Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Wednesday, June 29, 2011

TV dan Komputer Punca Obesiti?

KUALA LUMPUR: Masa yang terlalu lama di depan televisyen dan komputer

mengakibatkan golongan muda di negara ini mengalami obesiti, menurut
Kementerian Kesihatan.

Pengarah Nutrisi Jabatan Kesihatan Awam, Rokiah Don berkata, golongan

muda menghabiskan banyak masa mereka di hadapan skrin - sama ada

menonton televisyen, bermain permainan video atau menggunakan komputer

menyebabkan mereka cenderung kepada gaya hidup tidak aktif.

“Dalam era skrin ini, orang ramai banyak menghabiskan masa di depan skrin.

“Ini menyumbang kepada obesiti di kalangan golongan muda sebab output

tenaga tidak seimbang dengan input tenaga atau makanan yang mereka

makan," katanya kepada pemberita, Selasa.

Beliau berkata demikian selepas melancarkan Persidangan Persatuan Kajian Mengenai Obesiti Malaysia (Maso) 2011 Conference di sini.

Sumber Dari Mstar Online

2 comments:

Mohd Hazwan Hashim said...

alamak !!! lepas nih tak leh nak on9 sgt la kan :)

Leya said...

boleh kot...tapi pandai-pandai la kan