Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Wednesday, July 25, 2012

Anak,Gadget dan Anda....

Tajuk macam ilmiah..
Tapi yang aku nak share di sini ialah sekarang aku dah mula rasa tersisih sebab Armand dah tak heran kat aku.Why?sebab dia ada kegilaan baru..main game kat henpon aku.Dah la baru beli,henpon tu jadi macam hak milik dia sekarang ni.Tak dapat enpon laptop lak jadi mangsa.Tak dapat dua-dua aku jadi mangsa..bernanah telinga dengar dia jerit...Hai la anak!


Meibi korang akan kata,ajar la lagi anak ngan gadjet,bila anak wat tak tahu mula la sentap bawak diri pegi kedai bawah...aku lettew!Sesengguhnya,aku tak pernah ajar anak aku bab game2 ke apa.Serius,Armand sorang budak yang tak suka mainan pada mula nya.Jadi kupikirkan gadget pun dia tak layan.Aku tak pernah abiskan duit beli mainan kat dia,dia pun tak pernah mintak.Dia main hanger,sepit baju,minyak rambut papa dia,sabun dan akan berusaha menterbalik kan rumah dengan apa cara sekalipun but not with mainan.Dari penyepit  baju tu lah dia buat kereta,motor,enpon ikut creativity dia, tudung saji aku dia dok dalam tu and pusing2 kan diri,laundry basket aku dia tolak satu rumah,tu je lah pun cara dia hiburkan hati dia dan sakitkan hati aku.Cuma dia tak leh menahan kalau tengok bola,dia tendang bola satu rumah,sampai tahap aku rasa nak letupkan bola tu.


Tapi laki aku,dia la suka tunjuk game kat enpon dia kat Armand sebagai salah satu tools nak soh budak tu dok diam.Enpon aku mmg tak de game coz aku ada satu jenis gila kalau main game..menggelupur and gelabah tak tentu pasal.Body reflect aku sgt menjengkelkan kalau aku main game,so dari aku malukan diri kat khalayak ramai better not.Start dari situ dia dah pandai nak main game kat enpon,pastu tengok plak si Adib main game kat laptop,ehh advance setapak lagi.Mula la berebut laptop ngan aku time aku nak wat assignment.Selama ni dia kerjakan enpon papa dia dan laptop aku.


Bila aku beli phone baru,dia dok tanya-tanya aku ada game tak?aku cakap tak de,enpon mami mana ada game.So fine la..tak layan la enpon aku...akan tetapi,masa nak balik Kedah itu hari,laki aku ambik enpon baru aku dan start main game.Armand pun cakap kat aku,ooo enpon mami ada engy bird!Aku tak pernah ajar dia main angry bird tapi dia dengan selamba main dengan jayanya.So enpon tukar strata..pindah hak milik.Tensi mak,dah la touch screen,ngan hingus segala melekat kat screen enpon baru aku.


So sekarang bila aku balik kerja,kalau dia dah sampai rumah dulu,dia sambut aku mcm biasa tetapi dengan pertanyaan mana enpon mami????Sentap hati mak nakkkk*tangan di dada mata ke atas*


Jadi..sila lah rasa terbuang sekarang!


Btw anak aku tu baru umur 3 tahun setengah.....

Friday, July 20, 2012

Selamat Datang Ramadhan..


Salam Ramadhan untuk semua.Dengan rendah hati saya memohon maaf atas segala kesilapan dan kesalahan samada sedar ataupun tidak,diharapkan Ramadhan ini menjadi yang terbaik buat kita dan semoga kita semua diberkati,dikasihi dan di berkati Allah sentiasa.Amin...Selamat Menjalani Ibadah Puasa! :-))
 ·  · 8 minutes ago near Kuala Lumpur · 



Status update di FB.Untuk kawan2 yang baca blog ni,aku ucapkan yang sama buat kalian.



H.A.T.I

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifatNya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. ( Al anfal :2 )


Kemain lagi ustazah pilihan lah sangat*sambil betulkan tudung labuh ke perut*


Bila bercakap soal hati ni,memang manusia tak kan dapat lari dari berburuk sangka,berbusuk hati semasa insan.Nama pun manusia,yang tak perfect ye dak?Tapi tu lah kan,dalam sedar tak sedar kadang-kadang kita ni selalu sangat nak buruk sangka ngan orang without knowing the real fact.err dapat tak apa yang aku cuba sampaikan?aku fail bab explain2 ni.


Antara contoh2 penyakit hati ialah,tak leh tengok orang lebih dari kita.Mula akal panjang nak kondem orang.Sebab?Mungkin kita tak dapat apa yang orang tu ada.Rezeki masing2 beb,dah kalau memang Allah bagi dia rezeki lebih,kita ni cuba lah usaha lagi nak capai macam apa yang diaorang ada.


Tetapi...ada tapi dia!macam aku cakap kita ni tak sempurna sifatnya.Ye lah,kalau dah Allah bagi kita rezeki lebih,aku tak nampak kat mana point nya kita perlu tunjuk2 kat orang.Contoh...ni contoh ye,aku pergi shopping kain baju,baju aku baju anak,baju laki..perlu ke aku tulis kat blog tayang berapa harga aku spend untuk barang-barang tu semua?Macam tu jugak kalau pergi beli barang keperluan rumah?..Yes, blog masing2,buat la suka ati pun,tapi apa pandangan orang yang baca?Apa sebenarnya tujuan kita?I dont see any point there.And kalau kita bersedekah pun,perlu ke kita bercerita seluruh alam yang kita baru je sedekah?


Aku ada kawan,kawan lama dari zaman ITM lagi.Masa belajar dulu,nasib dia lebih baik dari aku,I mean dari segi financially.Mak abah aku bukan orang senang,so aku ni masuk dalam kategori sederhana.Makan pun kat Dewan Makan je,hadaplah ayam busuk kari ikan jaket,tapi tak pe aku dapat jugak grad dengan jayanya.So kawan aku ni selalulah belanja aku makan,dia jenis tak kenal lauk Dewan Makan,jadi ke cafe lah dia hari2.So bila dia ada duit lebih,dia nanti beli nasi lauk ayam kat aku.Time tu ada RM 3.50 tu mewah sangat dah.


Allah tu akan sentiasa uji hamba dia,aku lost contact ngan dia since kami graduate in 1996.Aku betul2 tak dengar khabar berita,sampai la baru2 ni dia dapat cari aku kat FB.Dari situ kitaorang start in touch balik dan aku dengar semua kisah sedih dia.Hilang suami dan harta dalam sekelip mata,kena cerai coz hubby gila pompuan lain.Anak2 ngan dia,dan dia sampai hilang arah hidup sebab kena cerai.Dia berhenti kerja lama,coz husband (time tu) suruh jaga anak.


Dah Allah tetapkan kami jumpa balik,dia dah pun kawen baru,but still ada je masalah ngan laki baru ni,aku ambik dia kerja kat tempat aku.Reporting to me,jadi staff aku.Aku pikir anak-anak dia,bila dia kerja dapatlah dia sara anak dia.Itu je pun yang aku boleh tolong.Gaji pun tak banyak,tapi setakat tu je yang aku boleh tolong.Aku sebenarnya banyak kecik ati ngan dia,dulu...tapi aku tak pernah lupa yang dia selalu bagi aku makan di saat aku kering,pokai dan tak lalu nak makan nasi kat Dewan Makan.Itu yang paling aku ingat!Apa yang dia pernah kutuk,kata aku dulu-dulu aku halal kan.We are not perfect...masing2 ada penyakit HATI.


To my fren,N terima kasih atas budi baik kau dulu,aku tak mampu nak tolong kau banyak,ini je yang aku mampu tolong untuk kau besarkan anak kau.Cari balik keyakinan diri kau yang hampir hilang.Kerja elok-elok,jangan byk komplen sangat..haha..this is real world beb!Busuk hati,dengki,kutuk2 akan sentiasa mengelilingi kita.Bertahan dan pedulikan!




*Selamat menyambut Ramadhan Al Mubarak,maaf diatas segala ketelanjuran*Semoga Ramadhan ini menjadi yang terbaik buat kita semua.Amen....

Thursday, July 19, 2012

Research Proposal Defence and Makan2 Lunch for the last time


Kita mulakan dengan gambar lepas kenyang mencekik.Thanks to Nik's hubby tolong snap kan picture.Sorang tak de coz pergi tapau makanan untuk laki dia.

From left Linda(KLMU)Rossi(PoliJB)Addy(Insaniah UC),Aku ,Azhar(Poli Sabak Bernam)Along(Poli Sabak Bernam)Wana(Uitm Melaka)Nik(KLMU)and Izwan(KLMU jugak)See...kawan2 aku semua lecturer kan?Aku je dari industry,tapi tak pe kalian rockss bebeh...terutama time buat assignment last menet.

www.hazeleya.blogspot.com
Lokasi:Pak Su Corner Seksyen 16.

Gambar ni diambil sempena majlis lunch bersama-sama setelah merelakan diri di belasah oleh panel sewaktu pembentangan RP.Jadi faham2 bila muka tak berapa ceria makna nya teruk la kena taruk..haha.


Aku Erda n Zahar(Warga Emas)sebab kami hampir sebaya.Aku kata hampir bukan sebaya..dan aku lah paling muda antara diaorang berdua.Ok aku tipu!

Sedih jugak la bila ingatkan yang lepas ni masing2 susah nak jumpa dah.Dah sebelah kaki nak genggam scroll.No more weekend class lepas ni.Rindu weh,sebab masa ni lah baru otak aku betul-betul buat critical thinking.Nak buat PHD nampak gaya nya tidak lah kot,apa aku nak jadi?Aki bukan nak jadi lecturer pun.Aku sayang kerja aku sekarang.

But seriously.Aku sedih.Sebab tak de kelas lagi.



Sunday, July 8, 2012

Journey towards the end...Macam tak percaya..Rasa baru je interview nak buat Master

Hari ni 8 July 2012,last paper.macam aku tulis kat status fb aku..last paper...last paper!Paper SPSS.Sapa yang buat research mesti akan guna software ni untuk interpret data.Meh aku citer dari mula aku wat Master sampai nak abis dah perjalanan aku ni...


Masters..satu benda yang sebenarnya aku tak terfikir pun nak buat.Aku pun tak tau apa yang rasuk aku time tu,sampai aku boleh isi borang sambung master.Time tu aku keja kat Impiana Resort Cherating,baru je balik ke kampung halaman setelah beberapa tahun merantau.Aku ni jenis nak wat apa memang tak pikir panjang,redah jer,tak pikir dah baik buruk,kesan akibat,pengorbanan yang aku kena lalui untuk menggenggam segulung ijazah..kemain lagi ayat!Actually aku isi borang tu out of frustration.Konon ada master nanti aku nak jadi lecturer je,malas dah nak keja hotel.Malas nak balik malam hari,kerja tak tentu masa.


Bermulalah perjalanan aku berulang dari Cherating ke Shah Alam every week.Semester satu,kelas ada Sabtu & Ahad pagi,so lepas kelas hari Ahad aku cabut balik ke Cherating.Enjoy my first semester,even thou terkejut coz after 10 years leaving school,I decided to come back.Suasana yang sangat lain,classroom,facilities,maklumat di hujung jari,macam macam lah..
Dulu time aku Diploma & Degree,buat assignment pakai typewriter letrik lagi.Sapa ada PC time tu memang mak ayah kaya,sapa anak orang miskin sila berebut kat lab or guna je lah typewriter letrik.Sekarang ni nak wat assignment google scholar je...dapat info dan olah la baik2 agar tidak di tangkap kerana plagiarism.


Stress nya toksah cerita.Masa dari minggu ke minggu sangat super cepat.Balik dari kelas weekend,Isnin masuk kerja..sedar2 dah hari Rabu..bila dah Rabu mula gelabah sebab assignment tak siap lagi.Aku pernah buat assignment dalam bas express Kemaman-KL.Siap jugak...All you need is strong will power and ketabahan tahap dewa langit ke tujuh.Dalam pada stress tu,dapat plak better offer dari Genting Group.Masa ni aku dah masuk semester ke dua.Masa kat Impiana dulu aku dapat pelepasan hari Jumaat half day,Sabtu & Ahad cuti.Kat company baru,aku mmg half day Jumaat,Sabtu cuti and Ahad aku kerja.Timing cun plak tu,sem dua aku tak de kelas hari Ahad.Tapi kelas Jumaat,Sabtu pagi & petang.Disebabkan aku berulang dari Kijal,walaupun half day gerak kol satu,aku tak sempat sampai kelas Jumaat petang.Jadinya kena lah drop satu paper iaitu Organizational Behaviour.Kelas aku Sabtu pagi n petang.Dua paper sahaja.


Stress level aku makin naik,but not because of studies tapi hal kerja.Aku tak leh cope ngan kerja di Kijal.Performance aku drop,aku depress,aku di serang adjustment disorder.Aku totally useless..hidup dalam dunia aku sendiri.Aku pernah drive balik from Shah Alam to Cherating crying all the way.Hidup aku hampir musnah,anak dan suami terabai.Aku betul-betul asingkan diri dari diaorang.Armand sangat tidak rapat ngan aku,he is more to my mom and papa dia.Tapi aku langsung tak kisah,sebab aku bizi layan kesedihan aku.


Suami,nak kata dia sokong apa yang aku buat ni,aku nampak macam dia tak port.Tapi bila dah jadi sampai tahap macam ni,dia bwk aku jumpa doctor.Aku sebenarnya lalai dengan hidup.Aku pentingkan duniawi.Aku lupa tuhan.Aku abaikan perintah Allah.Sebab tu aku susah hati,gelisah.Doctor tu bagi aku ubat,and at the same time nasihat aku,kembali pada Allah.Susah hati baca Quran,itu ubat dia.Jiwa tak tenang,mengadu pada Allah.Alhamdulillah,aku beransur tenang,tapi aku perlu jugak keluar dari situ.Aku tak nak salahkan sapa2,pada aku,aku sendiri punca pada semua masalah tersebut


Cukup 6 bulan aku tukar kerja lagi,kali ni ke Bukit Gambang Resort City.Aku join company tu ngam2 aku nak abis semester 2.Kat situ aku dapat balik keyakinan aku.Kerja banyak tapi aku puas,nak kata seronok mana ada kerja fun ye dak?Selagi kau tak kerja sendiri selagi tu lah.Kebetulan masa aku join BGRC sistem cuti untuk pelajar Degree and Master diselaraskan,so cuti sangatlah lama..macam nak masuk 5 bulan,hampir aku lupa yang aku ni Master's student.Sampai camtu sekali lamanya...


Aku sebenarnya tak larat nak berulang every weekend ke Shah Alam.Aku nekad sebelum aku masuk semester 3,aku kena cari kerja kat KL.Kebetulan jugak laki aku dah tukar ke KL jugak,jadi semangat makin membara lah nak transfer ke KL jugak.Faktor lain ialah anak aku,yang sangat close ngan papa dia.Sakit budak tu tanggung rindu,sakit mak nya lagi...kekekkeke...Jadi cukup 6 bulan aku kat BGRC aku kembali ke KL.Aku roger boss lama n kebetulan mmg dia nak pakai Accountant,so rezeki aku lah.Masuk semester tiga aku dah pun bekerja kat KL.Gitulah sikit sebanyak perjalanan aku nak completekan Masters aku.


Sekarang dah hampir tiba ke penghujungnya,Alhamdulillah aku dapat jugak lalui semua ni.Tapi tak yah kira berapa banyak air mata mengalir,tak tido buat assignment,buat assignment dalam bas,lepak Mekdi sampai pagi buat kerja sekolah,but soon I'm going to miss the moments.Aku dan bunch of frens yang sangat luvly dan penuh dengan semangat setiakawan.


Addy,Izwan,Yana,Azhar,Rossi,Wana,Linda,Erda,Syahir & Nik I am grateful to have all of you as brother and sista.Akak doakan kejayaan akan mengiringi langkah kalian.


Err jom sambung PHD....hahahahaha


bai.

Wednesday, July 4, 2012

Di Penghujungnya

Hari ni Birthday hubby..
Aku dah nak abis study...dah ujung2 ni rasa sedih plak...Perlu ke sambung lagi...
Aku sibuk sangat..tu jarang update blog...
Banyak nak citer..nanti2 lah

Daaaaaaa~~~