Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Thursday, August 22, 2013

Metallica Live in Malaysia 2013


Semalam layan konsert Metallica ngan laki aku.Sejujurnya aku bukan la die hard fans,cuma laayan la lagu2 dia jugak.Idea nak pergi konsert ni ialah sebab aku bagi hadiah birthday kat laki aku...so ni belated birthday present la..laki aku minat Metallica.

Petang balik kerja kol 5,cabut balik umah tukar baju.Tak kan pakai baju kerja plak kan.Kata rock metal kena la pakai baju hitam,sluar ketat sampai susah nak bernapas.Sampai umah tukar baju,merempit plak ngan laki aku balik ke hotel tempat keja coz nak parking kat hotel dan jumpa geng Die Hard Fans..Ajax,Meeza,Kodiang and Erry.

Maka berarak lah kami ke Stadium Merdeka yang kat belakang opis aku tu jer...Giler Kentang,ramainya mat-mat metal.Masuk stadium pukul 8,ada performance Cromok kot...ish aku rasa James nyanyi lagi aku faham kot butir kata...

Dalam stadium punya la ramai manusia...tiket paling murah pun 195,tapi penuh jugak la...yang aku tak paham umat manusia yang beli tiket murah ni...dah tau ko mampu takat tu je tak yah  la sibuk nak merusuh nak panjat pagar punya la nak pergi kat platinum zone.Sedih tau..dah tak dapat marahkan RELA ngan Polis.Kau nak platinum zone ko bayar la harga platinum.Ko bayar harga simen merekah la bontot ko dok kat simen tu.Simple kan..ni tak usaha la panjat pagar...pastu RELA pulak usaha la lari kejar sampai dapat.Der..org nak tgk konsert  bukan nak tengok ko main kejar-kejar.

Performance sangat tak mengecewakan.Puas hati walau duit kau abis buat bayar tiket...huhuhu.
Best guitarist in the world katanya....tapi memang kejang la dengar gitar dia...

Lagu-lagu yang diaorang perform memang menganggukan kepala.Aku tengok mat-mat metal hardcore head banging...Amy Search pun insaf kot.Takut je aku tetiba ada je kepala melayang...giler weh!Sebab aku ni rock balada so bangging pun sikit2 dah la..tak yah beria sangat.Laki aku usha satu macam sebab aku bleh nyanyi sama lagu-lagu Metallica.See the leg la brader...bini lu ni minah rock stock kain singkat masa sekolah dulu tahu??

Konsert habis pukul 11..tu pun we want more we want more....rasa macam sekejap sangat.

Sangat puas hati walau dia tak nyanyi lagu fevert aku Unforgiven II.

Till we meet again.

Gambar credit to : lulu-pages@blogspot.com


1 comment:

Wak Gelas™ said...

layannns makk.,ahHKs