Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Saturday, July 26, 2008

My Office Group


Gambar kat atas adalah sebahagian dari kawan2 alam cyber aku.Actually aku pun tak tahu when it started tapi kawan2 ni la yang menghapuskan tanggapan negatif aku terhadap chatting buddies.Aku kenal chatting since aku kat Uitm Terengaanu or maybe before that but I started addicted to chat masa aku wat degree.Masa tu chatting more to hanky panky and cinta alam cyber tanpa tengok muka.Lepas aku grad aku still chat but this time aku chat kat MSN site.Kat sini aku kenal sincere friendship.Aku diperkenalkan oleh Kak Ram kepada site Myoffice,masa tu tengah hot group chat kat cini.Asal aku masuk group ni banyak otai2 kat dalam.Slowly aku bina persahabatan ngan diaorang.Dari sinilah aku kenal luckylia,bijanpc,lowfan,semut semput,black velvet,hero tamil,vivid ,sepat and katak chomel.

Dalam ramai2 kat situ kami bina group kami tersendiri.Ada je agenda yang kami buat tiap petang abis kerja esp malam minggu.Selalunya dengan baju kerja hari Jumaat kami ends up sampai breakfast pagi Sabtu.Masa tu aku kerja 5 days so Saturday aku bangun tido bila time nak makan dinner.Tu pun kekadang sambung lagi ngan diorang sampai hari ahad plak.But really miss the time masa AF2(gambar kat atas tu ambik masa time final la...) agenda kami malam minggu lepak umah aku kat Desa Petaling tingkat 22.Concentrate tengok diaorang nyanyi,habis konsert baru g lepak mamak melantak...sampai pagi.Aku betul rindu zaman gemilang aku masa kat sana.

Kami mula terpisah bila aku mula bawak diri ke Melaka kerja kat sana.Tapi rajin gak pegi KL sebab dekat.Rajin gak la aku turun gath esp bila Lopan tepon aku.(Dia ni macam ketua la)Lama2 aktiviti kami makin kurang,gath pun balik2 muka sama jer yang turun.Masing2 bawak diri dan haluan.Mungkin semua dah start ada halatuju memasing.Dulu muda pikir nak enjoy jer.Aku sedih ngan situasi ni tapi life must go on.Sekarang aku dah kat Penang,dah kawin,insyaallah jadi mummy by Feb 09,tapi kawan2 Myoffice aku tetap yang terbaik yang pernah aku ada.Susah senang kami sama2.Aku memang tak kan lupakan diaorang.I miss my good time with them...karaoke sampai pagi,lepak Bangsar,lepak Hartamas really we r like one family.To all my friends gud luck in watever u do and wish we can come back together like good old times.

Friday, July 11, 2008

Hari yang BZZZ

Macam tak cayer....Hari ni aku bzz la plak.Ada 10 menet untuk aku update blog nih.Aku Bzz sebab pagi2 cam biasa aku bukak e mail tgk email dari kengkawan.Tiba2 e mail masuk bukan dari kawan tapi huhuuuuu...lawan!UDA nak report by 12 today.Mangkuk tingkat.Dah la staff aku tak abih closing lagi,so apa harus aku lakukan????heheheh memang aku dilahirkan untuk jadik akauntan kot,jadi aku berjaya closing gak.Macam mana jangan tanya aku,tapi dapat la semua figure2.Verbally approve by Boss so aku pun proceed la.Bangun dari tempat ni pun masa nak pergi lunch tadi jer.Tu pun sebab nasi ayam.Kalau nasi lain tak pi la kot....
Technically aku dah siap P&L.So aku ada 2 hari untuk aku wat shuttle.Nak tak nak esok kena wat jugak la......Isnin antar.Consider aku tak dapat email dari depa la,so wat tak tau hantar jer Monday.Bukan Minggu depan depa nak meeting tapi 24 hb.Saja nak bikin panas soh aku cipta rekod hantar closing awal.....Macam tak caya aku dah siap report!!!!

Staf aku sorang dah antar surat...I will expect from the girlfren too.The possibility is high.So lepas ni aku ingat nak ambik Mat Nepal jadi staff aku lak.Mungkin lebih senang sebab kat sini Nepal jer yang tahan...tu pun sebab diaorang terpaksa and tak de pilihan.Kalaulah depa pun ada pilihan mungkin depa pun resign jugakkkk....Till we meet again.Chiowww

Tuesday, July 8, 2008

Lama Tak Tulis...

Hari ini hari kedua aku kerja balik lepas seminggu aku cuti.Tenang fikiran tapi nak balik kerja rasa kekok plak.Macam tak biasa.Nak citer apa ek....okey kali ni aku nak story pasal lepas graduate Diploma In Accountancy from ITM Arau dihatiku....Sebenarnya lepas grad Dipoloma ni lah bermulanya episod sedih dalam diri aku dan betapa aku belajar erti tanggungjawab yang sebenarnya.Actually aku tak nak ingat dah cerita ni tapi inilah yang menjadikan aku diri aku yang sebenar-benarnya.

Hari terakhir selepas tamat periksa Taxation(subject yang paling aku tak suka...yang magisnya aku score) kami the whole batch akan buat Hi tea kat Putra Palace(satu-satunya Hotel kat Kangar yang versetail sket time tu).Aku awal2 lagi dah diambik oleh Azman(my first boipren..huhu)untuk pergi ke majlis tu.Disaat aku sedang bersukaria tiba2 aku nampak Azman datang balik kat hotel panggil aku keluar.Dia cakap u kena balik abah sakit kuat....Aku panic.Macam mana abah sakit sebab seminggu sebelum tu dia datang ke Arau ambik barang2 aku.(seriously mata aku dah bergenang ni..)

Aku capai telephone dari Azman terus call handphone abah...Aku dengar suara kat ujung talian teresak2,aku tanya abah macam mana....Jawapan yang aku terima cukup untuk membuat aku mahu turut pergi bersama abah..Abah dah tak ada....Saat tu aku nampak muka mak,adik2 aku.Macam mana nak hidup lepas ni.....Mak tak kerja,abah kerja sendiri...itu yang aku ingat.

Sampai Kuantan orang dah ramai.Alhamdulillah aku sempat tengok Abah buat terakhir kali.Sumpah...aku masih tak percaya yang abah dah tak ada.Aku ingat lagi masa abah pergi Arau dia ada telefon kawan dia kat ITM Shah Alam tanya kenapa aku tak dapat sambung ke Ijazah.Orang tu cakap borang aku isi tak lengkap jadi it was rejected.Aku sedih sebab tak dapat sambung Degree time tu,tapi sebenarnya aku ada amanat dan tanggungjawab yang lebih besar menanti aku.

Baru lah aku tahu erti pengorbanan yang sebenar,aku diterima bekerja di Pengurusan Kumipa as contract workers.Gaji pun 500 jer time tu.After 3 bulan diaorang nak offer aku jadi pegawai kat situ tapi aku terima tawaran dari Kewangan Bersatu Berhad.Aku perlu kerja,masa tu angah tengah study,anteh sekolah,acu,emy,eqa semua sekolah..siapa nak tanggung diaorang kalau bukan aku anak sulung ni.Aku merantau jauh sikit dari mak and adik2.Dok Temerloh sorang2.Sampai angah abis belajar aku dapatkan dia kerja kat Oriental Bank(kawan opis aku tolong)Kerja lah kami kat sana dua beradik...

Aku dah janji ngan abah aku akan wat Degree jugak no matter what.Aku tanya angah,dia kata okey.Aku menerus kan hasrat aku after 2 years working in Finance Company.Mak and adik2 aku bawak diaorang duduk ngan aku kat Temerloh.Kekal diorang kat sana sampailah masing2 dah kahwin dan ikut husband memasing.Dengan ujian Allah berikan kepada kami sekeluarga,hasilnya aku menjadi seorang yang independent,tabah dan sentiasa menginginkan yang terbaik buat keluarga aku.Terima kasih buat Abah,Mak yang membesarkan aku dengan cara mereka,menjadikan aku insan yang very down to earth dan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan..

Tuesday, July 1, 2008

From Lam Wah Ee Hospital Pt2


Ini lah wajah terbaru aku...hahahha.Muka sakit sebab masuk spital.tapi tak de beza pun sebab kalau aku tak sakit pun muka aku memang selebet jer.Malas nak makeup.Emy and the gang (rahsia...hahah)baru je balik.Lega aku cina sebelah ni tutup dah tv dia.Apa dia ingat dia bayar bilik ni untuk aku sekali ker so dia bleh pasang tv kuat2,aku tengok gambar jer la...tensi.Sepanjang 2 hari aku kat sini tekanan darah tinggi aku stable.Gula aku tak menentu macam stock market.Bukan salah aku,aku makan jer apa diaorang bagi.Bukan aku ada makan benda lain pun...Misi cakap...good arr ur blood pressure,very nice.Nice la aku makan tido jer.Tengok aku start keja nanti,tak sempat sampai resort aku rasa,jejak kaki atas Catamaran jer darah aku gerenti akan naik punya.Sepeti biasa orang akan tanya payment kat aku,barang ni tak de kena beli....barang tu habis stock.macam2 la lagi yang pasti membuatkan darah aku meluncur naik."Really my blood can go upstairs".Sib baik la bayaran spital ni mahal...kalau tak nak jer aku berehat sampai aku bersalin nanti.Huhu.

Aku tak tahu sejak bila penyakit aku ni datang,tapi memang keturunan aku ada kencing manis and darah tinggi.Aku baru di suruh makan ubat darah tinggi sejak aku kerja kat Jerejak Resort.Mungkin cuaca panas dan tense kot.Aku memula masuk dulu selalu kena kluar pergi beli barang kat Macro and Tesco.Kalau sekarang sapa yang rasa Jerejak teruk sebab susah dapat barang,cuba bayangkan dulu lagi teruk.Tak banyak supplier yang support.Yang ada pun Ikan jer.Ayam,daging sayur,telur semua cari sendiri.Belanja pasar sehari cecah seribu kadang2.Tu nasib baik barang kering KL support,tu pun letak kat store TIR.Kena plak naik land Rover pergi ambik.

Masa aku interview dulu pun En H and En N ada mention pasal ni tapi aku sanggup jer,sebab masa tu aku dah tak de kerja,lepas berhenti dari Merak Malacca Beach Resort.But at least I can survive sebab masa kat Melaka lagi dasat.....Sapa yang pernah kerja ngan aku kat sana dulu tahu la azab sengsaranya.Bayangkan function 300 orang,bagi petty cash RM800 suruh beli barang.Bukan takat market list,tapi ia merangkumi barang kering,barang housekeeping dan kadang2 barang maintenance.Best kan....But that is the place that keep me stronger.Ketabahan aku dapat dari sana sebab aku kerja tanpa gaji....Bulan2 berlalu tanpa mengingati bila nak dapat gaji...Sampai la satu tahap aku nekad berhenti dan mula cari kerja secara aktif.Dan akhirnya I'm stranded at Jerejak Island....Bilalah akan berakhir?