Korang Cool Kalau Klik Di Sini

Saturday, June 25, 2011

Sepah Juara Maharaja Lawak

Tahniah Sepah sebab jadi juara Maharaja Lawak.Saingan antara Sepah dan Jozan memang sengit,dan terbukti Sepah mampu memberikan kejutan..Kalau nak bandingkan Sepah dengan Jozan dan Nabil,kita dapat lihat perbezaan lawak mereka.Sepah,boleh dikatakan tak terlalu menonjol berbanding Johan,Zizan dan Nabil..Jambu kita letak tepi dulu.Kita tengok Johan,Zizan dan Nabil selalu diundang mengikuti program-program Afdlin Shauki,lawak urban atau lebih dikatakan lawak cerdik,lawak ada style..tapi kita lupa lawak-lawak Sepah memang melekat kat hati,sebab lawak diaorang lawak yang sangat Melayu..lawak yang sangat simple.Sejujurnya aku memang pandang rendah sikit kat Sepah pada awalnya,tapi dari minggu-ke minggu lawak-lawak diaorang lah yang masuk hati..dan aku akui mereka sangat konsisten dan tak pernah gagal memecahkan tawa aku.Nabil,Jozan yang aku ada high expectation tu pun kadang-kadang aku paksa diri untuk gelak..takut diaorang tau peminat tegar dia ni tak gelak ngan lawak diaorang.Tapi lawak Sepah tanpa aku sedar aku tak pernah paksa diri aku untuk gelak...dekah-dekah pulak tu...
Malam final semalam,Nabil buat lawak tapi sangat tak terkesan dalam hati.tapi ambil kira pulak faktor dia berlawak sorang-sorang,tak de sidekick so tak la menghampakan sangat...Aku sangat ternanti-nanti persembahan Jozan,namun aku sangat kecewa dengan persembahan hambar mereka.Kalaulah mereka boleh buat lawak yang simple-simple jer...Mungkin terlalu tertekan dengan harapan tinggi peminat yang mahu mereka dinobatkan sebagai Juara Maharaja Lawak...sejujurnya aku pun nak mereka jadi juara...tapi we cannot tell because ada saingan yang mampu menarik minat pengundi di saat akhir...
Jambu...pada awalnya aku jangka mereka juga mampu memberikan saingan,tapi lama kelamaan mereka hilang arah.Momentum hilang,aura hilang...tinggal kan aku memaksa diri untuk ketawa..lagi sekali nak jaga hati...macamla diaorang tau kan...?
Kesimpulan nya..lawak Nabil malam tadi yang kedua baru menjadi..tu pun over run lagu panjang sangat,Jozan dan Jambu pun kembali pada set ke dua....gelak jugak la.Apapun Sepat jugak yang meletopzzzz....kanjat Boboi

Tahniah kepada semua....terutama Nabil yang bawak balik RM 150,000.00 sorang...kalau nak kongsi pun cuma bagi upah kat Spiderman haaa ini makan dia tuuuu....Best Brooooo!!!

2 comments:

sue perbs.. said...

tak tngk lgi.. ok la tu.. wlupun nak jozan menang tpi Sepah pun best jugak

Leya said...

ye lah Sue,sapa menang tak penting..asalkan terhibur