adik terpaksa atau memang adik pilih macam ni?Senyap tak kata apa....

Jujur aku kata...tiap kali nampak dia dan anak dia kat situ,hancur hati aku ni..entah,aku memang cepat simpati,aku ni hati jelly.

Ya Allah,lindungilah dia,lindungilah anak kecil itu...Walau siapa pun dia,apa pun niat dia aku yakin pasti ada cerita disebalik semua itu......

Sunday, March 4, 2012

Mari...Mari New Stock Sudah Sampai

Bisness kecil-kecilan aku.Stock baru sampai kalau sapa berminat silallah email aku di elya.wirdati@yahoo.com.Barang-barang ni dari China.Aku tak jual mahal2 sebab aku dapat pun murah2.Ini replika,tapi aku berani jamin kualiti bagus,padan la ngan harga.


Stock wallet Feragamo ngan Prada.Mari kita layan gambar.....


Feragamo Green Colour-RM 45 exl postage
Dari depan-Feragamo Brown RM 45


Inside

 Yang ini pulak kaler biru...serius nicee.


 Keadaan di dalam

Feragamo-3 Colour Blue,Brown&Green 

Cantik bukan.....



Ini Prada...3 Colour jugak..Blackie,Brown and Red


Prada-RM 45 exl postage



 Rupa bentuk di dalam-Brown



Sapa nak order sila la email.Ambik banyak boleh further discount lagi.
Kualiti bagus.


Email to :elya.wirdati@yahoo.com
FB aku Leya Nasir


Till then...babai

Family Gathering@Agrobase Sg Buloh

Semalam berlangsung majlis ramah mesra antara family kat umah Mak Ngah aku di Sg Buloh.Mak Ngah ni adik ayah aku,anak dia tokey Agrobase kat Sg Buloh tu,so sapa2 yang nak beli pokok bunga,pasu2 silalah ke sana...


So kita layan gambar je lah dulu...tak de benda nak citer sangat pun.


Aku la tu.Muka macam pau terlebih mauri pan suda.....

Aku lagi&Chef of the day...Chef Lan yang ambik cuti sempena event ni

Hoh...garden concept gitu...sambil bbq sambil jual pokok
Armand ngan Murni anak cousin aku yang tokey pasu
Chef yang sangat gembira sebab dapat petik rosemary fresh...
Ini lah Meang Kam my Mom punya speciality..makanan org Thai.Makan ngan daun kaduk...sedap giler...

Gambar sewaktu BBQ tak ambik sebab enpon habis bateri...

Sekian

Thursday, February 23, 2012

Alhamdulillah...Sykur Ya Allah.Aku tahu aku boleh ....

"Syukur...special thanks to family&frens for the continuous support during my journey of my post graduates..Please bear with me,pray for me Mohd HazlanNekrad Mansiz ,@ Sue Adan , Ati Nasir and all classmates HM 770... for me to complete the journey..sikit lagi...sikit lagi...Semua ini untuk kamu semua!For lecturers,thank you very much for the ilmu...and thanks to myself for the courage and effort even tough always last minute...Syukur Ya Allah.."


Status FB aku semalam.Sejurus selepas aku dapat result aku...Weh gila,really x percaya sebab I'm not genius.Atau dalam kata lain aku bukan budak pandai.Dalam family aku anak sulung,UPSR aku dapat 4A 1B,adik aku dapat 5A,SRP aku dapat 16 agregat je,adik aku below 10,SPM lagi la...nyaris kantoi.Tapi aku dapat gak la masuk ITM.Masa Diploma aku pun sangat average.Dapat 3 pointer tu jarang sangat.Cuma aku tak pernah kantoi paper.Clean je every semester dan aku grad on time.Macam tu gak time Degree.Aku ambik degree lepas dua tahun aku kerja.Pun macam tu jugak,tak de la exell mana.Cuma aku manage to grad on time la.

After 10 years graduate,(ye aku dah tua..do ur maths now)I am back to school.Kenapa aku balik aku pun tak tahu.Nak kata sebab minat,tak jugak.Cuma aku nak challenge diri aku kot.Banyak sangat peluang aku dah lepaskan.Diploma,Degree aku banyak sangat main.So aku decide kembali ke sekolah.Kali ni aku tak letak target tinggi.Aku dapat B+ je cukup.Sebab itu syarat Masters.CGPA kena 3.33 baru boleh dapat Masters kau.UiTM la,U lain aku tak tau.Aku kan UiTM di hatiku...

1st semester aku dapat satu A, dua B+.Cukup baik buat aku.Paper yang aku dapat A tu subject yang aku selalu tidur dalam kelas.Bukan aku sengaja,kelas petang plus lecturer yang macam penglipurlara.Tapi disebabkan paper itu adalah Service Quality in Hospitality industry,makanya aku score.Pengalaman beb.Aku tak perlukan buku.Aku cuma gorengkan experience aku dalam hotel masa jawab paper tu.Paper yang dapat B+,Research Methodology and Leadership.Yang ni kena baca dan aku memang malas baca buku.Aku orang figure,I am accountant,bagi la aku nombor Insya Allah hidup...

2nd Semester aku ambik 2 paper saja,sebab aku ni dok travel dari Kijal Terengganu,every week ke Shah Alam.Bukan tak larat tapi tak sempat.Paper Jumaat petang aku tak boleh ambik.Sabtu je aku cuti,dan lepas kelas petang tu aku rush back balik ke Cherating.Hidup aku masa semester dua tu adalah atas jalanraya dan dalam kereta.Aku duduk Cherating,berulang ke Kijal every day 1 hour.Bila wiken aku travel plak ke Shah Alam hari Jumaat tengahari,Sabtu whole day kelas then rush back untuk kerja hari Ahad. Aku ambik keputusan aku kena  balik semula kerja kat KL,serius aku tak larat berulang.Aku tak nak la tetiba collapse masa travelling.I completed my second semester with high level of stress and depressions.Walau stress bagai nak gile,ngan keja lagi,study lagi,aku manage to get A for both papers,Training and Development and also Strategic Management.Syukur sangat.

Cuti sem dua adalah sangat lama...sebab pelasaran apa tah..Dari April sampai September.Kalau tak tahun ni dah boleh grad dah aku ni.Masa ni la aku ambik peluang risik2 hotel2 kat KL yang sanggup ambik aku kerja.Dah tak de pilihan sangat,aku terpaksa la cari balik bos lama.Ye lah,masuk tak yah interview,cuma hantar updated resume je,so apa orang offer terima je lah dulu.Kurang sebelah tangan dari gaji lama aku.Tapi aku save byk.Transportation aku jimat giler,naik LRT je pegi kerja.Walau facilities dia macam haramjadah sket,tapi redha je lah.Redha tu kan ikhlas....

3rd semester aku dah di KL.Kali ni aku ambik 3 paper.2 paper ada final 1 paper takde.Yang tak de final tu 4 credit hours.Cuma advantage kali ni,ada paper Financial Management.Advantage2 pun aku bodo gak paper ni.Aku Financial Accountant,ini paper Financial Analyst punya..tapi sebab dia figure so aku rasa macam dapat nyawa.Another paper is Strategic Marketing...Hanya Tuhan yang tahu,betapa bencinya orang Finance ngan Marketing.Aku berjaya harung semester ni,aku dapat straight A's...Aku syukur sangat.

Macam aku pernah tulis dalam entry lepas,qouting my Marketing lecturer's "Tak Semua Orang boleh buat Masters"Aku percaya tu...Aku isteri,ibu dan juga department head,tanggungjawab tu dah cukup berat,aku tambah lagi tanggungjawab sebagai student.Aku sendiri tak percaya,aku boleh stay sampai pagi buat assignment,sampai anak pun bangun teman aku,laki bebai tak yah citer la kan...hihi!Kat opis ngan reporting lagi,keja yang tak pernah habis.But I really manage to go thru...Ada sikit lagi,semester ni ada 4 paper,plus proposal defend.Aku perlukan doa sesiapa saja yang baca ni..selain dari doa dan sokongan yang tersayang.Doakan aku kuat ok.....

Tata.

Sunday, February 19, 2012

Jom Cuci Mata

Stock baru keronsang ngan wallet.Wallet Hermes dan Guess.Aku dapat murah,so aku tolak murah-murah jugak la.Quality not bad kalau pakai tu tak nampak macam imitation sangat.Sapa intrested boleh contact aku at elya.wirdati@yahoo.com.Handbag pun ada,tudung bawal pun ada..Nanti aku up kat next entry.


Keronsang RM 4 each


Guess RM 35 termasuk harga pos


Guess RM 35 termasuk harga pos


Guess RM 35 termasukk haga pos

Add caption
Yang ni pulak Hermes..besar sikit,in trend sekarang harga aku tolak RM 70 termasuk postage.
RM 70 incl postage...serius besar dan cantik.Ada tali sekali..


Okey..sapa berminat silalah contact aku.add aku di FB pun boleh,cari Leya Nasir


Bai..