Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Thursday, August 18, 2011

Aku Islam,Kau pun Islam...tapi apa yang membezakan kita?

Entri kesal.

Aku kesal ngan saudara seagama yang tak reti nak hormat agama sendiri.Ya aku bukanlah baik sangat,aku banyak kurangnya,dosa-dosa aku pun banyak tapi aku syukur aku masih di lindungi Allah.masih diberi peluang oleh Allah untuk berubah walau masih banyak loop hole di sana sini.Ya aku sedang mencuba...

Kes Pertama
Hari ni aku ditegur oleh rakan sekerja.Bezanya dia based di Kl dan aku di sini.So jarang-jarang sekali jumpa.Jumpa hari ni pun coz ada Budget Meeting for next financial year.I'm the one who's presenting it.Masuk ke bilik meeting aku disapa..."wah dah pakai tudung...aku ingat makcik mana tadi..." And yes aku tak salahkan dia sebab kata aku very the mak ciks.. Aku dulu masa mula-mula nak bertudung pun macam-macam dugaan,macam mak cik la,macam maid aku la,bulat nyer muka,huduhnya...itulah kekangan yang drag aku punya decision untuk bertudung walau dah ditegur berkali-kali oleh suami.Aku tak salahkan dia,mungkin dia di besarkan cara moden,dan tak leh terima orang bertudung.

Tapi bila dah sampai hidayah Allah,aku tak ambik masa lama untuk bertudung.Tak banyak cakap aku sarungkan ke kepala.Alhamdulillah,hilang semua rasa mak cik-mak cik,maid Indon,muka bulat...apa yang aku nampak aku lebih sopan,lebih terurus...biarlah orang nak kata aku pakai tudung macam mak cik...Then dia sambung "you pakai ni during Ramadhan je ke"? aku menidakkan.....
Itu satu...dan aku harap kata-kata discourage ini tak melemahkan aku...

Kes kedua.

Masih di lokasi yang sama dimana dilam bilik mesyuarat itu 70% adalah Islam dan selebihnya beragama lain. Aku agak kesal kerana daripada 70% yang beragama Islam itu hanya 4 orang sahaja yang puasa.70% itu adalah dari pada 25 orang.So do your maths now.Tak puasa tak apa,keep it between you and Allah,tapi dengan selamba kau minum air,kau makan sweets seolah-olah ini bukan bulan Ramadhan.Fren...kalau bukan kita yang Islam ni nak hormat agama sendiri,do you expect the non muslim to do so?dan yang buat tu adalah lelaki & perempuan.No wonder I've been getting the negative remarks from one of my non Muslim friends.

Aku hanya mampu memandang dengan penuh kesal...May Allah bless u frensss....

2 comments:

MakNana said...

Nana suka entry ni <3

Lantakkan je kak.. Jangan biarkan manusia & dunia menjadi juri kepada kita tapi biarlah ALLAH menjadi hakim yang tertinggi kerana padaNYA kelak kita akan kembali

Ada kwn menasihatkan nana "Bila kita mahu berubah jgn takut dengan pandangan manusia kerana kita hidup semata2 utk mendapat redha ALLAH..."

InsyaALLAH :)

Zul fattah said...

masyaAllah..saya harap awak tetap dgan pendirian awak ya..sentiasa berpegang dgan Alsunnah waljamaah..biar apa pun yg berlaku..hukum Allah kita kena tegakkan.. bertudung tu wajib.. mungkin hanya di mata dia, awak kelihatan buruk.. tapi, di mata kami..seorg lelaki.. kami lebih suka wanita bertudung utk dijadikan isteri..