Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Monday, June 13, 2011

Surat Untuk Abah....

Abah...
Dulu masa kecik-kecik nak cakap Along sayang Abah susah sangat kan...malu sangat nak cakap macam kat dalam drama-drama tv tuh.Macam ngada-ngada pun ada kan...Tapi Bah...kalau lah masa tu dapat diulang balik...hari-hari Along nak abah tau yang Along sayang Abah sangat-sangat..Hari-hari Along akan cakap kat Abah yang Along sayang abah sangat-sangat.Along tak kisah kalau sapa nak cakap Along ngada-ngada nak ikut macam dalam drama tv.
Abah...
Dulu Along tak tahu apa yang abah buat semua untuk kebaikan Along.Abah suruh Along belajar sampai masuk Universiti,tapi masa tu Along leka ngan rock kapak...kunun nak jadi rockers.Sibuk giler hapal lagu rock,alter suar jeans sampai susah nak pakai,pegi lepak Kompleks Teruntum..Along tak kisah pun bila Abah macam frust ngan result SPM Along,Along tak pikir yang Abah nak sangat anak dia dapat keputusan bagus macam anak orang lain..Buta sangat perasaan Along kan Bah??Abah..kalau la masa tu dapat diulang balik kan...
Abah...
Along mintak maaf sebab memberontak tak nak masuk ITM.Abah beria-ia isi borang nak sangat Along ni jadi penyambung legasi Abah..Abah kan graduate ITM.Along ingat lagi,masa tu abah tak de kereta,Abah ajak Ayah Andak pegi hantar Along kat ITM Arau.Abah la orang paling hepi..Dapat peluang Along bukan la belajar betul-betul pun.Result cun-cun jer,adalah pada tak de kan...Abah sekarang Along nak sangat Abah tau,Along berterima kasih kat Abah sebab isikan borang untuk Along.Sebab borang tu lah,Along jadi orang berguna Bah..at least to our family.
Abah,
Bila Abah cakap,abah tak de harta nak ditinggalkan untuk kami,Along buat tak paham...Abah nak sangat kami semua masuk universiti sebab itu je lah harta kami nanti..Seruis Bah,sampai Abah dah tak de baru la Along faham semua tu...Baru Along tau yang Abah nak tinggalkan tanggungjawab yang besar untuk Along.Abah...cepat sangat Abah tinggalkan kami....Mak lah orang yang paling sedih bila dia hilang kawan baik dia,cinta hati dia..tapi Along...Along hilang separuh jiwa,kekuatan Along hilang bila Abah pergi.
Abah,
Along doakan abah tenang dan damai.Along rindu sangat kat Abah.Lagi2 bila banyak masalah kat opis.Kalau abah ada mesti abah tolong Along kan...bagi tips macam mana nak hadapi bos yang sentiasa menggila.Kalau boleh Along nak bos macam Abah,sentiasa toleransi,cakap elok2 walaupun tegas..Tak pe lah Bah,at least Along jadi bos perangai tak la teruk sangat...Along nak jadi macam Abah,disayangi staff..Along ingat setiap kali Along jumpa ex-staff Abah,diaorang mesti cakap yang diorang missed Abah sangat2.Lagi satu kalau kena marah ngan laki sebab tak pandai masak pun Along boleh refer abah jugak kan...Abah kan pandai masak...Kalau Abah ada mesti Chef Lan tu berguru ngan Abah jugak...mesti dia tak berani nak marah Along kan Bah?Along percaya jugak kalau Abah ada lagi mesti Abah marah sebab surat ni Along tulis tunggang langgang,tatabahasa tah kemana,jalan cerita upside down kan Bah?Tapi ni je la Along mampu tulis,Abah jugak nak Along jadi Accountant...Accountant kalau tulis buku memang hancur kan Bah?Semua ni sebab Along rasa banyak sangat Along nak cerita kat Abah..kalau Along citer masa pergi ziarah kubur Abah kang orang kata apa pulak kan...
Abah,
Doa kami sentiasa untuk Abah...Semoga Abah tenang dan damai di sana...Al Fatihah....

ps;Entah kenapa aku rindu sangat kat Abah...lagi2 bila mak cakap dia nampak Abah kat Mekah...

2 comments:

Unknown said...

Hmmm. Sedihnya baca. Al-Fatihah ='(

Leya said...

tq eyfa