Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Sunday, July 8, 2012

Journey towards the end...Macam tak percaya..Rasa baru je interview nak buat Master

Hari ni 8 July 2012,last paper.macam aku tulis kat status fb aku..last paper...last paper!Paper SPSS.Sapa yang buat research mesti akan guna software ni untuk interpret data.Meh aku citer dari mula aku wat Master sampai nak abis dah perjalanan aku ni...


Masters..satu benda yang sebenarnya aku tak terfikir pun nak buat.Aku pun tak tau apa yang rasuk aku time tu,sampai aku boleh isi borang sambung master.Time tu aku keja kat Impiana Resort Cherating,baru je balik ke kampung halaman setelah beberapa tahun merantau.Aku ni jenis nak wat apa memang tak pikir panjang,redah jer,tak pikir dah baik buruk,kesan akibat,pengorbanan yang aku kena lalui untuk menggenggam segulung ijazah..kemain lagi ayat!Actually aku isi borang tu out of frustration.Konon ada master nanti aku nak jadi lecturer je,malas dah nak keja hotel.Malas nak balik malam hari,kerja tak tentu masa.


Bermulalah perjalanan aku berulang dari Cherating ke Shah Alam every week.Semester satu,kelas ada Sabtu & Ahad pagi,so lepas kelas hari Ahad aku cabut balik ke Cherating.Enjoy my first semester,even thou terkejut coz after 10 years leaving school,I decided to come back.Suasana yang sangat lain,classroom,facilities,maklumat di hujung jari,macam macam lah..
Dulu time aku Diploma & Degree,buat assignment pakai typewriter letrik lagi.Sapa ada PC time tu memang mak ayah kaya,sapa anak orang miskin sila berebut kat lab or guna je lah typewriter letrik.Sekarang ni nak wat assignment google scholar je...dapat info dan olah la baik2 agar tidak di tangkap kerana plagiarism.


Stress nya toksah cerita.Masa dari minggu ke minggu sangat super cepat.Balik dari kelas weekend,Isnin masuk kerja..sedar2 dah hari Rabu..bila dah Rabu mula gelabah sebab assignment tak siap lagi.Aku pernah buat assignment dalam bas express Kemaman-KL.Siap jugak...All you need is strong will power and ketabahan tahap dewa langit ke tujuh.Dalam pada stress tu,dapat plak better offer dari Genting Group.Masa ni aku dah masuk semester ke dua.Masa kat Impiana dulu aku dapat pelepasan hari Jumaat half day,Sabtu & Ahad cuti.Kat company baru,aku mmg half day Jumaat,Sabtu cuti and Ahad aku kerja.Timing cun plak tu,sem dua aku tak de kelas hari Ahad.Tapi kelas Jumaat,Sabtu pagi & petang.Disebabkan aku berulang dari Kijal,walaupun half day gerak kol satu,aku tak sempat sampai kelas Jumaat petang.Jadinya kena lah drop satu paper iaitu Organizational Behaviour.Kelas aku Sabtu pagi n petang.Dua paper sahaja.


Stress level aku makin naik,but not because of studies tapi hal kerja.Aku tak leh cope ngan kerja di Kijal.Performance aku drop,aku depress,aku di serang adjustment disorder.Aku totally useless..hidup dalam dunia aku sendiri.Aku pernah drive balik from Shah Alam to Cherating crying all the way.Hidup aku hampir musnah,anak dan suami terabai.Aku betul-betul asingkan diri dari diaorang.Armand sangat tidak rapat ngan aku,he is more to my mom and papa dia.Tapi aku langsung tak kisah,sebab aku bizi layan kesedihan aku.


Suami,nak kata dia sokong apa yang aku buat ni,aku nampak macam dia tak port.Tapi bila dah jadi sampai tahap macam ni,dia bwk aku jumpa doctor.Aku sebenarnya lalai dengan hidup.Aku pentingkan duniawi.Aku lupa tuhan.Aku abaikan perintah Allah.Sebab tu aku susah hati,gelisah.Doctor tu bagi aku ubat,and at the same time nasihat aku,kembali pada Allah.Susah hati baca Quran,itu ubat dia.Jiwa tak tenang,mengadu pada Allah.Alhamdulillah,aku beransur tenang,tapi aku perlu jugak keluar dari situ.Aku tak nak salahkan sapa2,pada aku,aku sendiri punca pada semua masalah tersebut


Cukup 6 bulan aku tukar kerja lagi,kali ni ke Bukit Gambang Resort City.Aku join company tu ngam2 aku nak abis semester 2.Kat situ aku dapat balik keyakinan aku.Kerja banyak tapi aku puas,nak kata seronok mana ada kerja fun ye dak?Selagi kau tak kerja sendiri selagi tu lah.Kebetulan masa aku join BGRC sistem cuti untuk pelajar Degree and Master diselaraskan,so cuti sangatlah lama..macam nak masuk 5 bulan,hampir aku lupa yang aku ni Master's student.Sampai camtu sekali lamanya...


Aku sebenarnya tak larat nak berulang every weekend ke Shah Alam.Aku nekad sebelum aku masuk semester 3,aku kena cari kerja kat KL.Kebetulan jugak laki aku dah tukar ke KL jugak,jadi semangat makin membara lah nak transfer ke KL jugak.Faktor lain ialah anak aku,yang sangat close ngan papa dia.Sakit budak tu tanggung rindu,sakit mak nya lagi...kekekkeke...Jadi cukup 6 bulan aku kat BGRC aku kembali ke KL.Aku roger boss lama n kebetulan mmg dia nak pakai Accountant,so rezeki aku lah.Masuk semester tiga aku dah pun bekerja kat KL.Gitulah sikit sebanyak perjalanan aku nak completekan Masters aku.


Sekarang dah hampir tiba ke penghujungnya,Alhamdulillah aku dapat jugak lalui semua ni.Tapi tak yah kira berapa banyak air mata mengalir,tak tido buat assignment,buat assignment dalam bas,lepak Mekdi sampai pagi buat kerja sekolah,but soon I'm going to miss the moments.Aku dan bunch of frens yang sangat luvly dan penuh dengan semangat setiakawan.


Addy,Izwan,Yana,Azhar,Rossi,Wana,Linda,Erda,Syahir & Nik I am grateful to have all of you as brother and sista.Akak doakan kejayaan akan mengiringi langkah kalian.


Err jom sambung PHD....hahahahaha


bai.

1 comment:

Unknown said...

Hi,

Tgh tgu waktu nak buka puasa, terjumpa lak blog nie. Sy bleh relate, cumanya sy berhenti kerja trus n buat full-time. Walaupun kerja dah stabil n income pun handsome, but tetiba rasa kalu x grab peluang nie (dpt scholarship)mgkn xde dah. Rasa x mampu nak divide focus utk kerja n stadi...minda x kuat. Oleh itu, sy mmg tabik spring kat kaum ibu (sy lelaki, single =)yang stadi part-time. Ramai dh yg sy jumpa n mmg mereka "sengsara" nak abiskan stadi. Nway congrats n gud luck!