Sekarang ni dah rilex sket,so bley la hapdet blog ngan tenang,sambil jeling henpon harap2 jangan la bos call sekarang kata nak stat meeting dah.Entry awal tadi aku macam stress sket sampai nak tumbuk PC.Tapi korang pun penah gak rasa kan...kan...Dari pagi lagi sebenarnya nak marah,dalam meeting macam2 hal lak berbangkit.Salah satu pasal credit ngan stesen minyak,boleh bos marah aku pasal tak buat payment kat stesen minyak tuh.Dia tak paham kot konsep prepaid..maksud aku tokey minyak tu la...macam mana dia boleh bukak kedai minyak aku pun heran.Kami dah bagi dia advance 10,000.so suker ati mak bapak kami la kan nak pegi ambik minyak banyak mana pun selagi tak lebih RM 10,000 tu kan....boleh dia tak nak release minyak,Dia kata sebab kami tak top up lagi.Padahal belen ada lagi RM 3,500.Sangai tak?Bos aku yang kerja dia tahu marah2 je sanggup tepon aku malam2 hari pasal kes ni.Kenapa you tak bayar BHP???Aku bagi la sedas lam meeting tadi,"Bos if we used prepaid like Celcom,Maxis rite...as long as you still have money inside, we still can used rite?Same like our case now...I oredi give advance 10k wth they want to suspense our account?We still have 3.5k with them.."Bos diam...."ok nvmd you check lor....small matter like tis oso must involve me aa"..."Lu yang gelupur tak tentu pasal kenapa?Gua dah settle la ngan tokey minyak tu...siap ugut dia lagi tak nak guna service dia dah...aku cakap dalam hati je lah kannn
Itu satu..kedua staff aku wat report tak betul.Figure huru hara.Being me yang agak cepat spot mistake,kena bamboooo la pepagi hari.Ala aku marah bukan teruk pun...abis kuat,why like this one....how come you never check...sila abaikan bahasa Inggeris aku yang agak kecinaan ya....I was trained to talk that way...since I attached with chinese co...
Tadi masa aku tulis ni entry ni ada sorang staff masuk jumpa aku,nak mintak signatories katanya....Signature dik...signature.Staff housekeeping nak berenti keja.Aku terkesima tengok dia pakai tudung ala Mak Jemmah balut kepala ngan kain tola masa nak pegi mandi.Mangsa pesen.....
Jauh benar aku melalut kan...yes have to admit that I am bad writer.
Aku sebenarnya nak citer pasal Armand...semalam bawak En Hubby pegi follow up kaki dia yang terpeleot tu.Aku pun nak gak jumpa doktor,bawak Armand sekali.Kalau tinggal,mau satu umah di haruknya nanti.Tambah pulak tinggal ngan Mak Chu yang sibuk ngan enpon je tu.
Adib ikut gak,tapi lepas dia pegi beli nasi lemak,dia dok dalam keta...nak meneruskan misi dia untuk verangans la tuh.Being Armand yang tak pernah dok diam,dia lari2 dalam klinik tu macam la klinik tu trek balapan..sampai turn aku masuk jumpa doktor Armand stay ngan papa dia.Bila aku kuar,aku tanya kat En Hubby,mana Armand..dia kata ada kat depan tu ha...Aku pegi cari...tak de..pusing sana sini tak de...2 kali pusing masih tak de,aku dah start nak nangis dah...suara aku dah lain cakap kat papa dia...Armand tak de Pa...Aku tgk laki aku jalan keluar pegi kat keta....Alhamdulillah Armand ngan Adib dalam keta...Lega toksah cakap la kan...Aku pegi kat Adib...Awak ambik Armand ke?Dia jawab...tak lah Adib nampak dia lari-lari kat depan ni,nak pegi kat kedai hujung tu ha...Sib baik Adib cepat pegi tangkap dia
Masya-Allah....nasib baik dia lari kearah yang Adib boleh nampak,kalau ke lain??
aku x sanggup bayangkan weh
No comments:
Post a Comment