Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Tuesday, September 2, 2008

Ramadhan Datang Lagi

Tahun ni alhamdulillah aku dah pun genap 26 tahun menunaikan ibadah puasa..kalau tanya aku mesti lah puasa zaman bebudak paling tak leh lupa.Memang meriah...how i wish kitaorang satu family kat kg boleh kembali macam dulu.Tapi memang tak mungkin lagi...baru aku faham apa erti pengorbanan yang sebenarnya.Tu baru bab puasa,belum raya lagi...pada aku nikmat berhari raya dah tak ada semenjak kitaorang pindah Kelantan dan tak lama lepas tu abah tak ada....

Masa kecik...zaman Bukit Sekilau,time puasa ni sibuk la kitaorang wat kuih raya.Masa tu mak ngan mak2 sedara yang lain sibuk wat kuih raya masing2.Masa kecik2 tengok gula pukul ngan planta pun sedap...merengek2 ngan mak nak bukak puasa,belum bau kuih yang tengah bakar lagi...mencabar keimanan woo...Malam lepas bukak puasa mesti ikut arwah Tok aku pg terawih.Bila malam tujuh likur sibuk main mercun.Aku berani main mercun roket je la...tak de la sampai tahap meriam buluh.Lawan ngan budak2 kampung.Best.....Sebelum aku masuk ITM masa tunggu result SPM aku kerja wat kuih raya kat KEMAS.hehehehehh.Kat situ aku belajar wat almond london.mesti sukar dipercayai kan.Banyak gak kuih aku belajar tapi skang ni aku lagi pandai bab kuih2 ni,pandai tunjuk jer la.

Zaman ITM puasa as a student....kat sini la aku belajar bersahur sebelum tidur yakni makan siap2 kol 12 or 1 pastu tidur sampai pagi.Sahur pun makan meggi atau apa jer...selalunya roti la kan.Minum susu ngan roti and kalau ada duit sikit leh la beli kat gerai.Nak harap dewan makan...baikla aku tido sampai pagi.Perangai sahur sebelum tido ni aku pratikkan sehingga la aku hidup membujang.

Zaman UiTM pun sama la jugak.Aku kat Dungun...(Dungun sucksss)Masa ni menyewa ngan kawan2.Selalu kami takes turn masak...boleh la.Sebab zaman kat Dungun aku tak la semeriah aku kat Arau.Petang2 ada la jugak pegi Sura Gate beli kat pasar Ramadhan.Sebab tak baper best so aku tak nak ingat la..hahahha.

Bila dah keja kat KL,aku ingat lagi masa dok Menara Orkid memang tak pernah la sekalipun aku masak sebab banyak orang jual2 kat bawah tu.pegi tunjuk jer nak makan apa.Keadaan berubah bila aku dok Desa Petaling....masa ni aku dah kenal kawan2 MYOffice.Kalau aku tak bukak puasa ngan diorang,aku buka puasa kat hotel.Tak pun aku masak sendiri bukak puasa ngan Ctot,Rizal dan....(nama dirahsiakan atas sebab keselamatan..hehehehe).

Masa kat Melaka huhuhuhuhuhu.........sedih,perit,pilu nak aku ingatkan.Aku puasa tapi masa ni aku keja kat hotel yang tak de duit.Bayangkan kan kerja tak de gaji,nak beli makan bukak puasa pun tak de duit.Nak tak nak makan la kat hotel tu.Dalam tak de duit pun nak gak buat buffet ramadhan jadi bayangkan la rupanya makanan2 kat situ.Tapi aku untung sebab aku ada Kak Siti.(DOS sekarang kat Qarthum)Rindu kat dia....Kitaorang duaorang ni puasa la kat hotel MMBR tu,tapi kak Siti ni best sebab dia kenal ramai orang2 banyak duit dan manager2 hotel kat Melaka.Jadi kitaorang pun pegi la makan kat EQ,Grand Cont,Bayview secara free.Biarlah orang nak menyampah ke hapa tapi tak de duit nya pasal terpaksa la.Lagi satu kat kawan kak Siti nama Zainal..kedai dia depan Bank Rakyat...selalu gak dia tanggung kitaorang makan.

Tahun ni 3 kali Ramadhan dah aku sambut kat Penang,2 kali sebagai bini orang.1st year nothing much,tak masak langsung beli kat Pasar Ramadhan Bayan Baru.Makan pun ngan staff aku,ikut la sapa yang ada.Selalunya Farah n the gang la.Sahur pun aku minum susu ngan kurma jer.2nd year Jerejak wat buffet Ramadahan kat Jetty,jadi hari2 saya makan kat Jetty sebab suami saya kerja.Hari off day dapatla kitaorang balik Sik bukak puasa ngan ibu mertua,tak pun pegi la mana2 Buffet Ramadhan yang ada,saja laki aku nak tengok set up.This year...interesting sebab aku pregnant.Takat dua hari ni okey lagi...tak tau la kalau tahap kesihatan aku merosot(aku diabetes and high blood)Harap2 aku dapat menjalani ibadah puasa tahun ni dengan sempurna.Insya Allah aku akan ke KL buka puasa ngan bebudak MyOffice 20.09.08 ni.

Saturday, July 26, 2008

My Office Group


Gambar kat atas adalah sebahagian dari kawan2 alam cyber aku.Actually aku pun tak tahu when it started tapi kawan2 ni la yang menghapuskan tanggapan negatif aku terhadap chatting buddies.Aku kenal chatting since aku kat Uitm Terengaanu or maybe before that but I started addicted to chat masa aku wat degree.Masa tu chatting more to hanky panky and cinta alam cyber tanpa tengok muka.Lepas aku grad aku still chat but this time aku chat kat MSN site.Kat sini aku kenal sincere friendship.Aku diperkenalkan oleh Kak Ram kepada site Myoffice,masa tu tengah hot group chat kat cini.Asal aku masuk group ni banyak otai2 kat dalam.Slowly aku bina persahabatan ngan diaorang.Dari sinilah aku kenal luckylia,bijanpc,lowfan,semut semput,black velvet,hero tamil,vivid ,sepat and katak chomel.

Dalam ramai2 kat situ kami bina group kami tersendiri.Ada je agenda yang kami buat tiap petang abis kerja esp malam minggu.Selalunya dengan baju kerja hari Jumaat kami ends up sampai breakfast pagi Sabtu.Masa tu aku kerja 5 days so Saturday aku bangun tido bila time nak makan dinner.Tu pun kekadang sambung lagi ngan diorang sampai hari ahad plak.But really miss the time masa AF2(gambar kat atas tu ambik masa time final la...) agenda kami malam minggu lepak umah aku kat Desa Petaling tingkat 22.Concentrate tengok diaorang nyanyi,habis konsert baru g lepak mamak melantak...sampai pagi.Aku betul rindu zaman gemilang aku masa kat sana.

Kami mula terpisah bila aku mula bawak diri ke Melaka kerja kat sana.Tapi rajin gak pegi KL sebab dekat.Rajin gak la aku turun gath esp bila Lopan tepon aku.(Dia ni macam ketua la)Lama2 aktiviti kami makin kurang,gath pun balik2 muka sama jer yang turun.Masing2 bawak diri dan haluan.Mungkin semua dah start ada halatuju memasing.Dulu muda pikir nak enjoy jer.Aku sedih ngan situasi ni tapi life must go on.Sekarang aku dah kat Penang,dah kawin,insyaallah jadi mummy by Feb 09,tapi kawan2 Myoffice aku tetap yang terbaik yang pernah aku ada.Susah senang kami sama2.Aku memang tak kan lupakan diaorang.I miss my good time with them...karaoke sampai pagi,lepak Bangsar,lepak Hartamas really we r like one family.To all my friends gud luck in watever u do and wish we can come back together like good old times.

Friday, July 11, 2008

Hari yang BZZZ

Macam tak cayer....Hari ni aku bzz la plak.Ada 10 menet untuk aku update blog nih.Aku Bzz sebab pagi2 cam biasa aku bukak e mail tgk email dari kengkawan.Tiba2 e mail masuk bukan dari kawan tapi huhuuuuu...lawan!UDA nak report by 12 today.Mangkuk tingkat.Dah la staff aku tak abih closing lagi,so apa harus aku lakukan????heheheh memang aku dilahirkan untuk jadik akauntan kot,jadi aku berjaya closing gak.Macam mana jangan tanya aku,tapi dapat la semua figure2.Verbally approve by Boss so aku pun proceed la.Bangun dari tempat ni pun masa nak pergi lunch tadi jer.Tu pun sebab nasi ayam.Kalau nasi lain tak pi la kot....
Technically aku dah siap P&L.So aku ada 2 hari untuk aku wat shuttle.Nak tak nak esok kena wat jugak la......Isnin antar.Consider aku tak dapat email dari depa la,so wat tak tau hantar jer Monday.Bukan Minggu depan depa nak meeting tapi 24 hb.Saja nak bikin panas soh aku cipta rekod hantar closing awal.....Macam tak caya aku dah siap report!!!!

Staf aku sorang dah antar surat...I will expect from the girlfren too.The possibility is high.So lepas ni aku ingat nak ambik Mat Nepal jadi staff aku lak.Mungkin lebih senang sebab kat sini Nepal jer yang tahan...tu pun sebab diaorang terpaksa and tak de pilihan.Kalaulah depa pun ada pilihan mungkin depa pun resign jugakkkk....Till we meet again.Chiowww

Tuesday, July 8, 2008

Lama Tak Tulis...

Hari ini hari kedua aku kerja balik lepas seminggu aku cuti.Tenang fikiran tapi nak balik kerja rasa kekok plak.Macam tak biasa.Nak citer apa ek....okey kali ni aku nak story pasal lepas graduate Diploma In Accountancy from ITM Arau dihatiku....Sebenarnya lepas grad Dipoloma ni lah bermulanya episod sedih dalam diri aku dan betapa aku belajar erti tanggungjawab yang sebenarnya.Actually aku tak nak ingat dah cerita ni tapi inilah yang menjadikan aku diri aku yang sebenar-benarnya.

Hari terakhir selepas tamat periksa Taxation(subject yang paling aku tak suka...yang magisnya aku score) kami the whole batch akan buat Hi tea kat Putra Palace(satu-satunya Hotel kat Kangar yang versetail sket time tu).Aku awal2 lagi dah diambik oleh Azman(my first boipren..huhu)untuk pergi ke majlis tu.Disaat aku sedang bersukaria tiba2 aku nampak Azman datang balik kat hotel panggil aku keluar.Dia cakap u kena balik abah sakit kuat....Aku panic.Macam mana abah sakit sebab seminggu sebelum tu dia datang ke Arau ambik barang2 aku.(seriously mata aku dah bergenang ni..)

Aku capai telephone dari Azman terus call handphone abah...Aku dengar suara kat ujung talian teresak2,aku tanya abah macam mana....Jawapan yang aku terima cukup untuk membuat aku mahu turut pergi bersama abah..Abah dah tak ada....Saat tu aku nampak muka mak,adik2 aku.Macam mana nak hidup lepas ni.....Mak tak kerja,abah kerja sendiri...itu yang aku ingat.

Sampai Kuantan orang dah ramai.Alhamdulillah aku sempat tengok Abah buat terakhir kali.Sumpah...aku masih tak percaya yang abah dah tak ada.Aku ingat lagi masa abah pergi Arau dia ada telefon kawan dia kat ITM Shah Alam tanya kenapa aku tak dapat sambung ke Ijazah.Orang tu cakap borang aku isi tak lengkap jadi it was rejected.Aku sedih sebab tak dapat sambung Degree time tu,tapi sebenarnya aku ada amanat dan tanggungjawab yang lebih besar menanti aku.

Baru lah aku tahu erti pengorbanan yang sebenar,aku diterima bekerja di Pengurusan Kumipa as contract workers.Gaji pun 500 jer time tu.After 3 bulan diaorang nak offer aku jadi pegawai kat situ tapi aku terima tawaran dari Kewangan Bersatu Berhad.Aku perlu kerja,masa tu angah tengah study,anteh sekolah,acu,emy,eqa semua sekolah..siapa nak tanggung diaorang kalau bukan aku anak sulung ni.Aku merantau jauh sikit dari mak and adik2.Dok Temerloh sorang2.Sampai angah abis belajar aku dapatkan dia kerja kat Oriental Bank(kawan opis aku tolong)Kerja lah kami kat sana dua beradik...

Aku dah janji ngan abah aku akan wat Degree jugak no matter what.Aku tanya angah,dia kata okey.Aku menerus kan hasrat aku after 2 years working in Finance Company.Mak and adik2 aku bawak diaorang duduk ngan aku kat Temerloh.Kekal diorang kat sana sampailah masing2 dah kahwin dan ikut husband memasing.Dengan ujian Allah berikan kepada kami sekeluarga,hasilnya aku menjadi seorang yang independent,tabah dan sentiasa menginginkan yang terbaik buat keluarga aku.Terima kasih buat Abah,Mak yang membesarkan aku dengan cara mereka,menjadikan aku insan yang very down to earth dan tabah menghadapi segala cabaran dan dugaan..

Tuesday, July 1, 2008

From Lam Wah Ee Hospital Pt2


Ini lah wajah terbaru aku...hahahha.Muka sakit sebab masuk spital.tapi tak de beza pun sebab kalau aku tak sakit pun muka aku memang selebet jer.Malas nak makeup.Emy and the gang (rahsia...hahah)baru je balik.Lega aku cina sebelah ni tutup dah tv dia.Apa dia ingat dia bayar bilik ni untuk aku sekali ker so dia bleh pasang tv kuat2,aku tengok gambar jer la...tensi.Sepanjang 2 hari aku kat sini tekanan darah tinggi aku stable.Gula aku tak menentu macam stock market.Bukan salah aku,aku makan jer apa diaorang bagi.Bukan aku ada makan benda lain pun...Misi cakap...good arr ur blood pressure,very nice.Nice la aku makan tido jer.Tengok aku start keja nanti,tak sempat sampai resort aku rasa,jejak kaki atas Catamaran jer darah aku gerenti akan naik punya.Sepeti biasa orang akan tanya payment kat aku,barang ni tak de kena beli....barang tu habis stock.macam2 la lagi yang pasti membuatkan darah aku meluncur naik."Really my blood can go upstairs".Sib baik la bayaran spital ni mahal...kalau tak nak jer aku berehat sampai aku bersalin nanti.Huhu.

Aku tak tahu sejak bila penyakit aku ni datang,tapi memang keturunan aku ada kencing manis and darah tinggi.Aku baru di suruh makan ubat darah tinggi sejak aku kerja kat Jerejak Resort.Mungkin cuaca panas dan tense kot.Aku memula masuk dulu selalu kena kluar pergi beli barang kat Macro and Tesco.Kalau sekarang sapa yang rasa Jerejak teruk sebab susah dapat barang,cuba bayangkan dulu lagi teruk.Tak banyak supplier yang support.Yang ada pun Ikan jer.Ayam,daging sayur,telur semua cari sendiri.Belanja pasar sehari cecah seribu kadang2.Tu nasib baik barang kering KL support,tu pun letak kat store TIR.Kena plak naik land Rover pergi ambik.

Masa aku interview dulu pun En H and En N ada mention pasal ni tapi aku sanggup jer,sebab masa tu aku dah tak de kerja,lepas berhenti dari Merak Malacca Beach Resort.But at least I can survive sebab masa kat Melaka lagi dasat.....Sapa yang pernah kerja ngan aku kat sana dulu tahu la azab sengsaranya.Bayangkan function 300 orang,bagi petty cash RM800 suruh beli barang.Bukan takat market list,tapi ia merangkumi barang kering,barang housekeeping dan kadang2 barang maintenance.Best kan....But that is the place that keep me stronger.Ketabahan aku dapat dari sana sebab aku kerja tanpa gaji....Bulan2 berlalu tanpa mengingati bila nak dapat gaji...Sampai la satu tahap aku nekad berhenti dan mula cari kerja secara aktif.Dan akhirnya I'm stranded at Jerejak Island....Bilalah akan berakhir?

Monday, June 30, 2008

Dari Katil Hospital 273B-Lam Wah Ee

Pagi yang memboringkan....First day dalam spital.Aku admitted semalam kol 10.Sebab?nak stabilkan gula dalam darah aku dan menurunkan tekanan darah tinggi aku ni.Tido tak nyenyak sebab banyak kali nurse datang periksa tekanan darah aku.Pagi buta aku dah bangun sebab tak leh tido sgt.Dah sakit kepala aku ni ha....

Pagi pagi dah start cucuk insulin,sakit gak,tapi nak wat mcm mana.Actually mind aku je yang cakap sakit sebab aku takut jarum.Hahhaha.The real fact is tak pun..lapar giler nih.Ye la dok spital diet aku dipantau.Dok umah atau opis suka ati aku la nak sesah apa pun.Eiiii,sapa kata dok saja best?tak best la...rasa macam nak lari pg kerja jer nih.hehehehe.Tapi bila kenangkan certain things better dok sini la.Tak la sakit kepala,at least aku rehat for a few days.Hope so la kan....mahal belanja hospitalisation ni.Company lak tak tanggung,maka guna la duit sendiri.Sib baikk la memang aku plan nak ada anak so savings aku wat dari awal lagi,mengenangkan aku yang tak sihat ni so aku bleh agak belaja spital mesti mencanak2 nya.Every months both of us set aside about 500 sorang just for savings.Belanja agak2 la skang ni.Mak plak dah dok ngan aku jadi tak la makan kat luar dah.

Aku pening la...nanti sambung lagi.Jap lagi mesti nak test sugar level punya.So to be continued...

Saturday, June 28, 2008

Hari ni hari Sabtu....

I'll be working half day today.I'm not feeling so well,feel very tired but I have commited to Adib to take him to eat Pizza today.Semalam kan Birthday dia,dah la hadiah dia aku tak bagi,aku rasa tak pernah lagi aku bagi hadiah kat dia,kesian budak tu..

Esok aku kena check in kat spital.Doktor nak start treatment kat aku sebab sugar level aku tinggi.Manade tinggi,tapi ikut je la.I'll be on leave for a few days.Boleh rehat dalam erti kata yang sebenar.Mesti boring.Harap2 boleh la bawak laptop so that tak boring sangat.Apa la aku nak buat kat spital tu nanti kan..

Whatever it is aku harap aku dapat deliver baby yang sihat without any complication.Ye la aku ada penyakit,high risk pregnancy kata doktor.Aku actually takut sebenarnya...whut if something happen to my baby?I do not want it to happen.Biarlah segala penyakit tu datang kat aku tak per,as long as aku ada zuriat sendiri.Seorang pun jadik la.Mintak di jauhkan Ya Allah....

Friday, June 27, 2008

Break Time

Sekarang masuklah waktu rehat bagi accounts department Pulau Jerejak dan department yang sewaktu dengan nya.Kenapa aku masih disini?Aku tak pergi makan ker....Semenjak dua menjak ni aku malas nak pergi makan.Lagipun geng makan aku nampaknya selesa menapau makanan dari luar semenjak kehadiran Mokhza a.k.a staff kesayangan Liza HR.Aku pun dengan selesanya menumpang sekaki tak pun aku paksa staff aku yang agak blurr(sejak couple ni lagik la....)untuk bungkus makanan dari BABAREBA.

Aku nak citer pasal makan hari nih.(Shukri masuk opis ajak Ina pegi makan la tuh...).Aku tak makan lauk yang berkari,gulai pun aku pilih dan aku akan kembang tekak bila tengok orang makan nasi kandar(esp laki aku)Mak aku tak ajar aku pilih2 makan.Kalau aku ni pemilih mesti badan aku macam Tyra Banks,tapi ada sejarah kenapa aku tak makan kari ni.Time kecik-kecik dulu aku makan je apa yang mak aku masak.Tapi sebab mak aku Siam dia banyak masak Thai food la kan.Arwah abah aku melayu jadi aku kenal jugak masakan melayu ni.

Aku start tak makan kari lepas semester pertama aku di Uitm Arau(dulu ITM).Punca?Tiap-tiap hari dewan makan masak kari sampai aku naik muak.Isnin kari ayam,lepas tu kari ikan,kari daging,kari telur paling takdak sangat kari kerang campur kacang panjang.Bayangkan idup aku time tu.Masa part one tak berapa pandai lagi nak makan kat gerai or cafe..malu kunun.Lepas hari-hari makan kari muka aku naik jerawat yang sangat banyak.Bukan takat jerawat,badan aku pun turut tumbuh mekar nak jadi macam peti ais dua pintu dah.Tu la punca,aku boleh kata sapa yang dok Uitm Arau memang boleh jadi gemuk.Tak caya tanya Emy and Junn.Emy adik aku tu.. dulu J Lo tuhhhh,tapi sejak masuk Arau kesian kat dia,sebab tu jiwa kacau sampai hari nih.Junn pun aku percaya mengalami nasib yang sama...

One thing kat Uitm Arau makan memang murah(talking about the gerai and cafe lah) zaman aku bawak 2 hengget bleh dapat nasi lauk ayam ngan air sekali.Bila dah pandai makan kat gerai,kesian mak bapak aku kena antar duit seminggu sekali.Borosss.Masa tu manade loan PTPTipu,Mara or JPA.Yang ada FAMA la(father and mother).Aku kira zaman aku ngan adik aku Angah belajar kami agak mewah sebab masa tu abah ada lagi..Dan masa tu aku betul tak tahu nilai wang dan pahit getir cari wang.Sampai la aku kerja dan menanggung family baru aku tahu nilai duit yang sebenar.Rahmat Allah mengajar aku erti semua ini...

Makanan yang paling aku miss kat sana Sambal Ikan Keli.Perghhh.Percaya atau tidak sapa yang belajar kat Utim Arau mesti pandai makan ikan keli.Aku mana kenal ikan tu sebelum ni.Tapi aku" pengkeli" yang agak tegar sekarang.Sama la ngan Emy.Itu lah Arau...Lagi satu pelam Harum Manis.Bila tiba musim,berat la beg bawak buah pelam balik Pahang.Kat sana tak de beb...I really miss my college time.Banyak sangat kenangan....Kalau aku ada time machine aku nak balik ke zaman ITM Arau aku...

My good memories with Ajax,Ena,Deebah,Tuan Ahmad(huhuhu)Cikgu2 Kesatria,Komander batch 20,Komander senior and junior,all DIA frens,DIB and DBS will always remain in my mind.Till we meet again..

Warkah...OST Sindarella

Takkan lagi aku menunggu
Kau hadir di dalam mimpi-mimpiku
Puasku mengharapkan dirimu
Seperti mereka yang punya cinta

Diriku tanpa dirimu
kau tempuhi penuh bahagia
Diriku mahu kau tahu
Pedih ini kau tak terasa

Warkahku mengharapkan dirimu
Seperti yang aku kenali dulu
Setiaku menantikan dirimu

Seperti setianya terhadap diriku

Tapiku melepaskan mu
Melangkah namun tak berdaya
Terusku terus menunggu
Cinta yang takkan pernah ada..

ooo..ooo..ooo
ooo..ooo..ooo

Thursday, June 26, 2008

Mistique

Aloha.....Aku nak cerita pasal kejadian semalam.Aku nak start dari mana ek..Ookay.Pagi aku pergi City Bayview,mewakili Bos aku menghadiri Seminar anjuran TM.Aku ingatkan apa cuma nak kenalkan product baru dan paksa sign form dengan menghadiahkan tiket wayang free Kung Fu Panda.Sib baik aku dah tengok citer tu..Sampai jer,register terus makan AM coffee break.Jadi as a Hotelier aku pun ambik kesempatan macam mana depa sediakan coffee break item sempena kenaikan harga barang yang menggila sekarang.Terima Kasih untuk Pak Lah dan konco-konconya kerana menjaga ekonomi negara sampai ianya begitu meruncing sekali(Luahan hati....).As a four star hotel mereka menyediakan bihun kosong,percuma kicap lada sebagai penyeri,Malay kuih 2 jenis,coffee and tea.Budget TM ciput kot......Tapi itulah.kalau kat tempat aku teabreak harga 6 hengget pun boleh dapat 3 item woo.Levish giler...Aku blah bila seminar tu abis,tak pergi lunch pun.Bukan apa aku dah pesan mak aku soh masak sup ikan Merah jadi aku terbayangkan sup mak aku la.Balik umah makan pastu baru la masuk kerja jam 2.30 petang.

Jam 3.30 aku masuk Co-ordination meeting.Meeting untuk function minggu ni.Habis meeting kol 5 lebih.Sebab Emy datang ngan aku aku kena ambik dia kol 7.30.aku pun wat plan ngan Juniza nak g QB.Ingat nak tengok seluar,sebab semua dah ketat kat perut.Rupanya ada benda lain yang lagi best menanti....Dekat nak sampai office aku nampak satu budak Housekeeping dipapah keluar dari kancil.Ingat sakit perut rupa nya tak sedarkan diri.

Aku pun pergi dekat ngan dia,panggil pun tak bangun gak,Red dah sapu air penawar kat muka pun tak bangun gak...Mungkin betul la ko tak mandi wajib kot Red...Aku try bukak mata dia,nampak mata putih jer.Mungkin budak ni lemah kot...Nak kata aku percaya sangat tak la jugak,tapi aku dah biasa sangat menghadapi benda2 macam ni.Masa aku kat ITM Arau dulu selalu sangat jadi so I'm used to it.Aku pun bawak la dia pergi kat Kak Timah.Dia ni consultant untuk Pulau Jerejak.huhuhu.Bini pak Din.

Jelasnya budak ni terbuang kayu kat tempat makhluk Allah ni berehat.Jadi dia suda pissed off.Maklumlah tengah santai tetiba ada orang baling kayu.Mami kat depan cakap kat aku sepatutnya you tak boleh pergi...sebab you mengandung baru lagi...Aku terdiam..Oo tak leh ker?Walaupun aku ni macam ni,nampak macam percaya bomoh or what not tapi aku lagi percaya KEBESARAN ALLAH.Insya-Allah dengan izin nya aku tak kan ada apa2.Aku cuma nak tolong budak tu,lagipun segala urusan melibatkan Kak Timah biasanya diaorang akan melalui aku la sebab aku je ada no tepon dia.Pak Din lak off day semalam.

Dengan izin Allah budak tu sedar la,tu pun jenuh gak nak bangunkan dia.Aku balik umah tinggal Emy pg pasar malam ngan Junn.Hari ni aku dah janji ngan Adib nak pergi Tesco.Esok Birthday dia,tu yang dia kalut sangat nak beli gula2 nak bagi kengkawan.Apa sajalah asal dia heppi,sapa lagi yang dia ada selain dari kami ni.Walau dia nakal sesangat,tapi dialah penghibur.Happy Birthday Adib Ziqry May Allah Bless you.

Tuesday, June 24, 2008

Lunch Time

Apa yang aku nak tulis ni bukan la berkenaan nga lunch time aku.Cuma aku tulis ni time lunchauer.
Lately ni aku selalu sakit kepala.Pagi sampai malam sakit jer.Nak makan ubat migrain aku takut ada side effective lak nanti kan....

Dari pagi sampai la ni hujan tak berhenti kat pulau jerejak.Pulau Pinang dan pulau lain aku tak tau lak.Semalam balik keja isi minyak keta 50 hengget,dapat la setengah tank.Duit aku pun dah setengah nyawa...Aku nyer expenses bulan ni byk giler.Pergi Tambun,pastu Medical Check up kat Lam Wah Ee terbang gak la dekat 2 rat.Nak korek savings aku takut by the time aku nak deliver nanti aku tak de duit lak.Makan je la apa yang ada.

Time ujan camni aku selalu teringat zaman kecik2.Masa sekolah rendah.Yang aku tau bila ujan aku akan rajin wat kerja sekolah dan belajar.Tak tau ngapa,macam ada satu spirit plak.Zaman sekolah rendah aku seronok.Aku belajar jauh dari rumah kena naik bas sekolah.Sekolah Assunta Convent.Semua pompuan.Nak kata aku pandai sangat tak la kan cuma aku antara yang terpilih untuk ke MRSM lepas darjah enam.Tapi memang polisi keluarga aku susah nak bagi anak dok hostel jadi aku meneruskan sekolah menegah aku kat SMKAA atau nama panjangnya sekolah budak jahat Kuantan.hehehehe.

Masa sekolah rendah aku main hoki..netball terus terang cakap aku tak pandai(cikgu pakse aku masuk terus sekolah aku kalah.hahaha)Aku ada few kawan baik masa sekolah rendah dan masih sampai ke hari ini,nama dia LINA and MUZ tapi depa dua ni tak baik.Kira Lina kawan masa nak wat jahat,Muz kawan masa nak wat baik.Dua-dua ni mak aku kenal.Selain tu Jasmie and Ani.Ni kawan masa sekolah menegah.Nanti bila citer pasal ITM dihatiku time aku citer lak pasal kawan2 lain.

Sekolah rendah aku ada cikgu nama dia Mrs Ganeshan.aku tak tau nama betul dia.Tapi dia selalu cakap 'use ur comment sense la...ur comments sense will tell u"sampai sekarang aku ingat beb.Dia ajar aku Maths,BI,Alam Manusia...kecuali BM ngan Agama je aku tak tengok muka dia.Garang giler suka ketuk kepala orang.Tapi terima kasih gak kat dia kerana nampak kecerdikan aku dan hantar aku as calon untuk masuk MRSM.

Tapi aku ends up kat sekolah Alor Akar...sekolah ni memang terkenal ngan sejarah buruk melahirkan gangster.Sapa orang Kuantan diaorang tau la history sekolah ni.Sekolah ni penuh ngan bebudak dari Jabor,Bukit Goh,Bukit Kuin,Bukit Kuantan.Dari Lepar pun ada.Mula masuk sekolah ni rasa nak menangis beb sebab dari sekolah yang girl-girl nak campur nagan budak lelaki.uiiiii busuk.Jalan pun ramai2 in group sambil pegang2 tangan.

Hari kedua aku kat SMKAA aku nyaris dipeluk abang senior.Sebab aku kekwat.Dia tanya nama aku wat tak tau,pastu dia menyirap.Nasib baik Fazidah(mana la agaknya si rambut kerinting ni pergi)sempat tarik aku.Nama brader tu Zulbahari...dasat kan ingatan aku?Lepas tu kiteorang jadik la adik-abang angkat.Tapi tah kat mana dia skarang ni....

Kat sekolah ni aku belajar jadi berani.Masa form 1 aku jadi ketua budak pompuan.Musuh aku ketua budak form 2.Nama dia Lat,assistant dia Leha.hahahaha.kelakar beb,kalau ingat balik.Aku protect kawan aku LINA sebab dia diminati oleh ketua gangster sebelah petang yang juga diminati oleh Leha tadi ni.Selalu Leha tunggu Lina kat toilet.Best kalau ingat balik...

Lepas Leha ngan Lat naik form 3 aku n the gang bermaharajalela la kat sebelah petang.Ketua gengster lelaki diambil alih oleh Abang Yie ngan Ayie pendek.(Manalah korang ek...mesti korang tak caya aku jadi orang kan...)Gaduh ngan budak Cina la,ponteng kelas la,aku arrangekan pergaduhan antara Abang Yie ngan budak gemuk.. Syed kot nama dia dari sekolah St Thomas sebab dia ejek mak aku pendatang haram(celaka cakap mak aku dari BURMA)Syed...aku tahu kau tak kan baca blog aku ni tapi aku nak wat pembetulan Mak aku dari Thailand tau.Dan aku dah maafkan ko.Tu pu lepas Abang Yie belasah ko cukup2.hahahhahaha.

Masa naik form 3 aku dah slow down sikit sebab nak ambik SRP.Jangan tak caya aku berbaik ngan Lat & Leha sebab diaorang mengulang form 3.Kes kantoi la...Lagipun dah besar kan malas nak gegaduh,kali misi kitaorang target budak Lower 6 yang mana datang dari entah mana hala.Aku minat kat Hamdan Sapawi.Dia ada kawan nama Sapawi Ulul Azmi dan Azmi Roslan.
Hamdan jadi abang angkat aku,sapawi ngan Azmi jadi abang angkat kawan2 aku.yang aku tahu Hamdan jadi Bank Officer kat BSN(kawen ke belum tah),Azmi jadi cikgu(kat sekolah Tamil)yang sorang lagi tak de update.

Result SRP aku mengizinkan aku ke sekolah lain tapi aku sayang giler kat SMKAA ni.Terus la aku kat situ sampai form 5.tapi aku cakap terus terang aku malas giler masa sekolah dulu.kelas pun bukan la gempak sangat.Kalau la cikgu aku tahu aku dah jadi orang mesti dia sujud syukur.Sebab dia target aku paling kuat pun keja Supermarket, tak pun jadi kerani kedai kereta. Masa aku kat ITM dulu aku pernah jumpa cikgu aku kat kenduri kawen dia tanya aku wat apa,aku cakap aku belajar kau ITM dia tak percaya..(Sampai ati cikgu...tau la aku suka melawan dulu) aku tahu,walau aku malas belajar tapi aku perlu jadi contoh untuk adik2 aku.Abah aku tak de harta,dia cuma bagi pelajaran untuk kami.Jadi ilmu yang kami perolehi itulah yang memberi kami jalan untuk hidup di dunia ni....Sampai Jumpa lagi

Saturday, June 21, 2008

Tense....

Hari ni Sabtu...maknanya aku keja half day.Aku penat,tension dan meluat.Last nite we had corporate dinner at our resort.Semalam gak la ferry lingkup.Sejak aku keja sini sejarahnya memang tiap kali orang ramai ferry kitaorang a.k.a. Catamaran akan melingkupkan dirinya.Aku tak pasti la it's either badi or what but yang pasti ia akan lingkup bila orang mencecah ke angka 400 orang ke atas.Samada ia melingkup atau sengaja dilingkupkan tanda protes itu aku tak tau la.

Setiap insan bila dia bekerja dia pasti akan merasakan dialah orang yang paling bzz,dia sajalah orang yang diharapkan oleh boss,dan hanya dialah yang mengambil tahu hal kerja manakala teman yang lain tidak.Dimana pun sama.Sejak aku graduate..dari aku keja receptionist sampai aku ke tahap sekarang ni dah banyak gak tempat aku kerja environment tetap sama.Politics, back stabing,step head untuk naik that's normal.Tak kurang juga yang perasan bagus dan pelbagai lagi la.

But we are human,memang tak akan boleh lari dari perasaan
Perasan Bagus tu kan.Cuma aku off late ni dah makin kurang rasanya minat terhadap kerja.Aku cuba look into all areas and satisfy all needs but i failed to do so.Aku cuba segregate kerja and ask for helps from other's but it seems coming back to me.Sejak aku di diagnos dengan pelbagai penyakit seperti kencing manis(Mother off all deases) and darah tinggi aku slow down banyak sangat.Baran aku,Tension aku dan aku tak sekeras hati dulu.Aku perasan aku makin sensitif sekarang.

Terus terang aku cakap kalau aku tak tanggung mak aku dah lama aku resign cari kerja senang-senang.Tak payah jadi decision maker,tak payah jadi manager.Maybe aku pegi jaga toilet ker,or jual tiket bas ke.Jadi la apa pun asalkan tak berat kepala aku ni.Sekarang ni aku pregnant tapi kadang-kadang orang lupa kot yang aku dalam keadaan itu.(specifically talking about my husband)Doktor dah pesan aku tak boleh tension,tak boleh terkejut tapi kalau dia nak marah aku ikut suka dia jer,tak kira la depan orang ker siapa.Aku boleh kalau nak marah dia balik tapi aku faham dia pun tension.Biarlah...lebih baik aku diam.Kalau aku diam terus dia tahu la aku silent protest.Susah beb kerja sekali....sebab tu aku suruh dia pergi cari kerja lain.Aku cakap kat dia nak pegi kerja KL pun takpe...

Aku tak takut ke laki aku nanti ada girlfren lain?heheh... kalau aku takut sekalipun but if he still insist aku nak wat camner?Orang lelaki memang normal la.Alangkan dok dekat ngan aku pun kekadang wat perangai gak so what's the different?Jadi biarlah...aku selalu percaya if you love somebody set it free...if he comes back he is yours but if he doesnt he never was.

Saturday, June 14, 2008

Berita Gembira dari Syurga

Alhamdulillah....Allah makbulkan jugak doa aku siang malam.Aku mummy to be.huhu..Kan aku ada tulis b4 this aku demam and not feeling well.Aku pergi clinic semalam and urine test telah mengesahkannya.Aku sms semua orang yang penting dalam idup aku.And they are happy for me too.
Dalam gembira ada gak rasa takut yang amat sangat kerana aku dapat rasakan aku akan melalui hari-hari yang sukar dalam menempuh perjalanan jadi mak orang nih.Aku ini pesakit kencing manis yang tak reti berpantang dan juga aku ada high blood pressure.Apa pun aku harap sangat aku berjaya menempuhi segalanya dengan tenang.

Adib Ziqry,Wan Martin,Wan Myra and Aqif Umar(anak2 Angah n Acu) soon goona have rakan baru untuk mengganas.Aku harap anak aku nanti tak de komplikasi dan sihat sempurna.Kalau apapun yang Allah nak tunjuk atas segala salah silap aku dimasa lalu dan kini,aku doakan biarlah ianya ke atas aku sahaja.

Friday, June 13, 2008

Still at the Resort

Times up....dah kol 5.50.Aku decide nak balik kol 7.30.Mula ingat balik ngan Emy(adik aku yang wat part time kat Survivor store)Husband balik lambat lak,ada group in house.Kerja aku baru pas siap.Tiba2 Pak din masuk office..."Elya teloq tak masuk lagi ka?"Adus.....Aku ingat leh la aku relax.Jap..nak tepon supplier teloq pasai apa tak antaq lagi."OOo itu budak botak sudah mai angkat"....nyonya tu bagi tau over the phone.Paham la aku bahawa staff aku yang bernama Shukeri aka boipren Zarina dah pegi ambik telur tu.

Perut aku lapar,tapi jap g nak balik umah Mak aku mesti dah masak.Best tau mak dok ngan kita.Keja macam aku yang tak terurus ni jadi sistematik sket.Aku actually nak demam jer rasa ni.Lepas balik dari PD teambuilding arituh dah macam tak baper sihat lak.Kot demam berisi tak tahu la kan....Harap2 la sebab aku dah tak larat nak menjawab soalan orang ramai tentang bila aku nak beranak pinak plak.

Aku baru kawen kira2 setahun yang lalu.Tu pun setelah hampir sawan babi masyarakat sekiling menanyakan bila aku nak menamatkan status andartu aku.Aku kawen sebab dah bertemu jodoh.Alhamdulillah ada hikmahnya aku kawen lambat...aku dipertemukan dengan orang yang agak memahami aku.Kalau aku kata paling kang...tak logik gak,sebab ada gak masa2 aku macam nak hantuk kepala kat dinding.But at least aku dah rasa nikmat idup single yang agak lama jadi tak la aku rasa bosan dan terikat bila dah kawen.Cuma aku kekok sket la.Dah lama sangat independent jadi bila nak wat sesuatu dan kena mintak approval suami tu yang selalu aku lupa tu.Benda tak approve lagi projek dah jalan...akibatnya sendiri mau ingat la kan.I will try to improve...Bukan apa dah lama sangat wat keputusan sendiri.

Eqa(my youngest sister)baru je sms Kak Mie dia,citer pasal masalah dok asrama.masalah orang dok rembat makanan dia,kain baju dia....ehheheh.Try to adjust to that kind of situation la Dik.Aku dulu memula masuk Uitm(masa tu ITM lagi) macam tu gak.Sebab all of us tak pernah dok hostel masa sekolah.Kalau ada pun kejap jer.Jadi kena la belajar.Masalah ngan adik aku ni,dia manja sangat.Kalau mak aku tau nih mesti dia susah ati.Pastu sejak masuk kolej ni,seminggu seratus belanja dia.Sebulan RM 400.Rabak aku.Emy pun makan kat luar gak(Dia wat degree kat Uitm Terengganu) tapi aku bagi dia RM 150 cukup je sampai ujung bulan.That is the different bewteen this two girl.Emy macam aku sket.Eqa macam Syalbia Vianty aka Angah.Anak manja mak la katakan.But at last anak hantu mak ni gak yang jaga dia....

Guess that's the end for the day....may next blog issue will tell you guys about myself dari kecik anak sampai la aku yang sekarang.Till we meet again...chiowww

Tak Puas Hati...Menyirap Jer

Sebab darah aku tengah panas aku pakai kaler nih

Pagi ni mungkin nasi lemak yang aku makan tadi ada tebuan jatuh kot.Sebab aku asik la nak naik darah jer.Lepas kes Faizal settle,Human Capital Officer aka Norliza Karsa plak tepon."emm Elya..kami nak ambik duit bleh tak,nak beli hamper...."Aku ingat lagi dia cakap,Lost world of Tambun akan bagi Hamper...hamper kejadah apa lagi.....nak beli barang loose nak wrap hamper.Apa dia pikir kitaorang sumer ni keja supermarket pandai bab2 wrapping ni.aku cakap beli la yang dah siap since kita ada kedai panel yang wat hamper.Seperti biasa aku tahu makcik tu tak kan setuju nya....Jadi dia gunakan khidmat Reddha plak.Aku malas nak citer panjang so aku arahkan staff aku pegi antar terus duit tu.(tanda protes ar)Nak pegi Tambun lusa,nak beli barang esok nak warpping.hadiah sponsor pun tak wrapp lagi.Esok half day and esok Liza ada kenduri yang kena attend.Bila nak wrapp hamper?Boleh anda semua tolong nilaikan kebijaksanaan aku nyer Human Capital Officer nih....?So dia dah kuar ngan assistant dia.Assistant dia dah anto SMS kat aku punya bebulu....hehehehe what a life.

Tunggu what's next.......o ya Sobirin mekanik anto request nak bli barang repair landrover yang layak di buat besi buruk,timbang kilo hantar kat Perwaja untuk dilumatkan and wat dawai kokot
The best part Encik SAIDI NYAN dah approve without my consent.Jadi aku tak sign la request tu.Dia g gak amek duit so nanti Saidi la jawab.Aku nak tengok takat mana la benda tu leh jalan.Memang bleh mental disorder kalau keja lama2 kat sini.So sekarang aku nak bukak Jobstreet untuk cari kerja........

Wat Blog tuuuuuu.....

For the 1st time aku nak tulis kat blog ni.Actually aku wat blog ni sebab terpengaruh ngan kawan-kawan.Masa sekolah cikgu suruh tulis karangan pun aku malas ni ada hati nak wat blog.Aku akan tulis apa yang aku rasa sepanjang hari kat sini.I created this blog at my office a.k.a Finance Office yang memanjang tak de duit.....heheheh ,aku la bos yang jaga duit tu.Tapi aku diawasi oleh sorang bos yang kedekutnya tahap dewa.Nama dia Nazir.Alamak kerja tak siap lagi ni.....Bos nak balik arini.Aku kerja kat resort di Pulau Pinang.Dah rezeki aku kat sini.Ni baru intro.Aku akan citer sumer pengalaman yang aku ingat.Kot la boleh wat pedoman untuk orang yang sesat.Kat resort yang pernah menempatkan orang-oranng jahat Malaysia ni aku dah nak masuk 3 tahun.Aku ingat lagi mula aku join tempat ni,orang kat sister hotel di Kolumpo bet aku tahan 6 bulan jer.huhuhuuhhu sorry la nak masuk 3 tahun dah la.Keja best....??huh dok umah la best.tapi kalau dok umah dapat duit lagi best.So aku kena gak la keja walaupun dah berpuluh kali aku nak letak surat resign.Tension keja?Dok wat gila la kalau tak nak tension kan....That is the price you have to pay.Dulu mak aku masa kecik2 selalu cakap...belajar rajin2 nanti bila besar tak la keja teruk.Hidup senang...Aku pun belajar la walaupun aku memang malas.Memang la keja best skang ni tapi teruk gak....hari2 kena migrain.Aku dikelilingi oleh umat manusia yang bermacam jenis.Semua ini menyumbang kepada faktor darah tinggi aku.K lah...Reddha baru tepon aku cakap minyak tak dak.Pak din kata aku tak bagi cek.Macam mana aku nak wat claim back kalau Pak din tak pulang resit?1st problem of the day,how to solve it :
Langkah pertama maki Zarina dulu...kenapa hang tak wat cheque...macam biasa jawapan dia kan menaikkan darah aku
Kedua aku nampak Pak din aku pun marah(sebab dia orang tua aku kena la cakap elok2)pak din kenapa tak ambik cash dulu.....
langkah ketiga aku kena kuar dulu dari sini untuk memulakan hari yang memualkan di resort ni.


Kerja...kerja kerj...erk

Puas ati sebab baru pas maki orang...tadi minyak abis.Lepas tu Faizal(S&R)lak datang tanya pasal chlorinne.dah abis langsung.Aku ingat pas aku tulis ni aku nak hantar e mail kat SGM request satu office baru sekali ngan stor.Aku dok tengah2 so that sumer barang depan mata aku.Saiz half of Tesco extra kat sg Dua pun ok dah.macam biasa ku akan maki Zarina dulu...budak ni pun satu dah bertahun ikut aku keja,dari aku kat melaka lagi still tak paham kehendak aku.Rosot sejak bercinta-citaan ni...tepon bunyi aku agak ..Kalau tak Saidi..mesti Liza.Ermm orang yang suka main walkie talkie a.k.a En Saidi.tanya aku pasal payment.Huhuhu...bulan ni aku bayar sumer supplier pasti gaji ni makan asap.Rasakan......