Sumber dari Metro
MASIH setahun jagung dalam bidang seni, Nur Fathia Abd Latiff pantas menarik perhatian khalayak menerusi drama yang dilakonkannya.
Penampilan sulung menerusi filem Hijab arahan Pierre Andre masih belum ditayangkan, tetapi dia sudah meniti puncak populariti selepas membintangi pelbagai drama antaranya Nur Kasih, Musang Berjanggut, Dea Sofea dan Laila Asyikin dan Hani.
Di sebalik bakat diri yang ingin ditonjolkan, pelakon berusia 23 tahun ini tidak terkecuali terpalit kontroversi. Selepas dikritik peminat beraksi seksi dalam fotografi bersama media, terbaru dia pula menimbulkan kecoh ketika di lokasi penggambaran Stanza Cinta arahan Along Kamaluddin.
Insiden berlaku apabila Fathia dikatakan bersikap kurang ajar dengan membaling telefon bimbitnya pada pengarah berpengalaman itu.
Menjelaskan perkara itu, Fathia menyatakan dia tidak berniat melakukan perbuatan berkenaan pada Along dan menegaskan perkara itu bukan seperti apa yang diperkatakan. Apa yang berlaku, dia sebenarnya berdepan tekanan emosi ketika itu sehingga telefon bimbit dipegang terlepas dari tangan.
"Saya tahu lakonan sendiri masih tidak bagus dan tidak pernah berasakan diri hebat kerana saya masih baru dalam industri ini. "Atas faktor ini, saya perlukan orang lain menegur diri saya.
"Berlakon drama ini membuatkan diri saya lebih tertekan apatah lagi ada adegan terpaksa diambil 15 kali. Watak Amni Sorfina mencabar apabila saya perlu memberi penghayatan mendalam dan bermain emosi setiap kali penggambaran dilakukan.
"Saya percaya Along tahu, saya tidak mempunyai niat membaling telefon bimbit itu padanya. Ketika kejadian, saya tidak sihat akibat migrain dan ambil cuti sehari selepas itu.
Berita penuh sila beli Harian Metro ya....
Kesian dia...tepon bimbit jatuh terpelanting kat pengarah...dia tak sengaja tuuuuu
No comments:
Post a Comment