Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Wednesday, May 30, 2012

Terkedu

Aku tak sihat.Aku mana pernah sihat pun sebenarnya.Tapi lately ni aku sakit belakang aku makin menjadi.Tambah ngan kebas kaki and off late ni sakit bahu bila bangun dari tido,bahu dan tengkuk.Bila aku follow up kat klinik dia kata aku stress,bagi aku Flanil sapu sampai pijar n ubat sakit urat.

Semalam aku bangun tido tapi aku almost jatuh balik.Sampai Armand kena tarik aku,pimpin bawak pegi living hall sebab dia nak tengok tv.Chef Lan tak de,night shift,tak sampai umah lagi jam tu.Aku nekad nak g check kat klinik kerajaan,walau aku tahu hazab nak tunggu,but at least they will check thoroughly.

Aku memang kurang rest lately ni,dah nak start antar Research Proposal,assignment belambak,keja opis bertimbun,so aku stress.Bila stress pola pemakanan aku pun berubah.Aku makan ikut tekak,lupa yang aku ni diabetis.So sugar n BP aku rise la...

Memula aku pegi Klinik Premier HUKM,dia tak ambik kes kalau takde referal letter.Boleh dia tanya aku,mana u tau u ada diabetis?Apa dia pikir aku ni main agak je ker,or suka2 nak ada kencing manis.So aku pasrah lantas membawa diri ke Bandar Tun Razak.Sampai kat sana aku disambut mesra oleh jururawat bertugas..kenapa datang sini??aku cakap saya nak jumpa doctor,saya tak sihat?ha??ha??apa ko pekak dik??Selepas aku tinggi suara sket dan bercakap campur bahasa omputeh,baru aku terima layanan yang sewajarnya.

Apa aku nak citer ni masa aku nak tunggu turn check bp level,nurse depan aku ni tanya kat kawan dia..
2 situasi..

Situasi 1

A:Kak,dia ni nama cina,kenapa dia ambik gambar pakai kopiah?
B:Dia masuk Islam la tu..
A:Kak,kalau dia masuk Islam..bangsa dia nak tulis apa..Cina ke Melayu???

senyap alam semesta...cuma aku macam WTH???Neraka apakah ini?kau tu NURSE kan?ok tak pe...

Situasi 2

masih orang yang sama...Nurse yang sama dan aku juga yang sama...

A:kak kalau orang India tu dia wargenegara ke?

aku yang dengar double WTH???aku di mana ni???

B:doh kalau ada IC tu wargenegara la.....

Aku boleh terima kalau soalan tu dari budak umur 12 tahun ke bawah...but not from working adult yang kerjanya merawat orang....

Sekian...aku yang sakit bertambah sakit adanya!


No comments: