Entry ringkas pasal khasiat Pisang...dah tahu khasiat...ayuh kita pegi borong pisang okeyhh..bukan pisang goreng tau....
1) Kesan Sampingan
Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi.
2) Pisang bagus untuk perempuan hamil
Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.
3)Pisang boleh mengurangkan masalah kesihatan
- Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.
- Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok
- Kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.
- Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.
- Orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.lepas ni perokok...sila hisap pisang hokeyss...vukankah lebih sihat cenggitu?
- Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.
- Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam....aku confirm bawak setandan pisang...ia bagi meredakan ketegangan di tempat kerja dan jugak kegemokkan!!
- Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk...nampak...jimat duit nak beli krim gatal...tenyeh je kulit pisang
Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang.
Harap2 info ini berguna la yer....jom stat keja pegi lunch pastu singgah beli pisang hokey...
Zassssssssssssssssssss...
4 comments:
nanti kene slalu g toilet utk memerut.. takmo lah.. heee..:)
heheeh...jagan la makan setandan.makan satu dah la :-)
thanks for the info..
armious..tq atas info sihat tu ya...
lieyna...welkam
Post a Comment