Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Tuesday, April 30, 2013

Showcase Judika Live in Malaysia

Last Saturday,kat Hotel Royale Kuala Lumpur.

Aku memang peminat tegar artis Indon.Lantaklah apa nak kata,yang penting aku tak gilakan pekerja kontrak Indon or jejaka Lombok.Kegilaan baru aku ialah Judika dan Firman.Firman tu kira baru la sebab aku tau satu je laku dia,Kehilangan.

Tapi mamat Judika ni,aku start suka dia since lagu Bukan Rayuan Gombal lagi..pastu kluar lak lagu Aku Yang Tersakiti..bak kata Eina kat blog dia My BFF  (klik situ la kalau nk baca blog dia) lagu wajib karoks  aku ngan Kodiang.Pastu mula la start youtube,tahu lagu Setengah Mati Merindu,Bukan Dia Tapi Aku dan Mama Papa Larang.

Jadi bila dengar dia ada showcase in KL,maka aku sudah jadi tidak keruan.Agak frust la sebab dia tak jual ticket,cuma kena call radio Era,sambung lirik lagu.Sungguhla not my cup of tea.Akan tetapi aku ada kawan yang sanggup call Era tanpa jemu maka,ke Royale hotel lah kami.Thanks beb,in case you read the blog.

Dalam pada tu aku berusaha gak la call Eita coz lakinya kerja Astro,maybe bleh tolong hulur2 pas ke apa ke,maka dia save 5 pass untuk kitaorg,but end up ambik dua je untuk Emy ngan Shah.

Hos for the day...sangat mengelitis,but fun!


Persembahan dimulakan dengan kumpulan Kelangit yang aku bajet akan Kelaut,tapi he did it,Berapa baldi air asam jawa lah agaknya dia minum.Pastu kuar la Aliff Satar,yeah not bad,and then baru Judika,mula lagu Bukan Rayuan Gombal.Suara dia aduhaiii...mak cair!Serius tak puas tapi dia akan datang lagi ke Malaysia bulan June nanti,harap dapat pegi.

Aku ngan Eina yang sanggup call Era sebab nak bagi aku pass tengok Judika.Dia kata aku minat giler kat Judika tapi entry pasal Judika lagi banyak kat blog dia...hahahahhaha.Minat eh?

Sunday, April 14, 2013

Krisis Air

Gelombang kedua krisis air Lembah Kelang.Dan aku transform jadik penduduk setinggan lagi sebab beratur tunggu lori air jam 3 pagi.Aku baru balik dari layan live band,sampai rumah nampak lori Syabas baru sampai.Naik rumah,turun balik dengan dua baldi.Katang tangan aku,nasib la kan,dah la laki tak de kat umah.

Air dalam tong kat rumah tu cukup je,tapi sebab adik aku dari Kuantan datang kena la standby lebih.Nak buat basuh muka ngan buang air je.Mandi ngan basuh baju boleh pergi rumah Emy,heran gak rumah dia tak effect walau dia pun Permaisuri gak.Masa first takde air tu pun aku berkampung kat rumah dia.
Aku ni nasib baik belajar kat ITM Arau yang memang krisis air dia sepanjang tahun,so setakat mandi satu baldi siap syampoo rambut tu biasa sangat.Well trained.Jadi tak la teruk sangat aku ngangkut air.

Tadi layan live band,ok jugak.Boleh la pergi lagi.Janji ngan Lia nak karoks tapi suara aku turns rock sebab sakit tekak,tak sakit tekak pun muntah darah orang dengar aku nyanyi ni pulak sakit tekak.Hilang pelanggan pulak pusat karaoke tu nanti.Jadinya kita layan Live Band.Mula plan nak tgk kat Alexis,HRC,The Ship,tapi malam minggu pack sangat,so kami ke Crossroad.

Balik berjimba aku trus angkut air,susah woo.Penat la..Bila masalah ni nak abis?Jangan aniaya orang sangat...

Wednesday, April 10, 2013

Komander Singa Utara,ITM Arau - Reunited



Ni gambar masa  aku kat ITM Arau,Masa ni jadi pembantu jurulatih untuk Junior(Batch 21).Dari kiri Aku,Eina and Arwah Intan.Aku komander Kesatria dulu.Nak jadi ROTU tak dapat sebab tahun aku takde pengambilan.Aku memang nak jadi askar,minat sangat,tapi...tak pe lah.Berangan je mampu.
Kalau korang tengok aku sekarang mesti tak percaya aku fit gile dulu,takat rempuh halangan tu tak de hal,berkawad,pumping..cuba sekarang pumping..terangkat bontot le jawabnya.Masa jadi komander ni la aku mampu panjat Gunung Tahan..first group cecah puncak gunung.Sekarang naik tangga satu tingkat pun mintak nyawa.
Dapat cari tak aku yang mana?Ko mampu pakai kain pelekat atas gunung?Ha tu Officer Bank Islam tu...dia mampu.Geng aku naik gunung ni la geng Die Hard Fans.Kepala dia Ajax,dah jadi orang besar kat Imigresen Gongzou,bini dia tu Mieza,ada gak dalam gambar ni.Most of them la ni Bankers la,ada gak yang jadi ASP.Sebab diaorang belajar Banking so keja kat Bank,aku blajar accounts keja wat accounts.Tak balance je accounts,bebai.Tu je aku tau.

So apa nak citer ni,dah lama terpisah ngan diaorang.Cuma lately ni bila ada wassap group maka kami pun bertemu kembali,bila dah jumpa geng makanya banyak la aktiviti yang dirancang.So 1st official activity ialah paintball.Buat bulan 2 hari tu,kat Cyberjaya.





 Pose sebelum jadi lauk.Aku mana reti nak main paintbal2 ni. Boleh la main tapi tu la sakit kot.Aku nanti duduk jaga rumah je,nama nak merangkak2 ke tak de makna.Jalan pun slow,nak merangkak bagai harus jadi sasaran bertalu-talu.

 Tengok gaya tak mo kalah...walaupunnnnnnnn....kan

 Menang 1st round




 Team aku ngan team lawan

Aktivity ke dua,makan-makan kat Ancasa Hotel(tempat keja sendiri).Tapi tak de gambar.Sebab makan nothing much.Tu activity bulan March 2013


 Tada....event ni aku organizer ngan Kodiang,Eina dan Zue.Berjaya direalisasikan pada 6 April 2013 di Berjaya Times Square.Ancasa hantar satu team,dan satu team tu la yang menang juara.Fuh sib baik hantar satu,kalau 3 mau kami tak merasa nak menang hadiah.hahaha...

 Aku lettew...bowlers pencen 4 tahun.Bola tu lebih dari 5 tahun tak pakai,tapi masih berjasa pada tuan.Cuba rasa mcm kekok sebab dah tinggal lama,makanya aku berazam mulai saat ni aku kena main bowling at least seminggu sekali.Skill dah tak sharp.Mie,balik la Malaysia cepat...aku tak de geng nak bowl cam dulu2.


 The iron ladies...event organizers. Kami dulu ajar orang kawad tahu..

 Abang hensem tu nama dia Koddy.Sebab dia orang Kodiang..


Sebagai penutup kami pegi makan KFC,sebab ada geng sponsor voucher.

Sekian aktiviti aku..nanti senang aku update lagi