Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Thursday, January 12, 2012

Cerita Public Transport dan kesan terhadap Rakyat yang didahulukan.....

Sejak di Kolumpo ni aku memang guna public transport nak pegi kerja.Pagi-pagi aku naik tren nama nya STAR Lrt dari stesen Salak Selatan.Pagi2 memang macam sardin,dah rupa karipap kot.Sapa yang dah dandan cantik2,masuk tren nescaya kluarnya nanti Insya Allah serabai.


Actually,aku ni memang regular user of public transport,be it LRT,Komuter,Monorel hatta bas Rapid sekalipun memang aku redah naik.Sebab aku malas nak drive.Aku adalah rakyat yang menyahut seruan pemimpin untuk gunakan kederaan awam yang macam ____ sila isi sendiri!Konon nak kurangkan pencemaran,kurangkan kesesakkan.


Okey aku setuju ngan kempen kerajaan tu,tapi public transport punya kemudahan dah cukup?Tak yah la nak banding ngan negara maju lain,Singapore cukup...Kita boleh ke setanding mereka?Kesian kan la rakyat jelata yang menderita sebab berasak-asak dalam tren,sengsara bau ketiak,bau masam orang tak mandi pagi tak kurang juga yang jadi mangsa rabaan,geselan orang2 yang gersang.LRT is not that bad,tapi tengoklah komuter.Aku pernah naik komuter...sengsara nya macam naik keretapi kat India...Kat sana tak pe lah ada Shah Rukh Khan menari atas keretapi...


Aku ingat Perdana Menteri pernah naik public transport...but it really defeat the purpose bila mana kehadiran beliau untuk mencuba public transport itu diketahui bila,dimana,di sambut,buat preparation bagai,control flow of rakyat nak pegi kerja masa tu,of coz la selesa....aku pun mau kalau macam tu.
Apa kata sesekali PM kita turun wat spot check...like tengah breakfast tu cakap kat Rosmah "I rasa nak naik komuter la dari Bangi ke KL Sentral or  naik LRT la dari Salak Selatan Ke Plaza Rakyat" and zap terus pegi...bersama rasa susah ngan rakyat jelata...itu baru Rakyat Didahulukan....rasa keperitan rakyat ni...


I'm not talking politics here...tapi mampukah kita punya Perdana Menteri or Menteri Kabinet yang macam tu????Tak kisah la dari parti mana...
Sedang kamu selesa di kereta bersama pemandu,diiringi polis trafic ,tax payers kamu ini bersesak dalam traffic jam...Kau mampu bersama mereka?Fikirkan lah!!!Kita mampu mengubahnya....

Friday, January 6, 2012

Selamat Datang 2012



1.Kereta aku hilang awal tahun ni.Husband sedar masa nak pegi ambik keta time nak pergi kerja.Parking depan kondo,satu lagi keta kat dalam.Aku sedih sangat dan aku harap sangat boleh jumpa balik kereta tu.Kereta yang bersama ngan aku time susah senang...tempat aku mengadu bila hati ni rasa tak best,contoh gaduh laki bini...Dia tu macam kawan baik aku.Aku harap Allah makbulkan doa aku,tapi dalam masa yang sama aku fikir mungkin ni adalah balasan atas dosa-dosa aku,aku redha.Allah sayang aku sebab tu dia duga aku.

2.Armand aku dah antar ke day care,tapi memang masalah jugak ...biasa lah budak biasa dok ngan nenek,tetiba kena dok ngan orang,haru biru jugak ..harap cikgu dia sabar.Harap aku pun sabar jugak...

3.Ahad ni exam Financial Management.Walau aku akauntan aku bodoh jugak subject ni...Semoga Allah permudahkan segalanya.

4.Aku tak de azam...tak pe kan?Jangan tak de cita-cita....

5.Sejujurnya aku mengharapkan yang terbaik buat aku,terbaik dalam kerjaya,punya lebih masa untuk keluarga...dan aku boleh abiskan master aku within this year...oh ya,aku dah start bangun pagi buat breakfast tahu?

6.Aku mohon pada Allah,ampun dosa-dosa lampau aku,lindungi keluarga aku,pinjamkan meraka pada aku lama sedikit,permudahkan segalanya buat aku..tetapkan iman aku,jauhkan aku dari hasad dengki dan fitnah.Semoga 2012 menjadi yang terbaik buat aku walau aku di duga oleh mu Ya Rahman,Ya Rahim...


Sebenarnya semua ini tak terzahir dek kata-kata...Hanya Allah yang tahu apa aku rasa.....