30 March 2007,aku selamat bergelar isteri kepada Mohd Hazlan Hamzah.Chef berjanggut perang yang berjaya mencuri pandangan aku hari kedua aku report duty kat Pulau Jerejak juga pada bulan March tahun sebelumnya.Aku tak de niat nak serius pun mula-mula.Ingat nak buat stock clubbing ngan teman tengok wayang je.
Tapi kalau dah jodoh kan,rupanya aku tak tepuk angin,dia pun show interest kat aku.Thru Farah aku punya purchasing staff start la kirim2 salam,pastu kirim-kirim food,pastu mintak no tepon...keh keh keh.Akan tetapi...banyak rintangan rupanya...ingat senang je.Chef ni kategori kacak gak la,jadi rebutan minah2 Indon trainee dan minah-minah kilang yang datang buat event kat Pulau Jerejak.Being a man,biasalah gatal tu wajib.Jadi aku tak la heran sangat,ada jodoh ada lah,tak de aku redhooo!Sebab umur pun dah 3 series masa tu,dah ada pangkat,dah ada harta,kawen is not so priority.Macam aku cakap la,aku mana ada bercinta berkasih sayang rindu dendam bagai...cuma aku rasa aku selesa ngan dia.Dan lepas kenal dia,aku dah takde selera nak berpoya-poya ngan orang lain.
Bab gatal setel,sebab dia tengok aku tak port sangat,just go with the flow.Buang masa kot nak berebut-rebut,layan sms gila is soooo not me.Aku rilex je,dah lama kot bujang,apa ada hal...tak de nya merintih-rintih kenapa orang tak nak kat aku.Kenapa jodoh tak sampai,apa dosaa aku??(tergamak...padahal tahu diri banyak dosa).Bab kedua adalah dari kaum keluarga.Sebab?Sebab aku hitam.Serius!Buat apa aku nak tipu.Tak sepadan ngan mereka yang sangat putih bak telur dikupas itu.Siap dah carikan jodoh lain kot untuk laki aku.Putih melepak macam diaorang so that keturunan nanti akan putih la juga...WTH?
Tapi kalau dah tertulis jodoh aku dengan dia,jadi jugak la akhirnya.Makanya 30 March 2007,kami selamat di ijabkabulkan.Tapi aku benci gambar wedding aku.Make up aku,aku tahu la aku tak cantik,tak reti ke nak mekap aku bagi jadi cantik sket..
Hari ni,alhamdulillah,genap 5 tahun perkahwinan kami.Aku tahu pun sebab ada reminder kat FB.Teruk kan?Tapi laki aku lagi la...langsung blur.Anyway thanks to FB.Aku tak mintak banyak,aku cuma mintak Allah panjangkan usia perkahwinan kami,jadikan kami ini ibubapa yang terbaik untuk anak-anak kami,diberkati rezeki kami dan dikurniakan kesihatan yang berpanjangan agar kami dapat terus berbakti kepada ibu bapa kami.
Amin
P/s : I love you unconditionally
Luahan rasa dari the other side of me.Ups and Down,keterujaan,kesedihan,kekesalan dan pengalaman diri ini as a human being...Yes I am just an ordinary person.Nothing special...
Korang Cool Kalau Klik Di Sini
Friday, March 30, 2012
Wednesday, March 28, 2012
Aku tak tau nak letak tajuk apa
Hari-hari time balik kerja,bila lalu kat Plaza Rakyat,aku selalu perhatikan sorang budak perempuan,dia minta sedekah kat laluan pejalan kaki ke Plaza Rakyat.Dan dia dengan anak dia yang aku rasa sebaya Armand.
Anak dia kurus sangat,macam tak cukup makan,tak sihat.Situasi tu tak pernah gagal menumpahkan air mata aku.
Semalam,masa aku lalu,dia kongsi makan nasi lemak dengan anak dia,sebungkus kecik.Lagi sekali menitik air mata aku sepanjang aku menapak ke stesen lrt.Dulu...lama dah,aku pernah tanya dia,sambil aku hulur duit aku tanya,kenapa sampai macam ni?Adik terpaksa atau memang adik pilih macam ni?Senyap tak kata apa....
Jujur aku kata...tiap kali nampak dia dan anak dia kat situ,hancur hati aku ni..entah,aku memang cepat simpati,aku ni hati jelly.
Ya Allah,lindungilah dia,lindungilah anak kecil itu...Walau siapa pun dia,apa pun niat dia aku yakin pasti ada cerita disebalik semua itu......
Friday, March 23, 2012
Sunday, March 4, 2012
Mari...Mari New Stock Sudah Sampai
Bisness kecil-kecilan aku.Stock baru sampai kalau sapa berminat silallah email aku di elya.wirdati@yahoo.com.Barang-barang ni dari China.Aku tak jual mahal2 sebab aku dapat pun murah2.Ini replika,tapi aku berani jamin kualiti bagus,padan la ngan harga.
Stock wallet Feragamo ngan Prada.Mari kita layan gambar.....
Stock wallet Feragamo ngan Prada.Mari kita layan gambar.....
Feragamo Green Colour-RM 45 exl postage
Dari depan-Feragamo Brown RM 45 |
Inside |
Yang ini pulak kaler biru...serius nicee.
Keadaan di dalam
Feragamo-3 Colour Blue,Brown&Green
Cantik bukan.....
Ini Prada...3 Colour jugak..Blackie,Brown and Red
Prada-RM 45 exl postage |
Rupa bentuk di dalam-Brown
Sapa nak order sila la email.Ambik banyak boleh further discount lagi.
Kualiti bagus.
Email to :elya.wirdati@yahoo.com
FB aku Leya Nasir
Till then...babai
Family Gathering@Agrobase Sg Buloh
Semalam berlangsung majlis ramah mesra antara family kat umah Mak Ngah aku di Sg Buloh.Mak Ngah ni adik ayah aku,anak dia tokey Agrobase kat Sg Buloh tu,so sapa2 yang nak beli pokok bunga,pasu2 silalah ke sana...
So kita layan gambar je lah dulu...tak de benda nak citer sangat pun.
So kita layan gambar je lah dulu...tak de benda nak citer sangat pun.
Aku la tu.Muka macam pau terlebih mauri pan suda.....
Aku lagi&Chef of the day...Chef Lan yang ambik cuti sempena event ni
Hoh...garden concept gitu...sambil bbq sambil jual pokok
Armand ngan Murni anak cousin aku yang tokey pasu
Chef yang sangat gembira sebab dapat petik rosemary fresh...
Ini lah Meang Kam my Mom punya speciality..makanan org Thai.Makan ngan daun kaduk...sedap giler...
Gambar sewaktu BBQ tak ambik sebab enpon habis bateri...
Sekian
Subscribe to:
Posts (Atom)