Okey..memang dah lama tak taip entry.tak de alasan baru..masih yang klise..aku bizi.
Semalam aku balik lambat lagi dari kerja.Aku memang tak de pilihan,aku kalau boleh memang nak balik se awal jam 5 petang,tapi sebab tanggungjawab yang dipikul adalah amanah,like it or not aku terpaksa stay menyiapkan kerja yang bos aku hendak.Aku dah mintak adik bongsu aku ambik Armand kat school sebab aku dah boleh jangka aku akan lambat.
Balik from office dah pukul 8 malam,sib baik la jalan tak jem dapat la sampai sebelum 8.30.Armand sambut aku dengan hepi sebab dia dah sepahkan satu rumah.Aku diamkan je lah sebab tak kuasa nak marah2.Dia mintak pasang Upin Ipin,aku pasangkan la kat dia.Dalam kol 9 lebih camtu aku tanya dia,nak susu tak,dia kata tak mo.Aku tanya lagi kenapa tak nak minum susu..dia pandang aku,Armand takut susu habis,nanti mummy kena kerja sampai malam-malam sebab nak beli susu Armand,Armand nak mummy balik cepat.I AM SPEECHLESS.Aku tau dia memang kisah kalau aku lambat balik,tapi sampai tak nak minum susu sebab punca aku balik lambat ialah kerana nak cari duit beli susu dia.
tu je lah nak cite pun.nanti sambung lagi.
No comments:
Post a Comment