Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Tuesday, May 31, 2011

Requirement untuk Kerja....Adil kah or Memang masa untuk berubah?


Susah nak cari keja?Aku memang rajin bab2 cari keja ni..saja tengok Market.Dulu masa mula-mula graduate...paling susah hati sebab semua kerja at least nak satu or dua tahun experience..masa tu rembat je la keja janji boleh survive.

Sekarang ni bleh di katakan aku agak selesa dengan apa yang aku dah dapat,cuma being human kekadang tu selalu la rasa tak cukup itu ini and mula lah nak cari keja lain....jadi mostly everyday aku akan tengok Jobstreet or The Star every Saturday...ni la lubuk aku cari keja.

Dulu masa mula graduate masalah experience...lepas experience dah banyak,lately ni aku notice bila nak mintak keja 3rd language is required by most of the companies.Kenapa aku kata 3rd,sebab English tu aku consider second  la...memang required especially for High End punya Positions. Now kena ada Mandrin or other Chinese language....kita mesti ingat dia company chinese,mesti nak ambik orang dia untuk keja kan...Mula aku pun pikir macam tu...

But now Asian market is emerging...Mandrin being one of the most language used nowadays.Jangan la kita skeptical and buat issues on this.Mungkin sudah tiba masanya kita belajar bahasa lain untuk our own improvement kan.....
Contoh iklan keja:Sumber dari Jobstreet.....


Requirements:
  • Candidate must possess at least a Bachelor's Degree or Professional Degree in Accountancy/ Finance/Commerce or equivalent, preferably with MIA membership.
  • At least 5 years of working experience in the related field, preferably with exposure in property development industry and/or audit environment.
  • Able to work within time constraints and autonomously to meet deadlines without compromising on either quality or accuracy.
  • Possess an analytical and meticulous approach to problem solving and able to exercise sound business judgement and discretion.
  • Excellent leadership skills with ability to coach and mentor subordinates.
  • Good interpersonal skills with ability to communicate effectively at all levels. 
  • Able to communicate effectively in Mandarin, English and Bahasa Malaysia.
  • Two vacancies available each in Kuala Lumpur and Perai respectively.

Inspiring....

A German once visited a temple under construction where he saw a sculptor making an idol of God. Suddenly he noticed a similar idol lying nearby. Surprised, he asked the sculptor, "Do you need two statues of the same idol?" "No," said the sculptor without looking up, "We need only one, but the first one got damaged at the last stage." The gentleman examined the idol and found no apparent damage. "Where is the damage?" he asked. "There is a scratch on the nose of the idol." said the sculptor, still busy with his work. "Where are you going to install the idol?"

The sculptor replied that it would be installed on a pillar twenty feet high.

"If the idol is that far, who is going to know that there is a scratch on the nose?" the gentleman asked.
The sculptor stopped his work, looked up at the gentleman, smiled and said, "I will know it…"

The desire to excel is exclusive of the fact whether someone else appreciates it or not. "Excellence" is a drive of the passion from inside, not necessarily outside. Excellence should not be for someone else to notice but for satisfaction and realization of the self.

Monday, May 30, 2011

Doaku Buat Mereka

This is my 1st time joining the segment...rasa tertarik nak share pengalaman aku yang mengguris hati dan perasaan my parents.Banyak sangat aku rasa,but being mak ayah seburuk mana pun anak...mereka tetap terima kita.Masa sekolah,aku malas sangat belajar...Cikgu pun target paling kuat aku ni keja supermarket or kerani cabuk kat mana2 used car jer.Memang aku malas sangat,nak kata tak pandai tak jugak kot....cuma aku leka.Tak de arah tujuan hidup.Sampai la dapat result SPM...result aku memang sgt biasa2.Aku tahu abah sedih sangat..aku anak sulung,aku diharap jadi contoh untuk adik2 tapi aku gagal jadi yang terbaik.Dengan result aku yang macam tu,nak masuk UNIVERSITI memang jauh la....aku rilex je..abah aku susah payah isikan borang untuk aku masuk ITM,dia kata "Insya-Allah,u score in English  there will be a place for you there..."Aku masa tu tak heran pun,langsung tak punya rasa nak masuk kolej...Kesian abah!

Bila aku diterima masuk,abah la orang yang paling gembira...aku masih lagi tak kesah.Aku masuk ITM pun sebab abah nak sangat aku sambung belajar,sampaikan course pun abah yang pilihkan...Aku wat Diploma in Accountancy...still aku main2.Result cukup makan je lah bak kata orang walaupun aku tak pernah kantoi any paper.Sampai la aku semester empat,subject Costing aku mmg totally tak leh bla ngan paper ni,aku kantoi.Abah yang dapat result tu(zaman dulu result pakai post ye....)dia panggil aku.Muka dia tenang je,tapi apa yang dia cakap kat aku tu makan dalam sampai hari ni aku ingat......"Along...abah buat semua ni for ur own good.Abah tak de harta nak tinggalkan untuk anak2 abah,alonglah harta abah yang paling berharga,jadi before I closed my eyes abah nak tinggikan nilai harta abah ni supaya dia mampu jaga mak dan adik2 dia nanti.Dengan ilmu yang Along dapat...gunakan sebaik mungkin untuk jaga mak dan adik2 nanti...janji ngan Abah ya...do not stop until you get your Degree...."Menitik air mata dia masa cakap ni kat aku.But me as usual,aku kering....walaupun apa yang dia cakap tu terkesan di hati aku ni...sikit!

Sampai la last paper final semester aku kat ITM,the next day...Abah passed away.....Rupanya abah tunggu aku sampai aku abis diploma sebelum dia tutup mata.Seriously,lepas dia dah tak de,baru la aku sedar kenapa dia buat semua ni.Kenapa dia nak aku jadi orang pandai,ada kerjaya yang bagus...Abah...Along mintak ampun,along mintak maaf sebab selalu abaikan nasihat abah.

Lepas abah tak de,aku la yang pikul tanggungjawab jaga adik2 yang masih sekolah.Alhamdulillah,aku hantar semua adik2  aku ke universiti,aku sendiri lepas dua tahun abah pergi,aku sambung buat degree...dan sekarang aku dah half way nak tamatkan Masters.Abah..Along doakan abah tenang dan damai kat sana,adik2 semua Along hantar masuk universiti.Terima kasih sebab beria-ia nak jadikan Along insan berguna.

www.benashaari.com

Citer Pirates of the Caribean

That is one of my favorite movies...jadi setelah berjanji ngan En Hubby,kitaorg pegi la tengok wayang last nite.Mula rancang nak pegi hari ni tapi En Hubby kena MOD pulak.Tengok kat EC Mall.Mula nak tgk yang biasa ye,nak beli tiket tinggal seat depan je.Kena  la tengok yang 3D punya...1st time tu.Jakun gak la tengok benda macam depan mata sendiri tapi wat2 cam biasa je.(control!!)....Adib ngan En Hubby tak habis2 dok wa...waa...realnya!

Overall stroy tak menghampakan..Jack masih dengan tipu helah and style giler2 dia,jadi tak la rasa rugi bayar tiket 3D di saat masih belum dapat gaji and duit tinggal nyawa2 ikan jer...habis wayang kol 11.30,gerak balik and Adib ngadu kata lapar so kita singgah makan kat Balok sambil layan DO RE MI....
Sampai umah 12.30,tukar baju segala angkat Armand masuk tido ngan aku.Mak demam tak sampai hati lak nak biar cucu nyusahkan dia bagun tgh2 malam buat susu(walaupun Armand dah jarang minum susu malam)

Ps:Mode puas ati coz dapat tgk Jack Sparow

Sunday, May 29, 2011

Santai Bersama BEN ASHAARI: Senarai syarikat yang mendapat sijil halal terkini ..

Santai Bersama BEN ASHAARI: Senarai syarikat yang mendapat sijil halal terkini ..

Reason for me to start blogging back.....

Ayat x leh blah macam blogger tegar yang baru buat comeback....Aku start buat blog ni since 2008,masa tu tgh howwtt masing2 ada blog sendiri...tapi harammmm tak reti.Masuk ni aku rasa ada 6 kali aku tak ingat password.Menulis sekadar bila aku ada mood....tak caya tgk la mau setahun setengah lepas ni baru hapdate plak...Tapi aku perlu satu medium untuk aku luahkan perasaan aku ni....jadi aku kembali menulis di blog ini.REASON????keh keh keh...kat opis ni twitter n FB di block...

Buat kawan2 di FB aku mmg tau aku selalu gak la hapdate status,perasaan,perlian,apa saja lah pasal diri ini tapi bila kemudahan itu di block di opis ini,wireless pun macam jahanam perangainya,,,jap ada jap tak de,jadi aku terpaksa la rujuk balik ke blog ini untuk meluahkan perasaan aku.That's the reason why I turn to you blog!

Hari ini Ahad...ya Ahad dan aku ditempat keja...Kerja hari Ahad???That's not something new for hoteliers.Cuma I miss my bangun lambat on Sunday,walking to kedai roti canai and baca sorat kabar while enjoying my coffee.Segalanya nikmat itu hilang bila aku decide nak wat Master kat Uitm in Hospitality Management.Aku dah lepas 2 semeter dah...another 3 to go.......Sekarang ni ok sket coz cuti semester and Kerajaan pulak decide semua nanti masuk September...cuti panjang la....Ingatkan boleh la bersuka ria di pagi Ahad sbb aku keja hari Sabtu(kalau ada kelas aku off Sabtu and keja Ahad)namun boss aku kijam yang amat....kena gak keja Ahad and replace on the other day.Fine aku ok,tapi bila aku mintak nak off in any other days on weekends...mula lah dia buat perangai Firaun dia....Takut sangat kalau aku tak de!Aku kena cari keja lain.....biar dia menggelupur!

Ps:Ko soh sgat aku keja Ahad kan.....ye aku blog walking jaga tepi kain orang seharian hari ini!

Saturday, May 28, 2011

Updates on this week....23May till 27 May 2011

Aku memang tak punya byk masa untuk berblogging mcm orang lain..But sometimes I do feel like I need to write something for me to remember di hari tua nanti..And taking into consideration that I am accountant tegar,jadi sudah tentu bakat menulis tu agak out sket,...tapi aku akan berusaha dengan lebih gigih lagi untuk memastikan aku punya sesuatu untuk aku kenangi di hari depan..

Monday:Hari pertama datang keja untuk minggu ni...biasa hari senin aku agak bzz ngan report2 untuk dibentangkan during resort meeting every Wednesday.But this week,meeting hanya akan berlaku hari Khamis,so aku agak loosen a bit today.Tak byk benda interesting berlaku cuma tiap kali aku datang keja aku mesti tak sabar nak balik umah sebb anak comel aku tu la...Petang aku balik umah sambil tgk tv Astro Warna,masa tu tgh tayang Ada Aku Kesah..saja nak test aku pun tanya anak aku yang baru umur 2 tahun setengah tu...Armand ni citer apa,dengan selamba dia jawab ada ku kecah.....mak aii aku terjua campur bimbang!!!Tu belum dia cakap Mummy Armand nak tgk cite toyeaaa(Citer Korea)...huaaaaaa punah!!!

Selasa:Nothing much,keja macam biasa,buat2 bzz jugak,hari ni pg MPK jumpa En Rahim merangkap jiran belakang umah kat Bukit Sekilau.Setengah hari abis kat sana,balik opis sambung buat report.

Rabu:Nothing much,bzz mcm biasa...jadi buat je lah keja sampai ke malam.Balik petang tu,hujan super lebat.Takut giler nak drive.Redah gak la,dari opis ni nak sampai umah aku ada la kat sejam kalau tak ikut high way.Bila ujan lebat aku takut naik highway LPT yang gelap & berhantu tuh...sanggup ikut jalan lama..
Sampai Gebeng,ujan makin lebat,hampir tak nampak arah tujuan tapi redah jugak sbb rindu sangat kat Armand.And towards jalan bertanah merah ada air melimpah atas jalan,aku redahkan jugak tiba2 satu lori kurang ajar sgt sudah lanngar itu air and it splashhhhh over my luvly Aaron Aziz.Gelap pandangan coz of that bloddy lumpur,sib baik ujan lebat giler so it washed away the lumpur.Gerak secara bersopan santun hingga tiba ke destinasi Rumahku Sorga ku....Bukak je pintu keta nak sebak(motif?)aku tgk keta yang disaluti lumpur.Decided just to ignore,aku masuk umah mandi2 and tido.Penat x hingat punya.

Khamis:Meeting day,aku harus semangat!!!Kuar pagi baru la dapat gambaran sebenar betapa comotnya keta aku...rasa malu lak nak bawak....giler demotivate.Sebab meeting aku gagahkan juga drive,rasa mcm nak drive sambil tutup muka ngan kotak,takut orang kutuk...padan la keta ngan tuan sama comot! keh keh keh.
Kat company aku ni selagi tak lepas Asar or just nice sebelum Maghrib memang tak kan stat meetingnya.Habis meeting dekat2 ngan waktu yang sesuai nak wat Solat Hajat.Giler sangat.....Sib baik la aku tak dapat keja lain lagi....tak de hingin nya aku keja kat company buat org macam takde agama!habis burn waktu2 wajib solat esp Maghrib.Bulan puasa harus la korek hidung je kot....
Tapi meeting hari ni habis awal...7.30.Lompat aku masuk keta terus pecut balik umah.......best2!

Ps:err keta masih comot hokey,car wash dah tutup.....

Jumaat:Sebab baru pas meeting,hari ni aku agak loosen a bit.Cuma nak daftarkan company ngan Tourism Malaysia.ada ke patut dah dua tahun operasi x nak daftar...memang style KONGSI la depa ni berniaga.Masuk briefing kol 2,3 lebih pecut g office Tourism Malaysia kat Kuantan.Sejam gak perjalanan.Dah pegi baru tahu byk benda belum complete.Balik la kalau itu macam...Pegi Bukit Sekilau ambik my mom and son.Otw balik singgah beli satay kat Balok,coz my mom cakap Armand tak nak makan sgt hari ni.Sampai umah mandi2 hidang satay,ambik ko Armand sorang 10 cucuk...memang anak Mummy la!
Lepak2 sambil tgk Maharaja Lawak...memang kewllll la Jozan n Jambu.Nabil mmg borned to be a Lawak King.Tidoooo coz aku harus keja Sabtu dan Ahad!

Tuesday, May 24, 2011

From Finance Office Jugak.....but with diff company

Tajuk entry secara terang lagi bersuluh menunjukkan aku tukar keja lagik....balik East Coast since 2009 sedikit sebanyak menggugat kedudukan kerjaya aku...Menyesal???Ya....x la!banyak??? sket2 kot.tapi baru adventure namo eh.....last entry aku bersiaran dari Impiana Resort Cherating.Pastu mood nak berbelog hilang,so aku tak menulis.tapi banyak benda jadi kat aku sepanjang persaraan aku dari bidang penulisan...kekekkeeke.Lepas Impiana aku tukar keja,setelah owner tu agak menyampah tgk muka aku asyik gagap sangap je dalam meeting,aku belah..kunun mengejar tangga corporate...corporate ladder kekdahnya!namun ado!!nanti la bila aku rasa comfortable nak share I will reveal.sekali lagi aku menyesal?? aku bersyukur sangat2...walaupun tempat kerja baru aku ni bukanlah company idaman aku....namun Allah Taala telah mensuratkan bahawa rezeki aku disini...tapi aku tak akan berhenti dari mencari dan terus mencari.......Doa kuat2!