Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Monday, May 30, 2011

Doaku Buat Mereka

This is my 1st time joining the segment...rasa tertarik nak share pengalaman aku yang mengguris hati dan perasaan my parents.Banyak sangat aku rasa,but being mak ayah seburuk mana pun anak...mereka tetap terima kita.Masa sekolah,aku malas sangat belajar...Cikgu pun target paling kuat aku ni keja supermarket or kerani cabuk kat mana2 used car jer.Memang aku malas sangat,nak kata tak pandai tak jugak kot....cuma aku leka.Tak de arah tujuan hidup.Sampai la dapat result SPM...result aku memang sgt biasa2.Aku tahu abah sedih sangat..aku anak sulung,aku diharap jadi contoh untuk adik2 tapi aku gagal jadi yang terbaik.Dengan result aku yang macam tu,nak masuk UNIVERSITI memang jauh la....aku rilex je..abah aku susah payah isikan borang untuk aku masuk ITM,dia kata "Insya-Allah,u score in English  there will be a place for you there..."Aku masa tu tak heran pun,langsung tak punya rasa nak masuk kolej...Kesian abah!

Bila aku diterima masuk,abah la orang yang paling gembira...aku masih lagi tak kesah.Aku masuk ITM pun sebab abah nak sangat aku sambung belajar,sampaikan course pun abah yang pilihkan...Aku wat Diploma in Accountancy...still aku main2.Result cukup makan je lah bak kata orang walaupun aku tak pernah kantoi any paper.Sampai la aku semester empat,subject Costing aku mmg totally tak leh bla ngan paper ni,aku kantoi.Abah yang dapat result tu(zaman dulu result pakai post ye....)dia panggil aku.Muka dia tenang je,tapi apa yang dia cakap kat aku tu makan dalam sampai hari ni aku ingat......"Along...abah buat semua ni for ur own good.Abah tak de harta nak tinggalkan untuk anak2 abah,alonglah harta abah yang paling berharga,jadi before I closed my eyes abah nak tinggikan nilai harta abah ni supaya dia mampu jaga mak dan adik2 dia nanti.Dengan ilmu yang Along dapat...gunakan sebaik mungkin untuk jaga mak dan adik2 nanti...janji ngan Abah ya...do not stop until you get your Degree...."Menitik air mata dia masa cakap ni kat aku.But me as usual,aku kering....walaupun apa yang dia cakap tu terkesan di hati aku ni...sikit!

Sampai la last paper final semester aku kat ITM,the next day...Abah passed away.....Rupanya abah tunggu aku sampai aku abis diploma sebelum dia tutup mata.Seriously,lepas dia dah tak de,baru la aku sedar kenapa dia buat semua ni.Kenapa dia nak aku jadi orang pandai,ada kerjaya yang bagus...Abah...Along mintak ampun,along mintak maaf sebab selalu abaikan nasihat abah.

Lepas abah tak de,aku la yang pikul tanggungjawab jaga adik2 yang masih sekolah.Alhamdulillah,aku hantar semua adik2  aku ke universiti,aku sendiri lepas dua tahun abah pergi,aku sambung buat degree...dan sekarang aku dah half way nak tamatkan Masters.Abah..Along doakan abah tenang dan damai kat sana,adik2 semua Along hantar masuk universiti.Terima kasih sebab beria-ia nak jadikan Along insan berguna.

www.benashaari.com

No comments: