Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Wednesday, April 10, 2013

Komander Singa Utara,ITM Arau - Reunited



Ni gambar masa  aku kat ITM Arau,Masa ni jadi pembantu jurulatih untuk Junior(Batch 21).Dari kiri Aku,Eina and Arwah Intan.Aku komander Kesatria dulu.Nak jadi ROTU tak dapat sebab tahun aku takde pengambilan.Aku memang nak jadi askar,minat sangat,tapi...tak pe lah.Berangan je mampu.
Kalau korang tengok aku sekarang mesti tak percaya aku fit gile dulu,takat rempuh halangan tu tak de hal,berkawad,pumping..cuba sekarang pumping..terangkat bontot le jawabnya.Masa jadi komander ni la aku mampu panjat Gunung Tahan..first group cecah puncak gunung.Sekarang naik tangga satu tingkat pun mintak nyawa.
Dapat cari tak aku yang mana?Ko mampu pakai kain pelekat atas gunung?Ha tu Officer Bank Islam tu...dia mampu.Geng aku naik gunung ni la geng Die Hard Fans.Kepala dia Ajax,dah jadi orang besar kat Imigresen Gongzou,bini dia tu Mieza,ada gak dalam gambar ni.Most of them la ni Bankers la,ada gak yang jadi ASP.Sebab diaorang belajar Banking so keja kat Bank,aku blajar accounts keja wat accounts.Tak balance je accounts,bebai.Tu je aku tau.

So apa nak citer ni,dah lama terpisah ngan diaorang.Cuma lately ni bila ada wassap group maka kami pun bertemu kembali,bila dah jumpa geng makanya banyak la aktiviti yang dirancang.So 1st official activity ialah paintball.Buat bulan 2 hari tu,kat Cyberjaya.





 Pose sebelum jadi lauk.Aku mana reti nak main paintbal2 ni. Boleh la main tapi tu la sakit kot.Aku nanti duduk jaga rumah je,nama nak merangkak2 ke tak de makna.Jalan pun slow,nak merangkak bagai harus jadi sasaran bertalu-talu.

 Tengok gaya tak mo kalah...walaupunnnnnnnn....kan

 Menang 1st round




 Team aku ngan team lawan

Aktivity ke dua,makan-makan kat Ancasa Hotel(tempat keja sendiri).Tapi tak de gambar.Sebab makan nothing much.Tu activity bulan March 2013


 Tada....event ni aku organizer ngan Kodiang,Eina dan Zue.Berjaya direalisasikan pada 6 April 2013 di Berjaya Times Square.Ancasa hantar satu team,dan satu team tu la yang menang juara.Fuh sib baik hantar satu,kalau 3 mau kami tak merasa nak menang hadiah.hahaha...

 Aku lettew...bowlers pencen 4 tahun.Bola tu lebih dari 5 tahun tak pakai,tapi masih berjasa pada tuan.Cuba rasa mcm kekok sebab dah tinggal lama,makanya aku berazam mulai saat ni aku kena main bowling at least seminggu sekali.Skill dah tak sharp.Mie,balik la Malaysia cepat...aku tak de geng nak bowl cam dulu2.


 The iron ladies...event organizers. Kami dulu ajar orang kawad tahu..

 Abang hensem tu nama dia Koddy.Sebab dia orang Kodiang..


Sebagai penutup kami pegi makan KFC,sebab ada geng sponsor voucher.

Sekian aktiviti aku..nanti senang aku update lagi


1 comment:

lowfan78 said...

nama hero disebut2..nasib tergerak nak baca blog kau ari ni.